11

3.6K 106 0
                                    

Eh dia tinggal je beg dia. Ingat aku kuli batak dia ke! Mentang2 la balik rumah mak dia, mendada je kau ye.--Ujar Ummar sendiri geram dengan lagat Warda.

Masuk je rumah memang takde orang kat ruang tamu, abah katanya ke kebun tak balik lagi. Aish, duduk sini jela, takkan nak masuk join Warda dengan mak borak. Ummar duduk mebelek2 phonenya.

"Eh mana Ummar dik?" Soal mak.

"Entah, hilang kot." Jawab Warda selamba.

"Haishh, baru kahwin takkan dah gaduh kot."

"Mana ada mak, dia tu memang suka merayap entah kemana."

"Pergi la panggil dia minum air ni, kesian dia mesti haus."

"Alah, pandai2 dia masuk cari sendiri kat dapur."

"Adik, ni kali pertama dia datang sini tau."

Warda tidak menghiraukan apa yang dikatakan maknya. Bunyi deruan enjin moto lebih menarik perhatiannya.

"Wah abah bawak balik durian la." Ujar Warda teruja. Sudah lama durian dekat dusun abahnya tak menjadi. Tahun ni menjadi pulak dan ini kali pertama abah bawak balik hasilnya. Belum dibuka sudah bau harumnya. Emm

"Eh adik dah balik. Patut ayah nampak kereta kat luar tu, ingat kereta siapa. Mana suami adik?"

"Kat luar kot. Abah tolog bukakan, adik teringin sangat ni."

"Ha yelah, ajak Ummar makan sekali."

Adoiii, asyik2 Ummar. Aku ni anak dia kot. Warda melangkah keluar ke ruang tamu.

"Abah ajak makan durian."

"Taknak." Sepatah sahaja.

"Orang tua ajak tu mari jelah. Tak payah tunjuk perangai pulak." Bebel Warda. Dekat rumah dia berani la dia nak marah si Ummar ni kalau dekat rumah sendiri memang jangan harap.

Amboii, dah pandai nak marah aku sekarang ye. Ummar bangun memotong langkah Warda. Tak lupa juga dia menarik rambut Warda yang diikat itu.

"Adoii sakit lah."

"Ha Ummar, meh la duduk makan durian ni. Untung kamu masuk keluarga ni terus dapat merasa durian kebun abah. Dah berapa tahu durian abah tu tak menjadi, kalau berbuah pun kena gigit tupai." Cerita abah panjang lebar.

"Banyak ke pokok durian abah." Ummar melabuhkan punggung di sebelah abah.

"Banyak la jugak, itu semua harta peninggalan arwah ayah abah."

"Rasa la Ummar. Sedap durian ni, isi dia kuning kemerahan gitu." Tutur mak. Anaknya disebelah terus dilupa. Warda langsung tak mengambil hati kerana khusyuk dengan buah durian namun cepat dia berhenti. Kalau di layan rasa memang teruk la, durian bukan boleh makan banyak sangat nanti panas pulak badan.

Eh jap! Laki aku makan macam tak sedar diri je. Sedap sangat ke?

"Banyak nya kamu makan Ummar. Kan panas badan tak pepasal." Tegur mak.

"Sedap la durian abah. Selalu kalau beli makan seulas je sebab tak sedap sangat."

"Ha ni kalau makan dengan budu  lagi sedap."

"Budu?" Soal Ummar. Dia ada pernah dengar sebelum ni tapi tak pula dia merasa benda alah tu. Sedap ke? Eh jakun pulak aku.

"Ha dah berpeluh2 kamu tu." Ujar mak.

"Betul la mak, Ummar rasa panas sangat." Ummar mula gelisah sebab panas, merencik2 peluh di dahinya.

Hahahaha..badan muka! Macam tak pernah tahu je durian ni tak boleh makan banyak2.--gelak Warda dalam hati.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now