2

5.5K 144 0
                                    

Sebulan berlalu, kini tiba saat2 yang ditunggu-tunggukan iaitu pendaftaran pengajian di matrikulasi kelantan. Ini kali pertama Warda menjejakkan kakinya ke pusat pengajian itu. Walaupun ia berada di negeri tumpah darahnya namun dia tidak pernah menyedari kewujudan matrik itu kerana pada pengetahuannya matrik itu masih baru lagi. Ramai yang datang untuk menghantar anak2 mereka dengan harapan anaknya membawa pulang kejayaan suatu hari nanti. Keluarga Warda sendiri ramai yang datang untuk memberi semangat tambah2 anak saudaranya.

"Adik belajar elok2 ye. Tempat ni memang sesuai untuk adik." Pesan ibu. Bangga melihat anaknya.

"Dulu akak pun bekas pelajar matrik. Tipsnya senang je dik, kalau adik main2 memang susah nak kejar sebab waktunya singkat. Pejam celik pejam celik dah habis setahun." Nasihat kakak iparnya.

"Insha Allah, adik takkan hampakan harapan mak abah." Ujar Warda.

"Jaga diri. Mak dan abah nak balik dulu, kalau ada apa2 telefon mak." Pesan mak lagi. Seorang ibu memang susah nak lepaskan anak mereka berjauhan dari mereka. Warda memang dari dulu lagi sudah terbiasa duduk di asrama jadi dia tidaklah berasa terlalu janggal. Sifat dia memang pelik. Dari tahun enam lagi dia sudah menyatakan hasratnya untuk tinggal di asrama. Itu yang keluar sahaja result upsr, kakaknya terus memohon sekolah jenis berasrama penuh.

"Okay mak." Warda memeluk maknya. Jujur ada sedikit juraian air mata yang keluar kerana bimbang dengan tanggungjawab yang bakal digalasnya. Dia takut jika tak mampu memperoleh apa yang mak abahnya harapkan. Mak abahnya memang berharap sangat dia menjadi seorang doktor.

Kini tinggal Warda sendirian mengemaskan pakaiannya. Warda bangun merenung kearah tingkap. Bilik ini sangat selesa dengan terdapat empat biji katil, loker setiap biji dan dilengkapi dengan meja belajar yang cukup selesa. Warda sangat bertuah kerana mendapat bilik yang mengadap bangunan akademik malah biliknya juga terletak dekat dengan wifi memang sedap la kan tapi yang tak bestnya dia terpaksa duduk di tingkat ats sekali. Entah bagaimana la susun atur penempatan bilik. Kenapa dia terbuang ke tingkat atas. Semasa naik tadi, dia perasan tidak ramai yang duduk ditingkat atas.

Warda memusingkan badan melihat katil2 yang terdapat disitu. Kenapa kosong? ke aku yang paling awal datang. Pelik dia memikirkan hal itu namun cepat2 dia menyambung semula sesi mengemas kerana dia terpaksa ke library untuk membuat kad matrik. Pada awalnya tadi dia tidak sempat membuat kad kerana terlalu ramai yang beratur menunggu giliran jadi dia mengikut sahaja arah fesi yang menyuruhnya naik dulu kebilik untuk mengemas baju kerana pada malam itu akan bermula sesi minggu orentasi. Minggu orentasi merupakan minggu yang tida ditunggu oleh Warda kerana apa? kerana Warda tidak suka sikap setengah fesi yang berlagak diva giteww.

"Assalamualaikum." Pintu bilik dikuak dari luar. Kelihatan seorang gadis putih cantik masuk ke bilik.

Lahaii, aku ingat aku yang paling kecik rupanya ada lagi yang kecik dari aku. hahaha sukanya- Warda

"Haii, nama aku lisa. Kau?" Lisa menghulurkan salam.

"Aku Warda Aisyah. Boleh panggil Warda je."

"Okay. Kau orang mana?"

"Aku orang sini je. Kau?"

"Aku orang dungun. Best la kau tiap minggu dapat balik"

"Apa yang bestnya, duduk terperuk dekat negeri sendiri. Ehh, kenapa katil dua lagi kosong ha?"

"Ohh, tadi diorang tersalah sistem jadi banyak bilik yang kosong. Kemungkinan kita kena turun bawah sebab atas memang dia nak kosongkan." Terang Lisa panjang lebar.

Warda tersenyum lebar. Memang ada peluang la untuk dia turun ke bilik bawah. Penat doh nak naik turun bukan rendah, tingkat empat kot!

Kehidupan di matrik sangat mencabar, cara pengajiannya sama sahaja dengan alam universiti cuma yang membezakan adalah kami masih tidak bebas seperti di universiti dan disini sesetengah lecturer menganggap kami seperti pelajar sekolah jadi segala keperluan belajar masih disediakan kecuali sesetengah lecturer yang ingin mendidik kami menjadi lebih berdikari. Sedar tak sedar sudah tiga bulan Warda memulakan pengajian disitu. Dia akui memang penat sekali, dari pagi Warda keluar bilik sehingga la tengah hari pulang untuk bersolat dan turun balik untuk ke kelas sehingga peteng tapi kadang-kadang dia tidak balik ke bilik kerana tidak sempat.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now