36

3.7K 80 4
                                    

Keesokan harinya Warda Aisyah bangun diawal pagi, mengemas segala pakaianya. Dia berkeputusan untuk balik ke kampungnya, pulau ini sudah tidak mampu menenangkannya. Semalaman dia cuba pujuk hati tapi egonya masih berkeras. Hatinya masih tidak mampu menerima apa yang terjadi.

tok tok tok....
bunyi pintu bilik diketuk dari luar.

"masuk." Laung Warda

"kak." Mira melangkah masuk dengan wajah ceria seperti biasa namun sekejap sahaja riaknya berubah.

"kak Warda nak pergi mana ni?" Soal Amira bila ternampak beg pakain tersusun rapi diatas katil.

"haha. Mira ni buat2 tanya pulak. Akak nak balik la, sini kan bukan kampung akak." Warda cuba bernada ceria.

"tapi kenapa tiba2. Akak takde cakap pun nak balik harini."

"Mak akak dah sibuk tanya nak balik, itu yang akak kena balik jugak. Takut makin bising pulak diorang. Lagipun dah lama sangat dah akak kat sini, tak elok pulak menumpang lama2."

"apa pulak akak cakap macam tu, Akak diterima elok disini. Takdenya orang nak mengata kat akak, lagipun kak Warda dah macam kakak kandung Mira. Mira suka ada akak kat sini." Mira bersuara perlahan.

"hmmm Mira jangan sedih, nanti lain kali akak datang lagi. Tak pun Mira datang rumah akak kat kelantan, nanti akak bawak pergi jalan2 pulak."

Amira mencebik seperti anak manja.

"Abang Aiman dah tahu ke akak nak balik ni?"

"Belum. Nantilah akak bagitahu."

"Tapi abang Aiman takde sekarang, dia ke pulau sebelah tadi."

"Emm kalau macam tu Mira la yang bagitahu, akak nak kena cepat takut tak sempat tiket. Ni mama ada kat rumah?"

"Yelah. Mama ada, kat dapur. Ni mira datang nak ajak akak turun makan sama la. Mama yang suruh."

"Ha jomlah turun. Akak nak jumpa dengan mama, nak ucap terima kasih banyak2."

"jom." Amira menarik tangan Aisyah turun ke bawah.

"Assalamualaikum mama. Sorry Warda tak turun tolong mama harini." Tegur Warda Aisyah. Dia sudah terbiasa dengan panggilan mama.

"Waalaikumussalam. Eh takpe la, lagipun Warda kan tetamu mama." Lembut tutur bicara seorang ibu.

"Ma, kak Warda dah nak balik harini." Ujar Amira sambil menarik kerusi lalu duduk berhadapan mamanya.

"La kenapa awal sangat. Dah bosan ke duduk kat sini?"

"Eh tak la ma. Kalau ikutkan hati Warda nak duduk lama2 kat sini. Seronok, dekat dengan pantai tapi mak kat rumah dah risau sangat. Hehe."

"Emm yelah. Mama faham, mesti mak risau biarkan ada daranya lama2 di negeri orang."

Warda tersenyum sumbing mendengar kata yang keluar dari mulut puan Hasnah.

"Warda kalau nak datang sini lagi, bagitahu je. Kami sedia menyambut kedatangan Warda. Mama senang Warda duduk sini, seronok ramai orang kat rumah ni." Tutur puan Hasnah.

"Yelah ma, nanti ada masa Warda datang lagi. Mama kalau berkelapangan, datang la rumah Warda. Mak nak kenal dengan mama yang baik hati sudi tumpangkan Warda kat rumah ni." Warda Aisyah cuba berbohong. Hakikatnya mak tak pernah tahu keberadaanya di pulau tioman.

"InshaAllah nanti ada peluang mama datang. Eh makan cepat, nanti terlambat pulak." Ujar puan Hasnah.

Jam 9 pagi Warda bertolak keluar dari pulau tioman menaiki feri. Dalam lingkungan jam 11.30 pagi Warda sampai di jeti mersing. Dari situ dia akan berjalan ke stesen bas yang terletak tidak jauh dari jeti. Tapi hakikat sebenarnya stesen bas tu agak jauh la bila berjalan keseorangan.

