31

4.2K 87 3
                                    

Sejak kejadian malang tak berbau itu Aisyah sentiasa ditemani airmata, tidurnya juga tak lena. Niatnya untuk melafazkan cinta kepada suaminya sudah mula musnah. Uwais hanya pulang sekali sahaja sejak peristiwa itu. Hanya tinggal Aisyah ditemani keluh kesah menanti kepulangan suaminya. Bagaimana dia mahu menjelaskan semuanya jika Uwais berkeputusan untuk melarikan diri, masalah tidak akan selesai dengan hanya melarikan diri. Malam ini sekali lagi Aisyah bersendirian, dalam hatinya sangat berharapkan kepulangan suaminya.

Sinaran cahaya lampu menyedarkan Aisyah. Dia tidak boleh tidur jika ada cahaya melainkan jika dia terlalu penat.

"Kau buat apa kat bilik aku?" Suara yang dinanti nantikan Aisyah telah muncul.

"Uwais awak dah balik." Jam di sudut meja sisi katil dikerling. Pukul1 pagi Uwais balik. Dari manakah dia.

"Aku tanya kau buat apa bilik aku?" Tengking Uwais.

"Uwais, we need to talk. Kita tak boleh lari dari masalah ni, semua patut diselesaikan." Aisyah bergerak ke arah Uwais.

Satu senyuman sinis terbit dari mulut Uwais.

"Takde ape yang perlu diselesaikan. Semua dah terbukti, kau ditangkap basah bersama jantan lain!"

"Apa yang awak tahu tak seperti yang sebenar Uwais. Saya tak ada apa2 hubungan dengan Aziz. Saya yakin ini satu jerat."

"Hahh." Sekali lagi Uwais menghadiahkan senyuman sinis. "Kau fikir aku nak percaya? Dah terang2 pegawai tu tangkap kau bersekedudukan. Dasar perempuan murah! Kenapa kau tak keluar je dari rumah ni, pergi langgan mana2 lelaki yang kau nak."

Hati Aisyah hancur, kata2 yang keluar dari mulut Uwais bagai satu pemanah yang menusuk tepat ke hatinya. Kali kedua Uwais menggelarkan dirinya perempuan murahan. Selama ini aku menjaga maruah aku, aku lindunginya semata2 untuk kau Uwais tapi panggilan itu jugak yang keluar dari mulut kau Uwais.

Air mata mula memainkan peranan. Masing2 mahu terjun dari kelopak matanya.

"Pangggg." Satu tamparan dihadiahkan. Walaupun ianya kuat namun tidak boleh melawan rasa sakit digelar perempuan murahan.

Darah Uwais naik menyirap bila Aisyah sudah berani2 berkasar dengannya.

"Sekarang dah berani tampar aku? Kau ingat kau siapa hah? Kau ingat jantan tu nak bela kau sekarang. Sedar la diri kau tu diperbodohkan sama macam kau perbodohkan aku. Setakat dara macam kau sekali tebuk sahaja dia terus tinggallah." Rambut Aisyah kini sudah ditarik ke belakang.

Makin laju airmata mengalir. Pedihnya hati mendengar kata2 yang keluar.

"Sekarang baru nak menyesal? Tak payah nak menangis lagi la, jantan tu takkan kutip kau balik. Sekarang ni aku ada untuk puaskan nafsu kau! Aku mampu lebih dari lelaki tu. Walau kau sudah tiada dara, aku tak macam lelaki tu yang laparkan dara sahaja." Uwais memang mengamuk teruk, baran dia memang pada tahap maximum sekarang. Lelaki jahanam itu sudah merasmikan isterinya dulu. Hatinya perit membayangkan isterinya diranjang bersama lelaki lain sedangkan dia menunggu masa yang sesuai untuk Aisyah menerimanya. Ego lelakinya tercalar seperti dicakar harimau ganas.

Aisyah hanya mampu menangis, kata2 yang keluar dari mulut Uwais mendiamkan dia. Apa yang dia inginkan adalah perbincangan elok bukan dengan cara ini. Apa lagi Uwais membicarakan tentang kesuciannya. Kalaupun Aziz sudah merosakkannya, itu bukan salah Aisyah. Aisyah diperlakukan tanpa sedar, dia tidak mengingati langsung apa yang terjadi.

Uwais menarik Aisyah ke katil lalu ditolaknya berbaring di katil.

"U--Uw--Uwais nak buat apa." Suara Aisyah terketar2 menahan debar. Uwais langsung membuka bajunya lalu menindih kasar Aisyah. Aisyah cuba untuk menendang tubuh sasa itu. Tenaga yang ada langsung tidak memberi kerjasama saat ini. Baju tidur Aisyah direntap kasar oleh Uwais.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now