39

3.1K 58 0
                                    

Warda Aisyah mencapai telefonnya untuk memeriksa whatsapp daripada group sahabatnya. Dia berjanji untuk keluar berjimba di kota bharu hari ini. Alang2 itu dia nak singgah tengok keadaan Amin. Malam ni dia akan balik ke kuala lumpur dengan hati yang hiba untuk meninggalkan kampung. Niatnya untuk memanjangkan cuti tidak kesampaian bila mak asyik membebel lagipun dia rasa dah tiba masa untuk dia pulang ke pangkuan suami. Lama mana masa yang diperlukan untuk menerima semuanya. Semakin dia melarikan diri, semakin dia gelisah dengan keputusan yang dilakukan. Tiada guna dia membawa diri yang tiada berpenghujung.

"Alamak! Diorang dah otw." Seperti biasa, Warda Aisyah tak pernah berubah! Sentiasa menjadi orang yang terakhir untuk bersiap. Nasib baik dia pergi dengan kereta asing kerana niatnya untuk singgah di rumah maksu. Kalau pergi bersama dengan kawannya, rasanya dah lama kena tinggal.

"Makkk. Kenapa tak kejut adik." Jerit Warda. Selepas solat subuh tadi dia menyambung tidur kerana terlalu mengantuk. Teruk betul perangai bini orang ni, asyik nak melebihkan tidur je.

"Jangan nak salahkan mak pulak." Jawab Pn.Siti

Warda mandi sepantas yang mungkin kerana takut kawan2nya menunggu kehadiran dia.

Masa nak cepat tu lah telefon nak berdering, anak tudung tak jumpa, pin menghilang. Cepat2 Warda mengangkat panggilan dari lyn. Memang panggilan itu sudah dijangka.

"Woii kau kat mana? asal tak jawab orang tanya dalam group." Lyn terus menerjah soalan ke telinga.

Perit telinga Warda mendengar terjahan itu.

"Err. Aku lambat sikit tau, terbabas harini. Sorry weh."

"Kau memang, bukan harini je yang terbabas malah selalu. Takpelah, kitorang ingatkan kau tak bangun lagi. Nanti drive elok2."

Lyn memutuskan talian.

Warda meneruskan pencarian anak tudung yang belum dijumpanya.

Setengah jam juga Warda mengambil masa untuk bersiap, itu belum bermekap bagai. Kalau dah mekap memang lama la ceritanya.

"Adik pergi dulu mak." Laung Warda mencapai kunci kereta.

"Ha elok2 bawak kereta tu. Sampaikan salam mak dekat maksu dan Amin."

"Okey!" Warda meloloskan diri ke dalam perut kereta.

Warda Aisyah memecut laju keretanya kerana takut kawan yang lain menunggunya lama. Dalam masa 30 minit sahaja dia sudah sampai di aeon mall kota bharu. Tempat inilah yang menjadi tempat pertemuan mereka hari ini, selain itu banyak lagi tempat yang dirancang oleh mereka cuma tahu2 lah bila merancang, tak semua menjadi. Faham2 sendiri lah ye.

Warda Aisyah melilau-lilau di dalam mall yang luas mencari kelibat kawan-kawannya sambil memegang telefon. Matanya tertumpu di satu sudut. Lalu dia melemparkan sengihan yang sangat lebar serta berlari ke sudut yang dimaksudkan.

"Ha sampai pun kau."Tegur Shar dengan nada tinggi.

"Sorry2. Aku lambat, wah rindu nya dekat korang." Warda berbicara sambil tangannya lincah bersalam serta memeluk kawan yang lain. Tak semua antara mereka dapat hadir tapi sudah cukup untuk mengenangkan kembali kenangan zaman sekolah dahulu.

"Aku tengok makin cantik la sekarang. Kongsi rahsia sikit." Ujar Shar.

"Rahsianya air wudhuk. Hahaha." Gurau Warda seperti selalu.

"Menyampah betul dengan jawapan kau. Hahaha, apa kau ingat aku tak wuduk. Dah jom kita maka, banyak tempat kita nak terokai harini." Ujar Lyn.

"Jom, kita nak makan kat mana." Soal Warda.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now