Dalam perjalanannya ke stesen bas, Warda terasa seperti diekori dari belakang. Dia cuba berjalan laju tanpa menoleh kebelakang. Jalan disini tidak begitu seram tapi sunyi tanpa suara manusia. Dalam hatinya kini hanya ingin sampai di stesen bas, dekat sana suasana agak riuh kerana ramai orang, jadi terasa lebih selamat. Tidak lama selepas itu Warda terdengar bunyi hon yang kuat serta dentuman seperti ada berlaku kemalangan, tapi dia menghiraukan sahaja bunyi itu. Rasa takut dalam dirinya lebih penting sekarang.

Warda melilau pemandangan diluar, penglihatan pada waktu itu masih gelap, hanya cahaya samar menerangi kawasan itu. Warda Aisyah mencapai telefonnya, mencari nombor emaknya.

Sekejap sahaja panggilannya diangkat. Dia tahu, waktu2 begini emak sudah bangun bersiap2 untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah.

"Hello assalamualaikum mak."

"waalaikumussalam. Ha kenapa telefon mak awal2 pagi ni."

"Hehe. Mak nanti bagitahu abah, datang ambik adik kat stesen bas tau. Dalam 20minit lagi adik sampai."

"Hahh. Stesen bas mana?"

"Tempat biasa la mak."

"Ya Allah, adik balik Kampung ke? kenapa tak cakap semalam?"

"Hehe surprise la mak. Jangan lupa cakap kat abah tau."

"ha yelah. Ummar Uwais ada sekali ke?"

"Eh tak mak, adik balik sorang je ni. Adik letak dulu tau.bye" Cepat2 Warda mematikan panggilan. Dia tahu, lepas ni mesti banyak lagi persoalan yang akan ditanya oleh mak. Bersedialah.

badan Warda mengigil oleh kesejukan dalam bas, hatinya rasa tidak tenang. Mungkin kerana dia bakal berbohong kepada maknya tentang tujuan kepulangannya tanpa Ummar Uwais.

Perjalanan Warda akhirnya sampai ke destinasi, cepat2 Warda bangkit dari kerusi, tak sanggup lagi dia bertahan dalam kesejukan yang menusuk ke tulangnya. Turunnya dari bas, Warda melilau mencari kereta abahnya, mana tahu abah dah sampai. Ha betul tekaan Warda, ayahnya sedang menunggu di pinggir jalan. Warda Aisyah berjalan laju ke arah kereta abahnya. Ekspresi mukanya melahirkan rasa gembira yang amat dapat bertemu dengan orang yang tersayang.

"Assalamualaikum, eh mak ada sekali." Warda Aisyah menjengah melalui tingkap untuk bersalam dengan kedua ibu bapanya.

"Yelah, mak kamu tu sibuk nak ikut sekali." Jawab abah.

"la sejuknya tangan anak mak ni." Ujar Pn.Siti setelah bersalaman dengan anaknya.

"Kat dalam bas sejuk tadi." Jawab Warda terus membuka pintu penumpang belakang.

"Mak nak kemana pakai cantik2 ni." Soal Warda pelik melihat pakaian maknya.

"Hmm itulah mak ikut sekali. Mak ingat nak terus pergi hospital kota bharu, melawat Amin. Dia kemalangan semalam."

"Amin anak pak su ke mak? Kemalangan dengan apa?" Soal Warda bersungguh. Dia terkejut mendengar berita itu. Amin merupakan anak pak su nya yang sebaya dengan Warda.

"Ha yelah, Amin mana lagi."

"Macam mana keadaan dia mak, teruk ke."

"Mak pun tak tahu, pak su cakap teruk jugak. Dia kena langgar dengan kereta, itu yang teruk."

"Kesiannya dekat Amin." Warda melahirkan rasa simpati terhadap sepupu rapatnya. Lama dia tidak mendengar khabar Amin sejak melanjutkan pelajaran. Amin sekarang sudah bekerja. Dulu dia pernah juga melanjutkan pelajaran tapi berhenti setelah mendapat tawaran bekerja.

"Adik okey ke nak pergi terus ke hospital. Ke nak rehat2 dulu." Ujar abah.

"Okey je bah. Dalam bas tadi adik dah terlebih tidur dah. Lagipun adik tak sabar nak tengok keadaan Amin. Kesian dia." Ujar Warda.

"Ha yelah, kita berhenti makan dulu la sebelum tu."Tutur abah.

"okey." Dua2, menjawab serentak. Bab makan laju je duorang ni. Mak dengan anak sama je.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now