15

3.6K 91 1
                                    

"Ummar." Pipi sahabatnya ditampar kasar. Takde masa aku nak berlembut dengan kau masa ni. Cepat bangun weyy.

Ummar rasa pijar dipipinya, kepalanya turut pening2. Apa jadi sebenarnya, matanya dibuka perlahan. Wajah Nasrun terpancul di depannyan, betul2 dihadapannya. Dah kenapa mamat ni, nak cium aku ke apa.

Tubuh Ummar diangkat kasar.

"Cepat! Kita takde masa sebelum Afrina sedar." Tutur Nasrun cemas.

Afrina. Otak Ummar memikir apa yang dikatakan Nasrun. Wajahnya ditoleh ke sisi. Matanya terbuntang luas melihat Afrina lena dengan selimut menutup sehingga bahu.

"Mampus!" Cepat2 Ummar bangun menyarung bajunya. Baru dia sedar yang dia hanya berboxer sahaja.

"Jahanam punya betina." Ummar menarik tangan Nasrun melarikan diri dari bilik itu. Afrina yang masih lena langsung tak terkutik dengan pelarian Ummar tadi.

"Apa jadi ni bro?" Soal Nasrun.

"Aku tak tahu." Muka Ummar diraup kasar. Dia buntu, masalah apa pula yang datang kali ni.

"Aku dah warning kau semalam, tengok apa jadi sekarang."

"Kau rasa ada orang nampak tak kita keluar tadi?"

"Takde kot. Aku tak perasan."

"Macam mana kau tahu aku kat hotel tu."

"Aku ekori kau!"

"Asal kau tak muncul dari awal weh."

"Aku terlepas pandang pastu korang terus hilang, aku tanya orang situ, dia cakap sejak Afrina balik dia duduk kat hotel tu."

Ummar kusut memikir. Dia ada buat apa2 ke dekat Afrina. Langsung tak diingatinya, yang dia ingat last dia minum dengan Afrina. Ahhhhh mesti lahanat tu dah masukkan sesuatu dalam minuman aku! Aku ingat dah bertaubat, rupanya makin jahanam.

"Sekarang apa kau nak buat?" Soal Nasrun lagi.

"Aku tak bro, otak aku krengg."

"Macam mana kalau parent kau tahu lepastu Warda?"

"Ahh lantaklah si Warda tu. Sekarang ni si Afrina, macam mana nak tutup mulut dia."

"Woiii, Warda bini kau. Kalau dia tahu mesti renyuk hati dia."

"Ahhh, jangan sebut nama dia boleh! Semak dengar nama dia." Ummar mendengus geram. Baru saja nak lupakan si Warda, Nasrun pulak mengungkit. Tak habis2 nak backup betina tu.

"Ikut kau lah! Menyesal aku tolong!"

"Ohh tak ikhlas tolong aku? Siapa kawan kau sebenarnya, aku ke Warda? Kenapa nak bela sangat dia?"

"Dia perempuan do."

"Habis Afrina tu bukan perempuan, kenapa tak tolong dia?"

"Dahtu kau nak aku sebar berita kau tidur dengan dia sebab nak tolong capaikan hajat Afrina nak kahwin dengan kau?!"

"Kau merepek apa?" Suara Ummar mula meninggi.

"Aku tak merepek! Kau ingat aku tak tahu perangai licik Afrina, come on la! Kau je yang kuno tak ikut perkembangan Afrina."

Ummar memandang Nasrun tajam minta penjelasan lebih apa yang dikatakan tadi.

"Kau tak tahu ke Afrina ikut jantan keparat tu pergi london?"

"Tak." Digeleng laju kepalanya.

Sah! Memang kawan aku yang sorang ni kuno tak ikut perkembangan. Si Afrina tu kecoh dekat instagram tentang percutian dia dengan jantan gila tu. Alih2 balik nak berbaik semula dengan Ummar. Memang sial lah kau. Dah tunjuk perangai sebenar, baguslah.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now