16

3.5K 91 3
                                    

Ummar memutar stereng keretanya masuk ke kawasan UTeM. Dia dah la tak pernah datang sini, kediaman Warda pun tak tahu. Yang Warda ni satu, aku whatsapp tak balas2, call tak angkat. Bukan main lagi aku datang awal nak jemput kau. Kalau bukan mama paksa memang haram aku nak jemput kau. Keretanya terus dipandu tanpa arah tuju. Ehh ni dah keluar kawasan UTeM, alahh kena patah balik ke. Menyesal aku datang, kalau aku suruh Warda naik bas aku pickup kat tbs kan senang. Tak payah bagitahu mama. Bodoh jugak aku ni.

Waktu peperiksaan berbaki 15minit lagi. Warda dah mula gelisah menjawab paper instrument. Bukan main susah soalan, memang cekik tekuk betul. Haihh, nak goreng macam mana ni.

"Ingat Warda. Ingat apa yang kau practice selalu." Warda mengetuk kepalanya dengan pen.

Tiktiktiktik.. Jarum jam terus berdetak.

"Waktu peperiksaan bagi subjek kod BEKG 1233 telah tamat. Calon diminta berhenti menulis, calon tidak dibenarkan keluar dari dewan sehingga pengawas selesai memungut kertas peperiksaan." Speaker dewan mula bergema dengan  pengumuman dari ketua unit.

"Fuhh lega. Nasib baik sempat siapkan. Minta2 Dr bermurah hati nak bagi markah kat aku." Kertas ditangannya diikat pada hujung dengan tali yang diberikan. Sempat jugak Warda menyiapkan soalan akhir, tak kisah lah tulisan macam cakar ayam.

Pengawas datang memungut kertas peperiksaan. Selesai semuanya mereka dibenarkan keluar dari dewan. Apa lagi nak ditunggu, berpusu-pusu mula keluar melalui pintu yang sempit itu. Nasib baik banyak pintu.

"Hey Aiman." Warda menegur kawan baiknya itu. Kenapa nampak stress je laki ni, sebelum exam bukan main ceria muka dia.

"Barai." Satu ayat sahaja yang keluar cukup menjelaskan keadaannya sekarang.

"Alah rileks la, kita dah usaha. Sekarang kita tawakkal ye." Teringat Warda akan Aiman yang bersungguh-sungguh mengulangkaji subjek itu. Kalau tak faham, pukul2/3 pagi dia whatsapp tanya Warda. Bertuah punya kawan, nasib baik Warda masih belum tidur. Itulah Aiman, suka sangat study last minute. Awal2 aku ajak buat tutorial, banyak je alasan dia.

"Yela. Ni kau balik asrama dengan siapa?"

"Aku? Dengan bas lah."

"Ehh Nina tak tumpangkan kau ke?"

"Nina nak balik rumah terus, ada hal dia kata."

"Jom lah tumpang aku."

Ni pelawaan maut ke apa? Dia tak ingat ke yang dia tumpangkan budak lelaki penuh satu kereta. Nak ajak aku tumpang dia pulak, nak suruh aku duduk bertenggek kat atas riba budak laki? Memang tak ah.

"Eh takpe aku balik naik bas. Tu bas dah datang." Warda menunjuk kearah bas tapi matanya tertumpu ke sebuah kereta. Nampak macam kenal, cermin gelap membuatkan Warda tidak tahu siapa pemandu kereta itu. Alahhh, budak UTeM kot. Dia buat sedap hati.

Telefon lenovonya dikeluarkan dari beg. Terbuntang luas matanya, 15misscall dari Ummar.

"Mati!"

"Kau kenapa?" Soal Aiman pelik dengan reaksi Warda.

Belum sempat menjawab telefon Warda berdering. Pemanggil tetap orang yang sama, cepat dia mengangkat.

"Tunggu apa lagi tercegat kat situ! Ingat aku driver kau, kena tunggu sampai habis melayan lelaki tu!" Herdik Ummar.

Memang mati sungguh Warda. Telinga dia pun dah pekak dengan herdikan kasar dari Ummar. Ni belum lagi masuk ke dalam kereta. Ya Allah selamatkanlah aku.

"Aiman aku pergi dulu." Tanpa penjelasan Warda terus berlari menuju ke kereta Ummar yang parking betul2 dihadapan dewan. Ni kalau orang nampak memang habis terbongkar rahsia dia. Adoiii, kenapa Ummar parking kat sini. Banyak2 parking kat bawah tu, kat atas ni jugak dia nak parking. Ingat ni hotel. Apa aku nak jawab dengan Aiman ni. Dia dah pandang pelik tu.

CINTA ini hanya untukMUOnde as histórias ganham vida. Descobre agora