33

5K 125 11
                                    

Suasana di pulau ini sangat indah, lautan biru kehijauan sangat menarik minatnya. Ikan mula berpusu2 berebut roti yang dijatuhkannya. Cantik sekali warna2 ikan. Angin sepoi2 meniup lembut ke mukanya. Nyaman sekali.

"Hoiiii!"

"Oh mak kau!" Terbaling semua roti ditangannya.

"Hahahaha. Apa yang kau termenungkan? Sampai begitu sekali reaksi diterjah."

"Kau tengok, semua roti aku dah jatuh! Datang tak reti nak tegur elok2." Marah Warda.

"Okey2 sorry. Ni aku bawakan roti lain untuk kau."

"Yeahhh thankyou." Plastik roti itu dicapai. Hilang segala marah yang hadir.

"Seronok datang sini?"

"Yes! Aku dapat tengok ikan ni berenang. Kau tahu kan aku suka ikan."

"Dah lama aku ajak kau datang sini, semalam baru kau sampai. Ini lah salah satu sebab kenapa aku nak kau datang sini dan ada banyak lagi sebab kenapa aku suruh kau datang sini."

"Maksud kau?"

"Kau kan suka ikan. Esok kita pergi snorkling, berenang sama ikan. Silap haribulan dapat jumpa shark."

"Maigod shark. Takut aku nak berenang, kau biar betul."

"Betul la. Semalam group yang pergi snorkling dah jumpa. Esok kalau ada rezeki kita dapat tengok juga."

"Itu bukan rezeki namanya, itu bala. Mahu dia baham kau baru tahu."

"Hahaha. Lawak la kau ni, ekpresi muka tu penting."

"Apa yang lawaknya. Aku serius kot, shark tu sejenis pemangsa. Macam kau tak pernah dengar orang kena bahan dengan si shark tu. Taknak lah snorkling."

"Aku membesar kat sini dah hampir 20 tahun. Tak pernah2 kena bahan dengan shark tu. Shark kat sini vegiterian, mana makan orang. Kalau tak dah lama diorang tu mati kena bahan."

"Tipu, mana ada ikan vegiterian."

"Betul lah. Kat Tioman ni ada, shark tu jenis tak makan daging sebab kat sini orang tak ajar dia makan daging. Lagipun yang kau dengar2 berita orang kena bahan dengan shark tu bukan dekat malaysia, semua dekat luar."

"Taknak. Mahunya dia nak tukar selera time aku snorkling. Seram."

"Kalau dia tukar selera mesti sebab terpesona tengok kau cantik."

"Aiman! Kau jangan nak macam2, aku terjun baru tahu."

"Ha terjun la kalau berani, sini pun ada shark jugak."

"H.E.H.E. lawak! Habistu orang ramai duk berenang takde pun shark nak datang."

"Itu sebab diorang tak cantik."

"Tak baik tahu cakap macam tu. Dah pergi main sana, aku nak date dengan ikan kat bawah ni. Kacau betul."

"Date dengan ikan. Haha.. Ikan tu cuma ambil kesempatan jelah sebab dia lapar. Cuba kalau kau tak baling roti tu, mesti dia tak datang kan."

"Ya, tapi ikan tak pernah kecewakan hati aku."

"Kau tak boleh samakan ikan dengan manusia. Teruk betul persamaan kau. Ikan mana ada akal, dia cuma ada otak. Mana mungkin dia boleh lukakan hati manusia lagipun dia hidup di dasar laut, kita di atas darat. Merepek betul kau kan."

"Manusia ada akal tapi tak gunakan dengan betul."

"Apa maksud kau ni? Kenapa lain macam je bunyi, siapa yang tak guna akal ni?"

"Takde lah, aku cuma tuju kat sesetengah manusia zaman sekarang ni. Ada akal tapi tak guna."

"Ayat kau macam patah hati." Aiman mula memancing. Dia perasan jugak sikap Warda yang berbeza sejak tiba di sini semalam. Tiada berita, tiada khabar dia muncul di pulau tioman. Pelik.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now