37

3.9K 97 4
                                    

Waktu melawat HUSM bagi hari minggu adalah 11.00 pagi. Warda bersama mak abahnya tiba di hospital 9:45pagi. Terpaksalah mereka menunggu sehingga tiba waktu melawat. Tak mengapalah, sejam lebih je pun. Abah dah mula gelisah ke sana sini. Abah bukan sejenis yang boleh menunggu lama, mula lah dia berkeliaran di kawasan hospital. Tinggal mak dan aku je yang setia menunggu di kerusi. Aku dah mula lentokkan kepala di bahu mak, rindu sangat akan cinta hati yang sorang ni. Bau mak memang menyenangkan aku.

"Adik balik ni, Ummar tahu ke tak?" Soal mak tiba-tiba.

Warda dah tak senang duduk bila disoal begitu, hatinya yang dari tadi gelisah semakin bertambah gelisahnya. Dia berpura-pura tidur untuk menyelamatkan dari soalan maut itu.

"Adik dengar tak mak tanya ni." Soal Pn.Siti sekali lagi. Dia tahu yang anaknya tidak terlena dibahunya.

"Hah apa mak." Warda cuba berlakon dengan mengangkat kepalanya dari bahu dan menggeliat kecil. Kalau menggeliat teruk kan malu pulak, orang ramai tengah berlegar kat lobi ni.

"Mak tanya, Ummar tahu ke adik balik kampung."

"hmmm, apa pulak tak tahu mak. Ummar yang hantar adik semalam, dia tak boleh ikut sebab banyak kerja." Dalam hati Warda berdoa semoga Allah mengampunkan dosa menipunya. Dia tidak tahu macam mana nak mencari alasan.

"Kalau Ummar kerja, adik tak payah la balik. Tunggu dia cuti dulu baru balik bersama. Adik kena ingat yang adik tu bukan anak dara, dah jadi isteri orang."

"Alah mak, Ummar bagi la. Lagipun adik bosan, Ummar kerja tinggal adik sorang terperuk kat rumah."

"Habistu pakai makan dia macam mana selama adik tak ada ni."

"Menantu mak tu dak besar panjang mak, pandai lah dia cari makan sendiri. Dekat kl tu banyak je kedai makan mak."

"Adik jangan ambik mudah macam tu, dulu waktu bujang boleh la dia keluar makan kat kedai hari2. Sekarang ni dia dah beristeri, lama2 dia akan berubah hati." Nasihat mak.

Tiba2 hati Warda berdebar bila mendengar perkataan berubah hati. Kalau betul2 macam mana.

"Adik balik sekejap je mak. Dia bukan tak izin adik balik. Adik dah rindu sangat dengan mak. Bukannya adik balik berjumpa orang lain."

Panjang lebar mak membebel untuk anak bongsunya yang degil. Dalam bebelan terselit nasihat yang berguna untuk Warda. Sedar tak sedar jam sudah pukul 11:06 pagi. Kelibat abah tidak kelihatan, mungkin dah masuk ke dalam. Abah bukan seorang penyabar.Hahaha

"Jom masuk mak, rasanya dia dah buka pintu untuk melawat."

"Ha jom. Abah dah masuk rasanya." Mak bangkit dari bangku dan berjalan mengiringi anak bongsunya.

Sudah ramai orang memenuhi ruang menunggu bahagaian ICU. Amin ditempatkan di unit rawatan rapi kerana masih tidak sedarkan diri. Warda Aisyah berjalan menuju ke arah maksu yang kelihatan sedang bercakap dengan pelawat lain.

"Assalamualaikum maksu." Warda msmberi salam sekali gus memberhentikan perbualan maksu dengan pelawat itu.

"Waalaikumussalam Warda. Anak maksu, bila balik." Maksu memeluk erat tubuh Warda Aisyah. Sudah lama dia tidak bertemu dengan maksu kerana maksu tinggal di kota bharu, jauh berbanding ibu saudara lain yang tinggal berdekatan dengan rumahnya.

"Pagi tadi. Maksu baru datang ke?"

"Haah baru je." Jawab maksu sambil menghulur salam kepada mak. Salah satu kakak yang dia rapat.

"Macam mana keadaan Amin maksu, teruk ke?" Soal Warda.

"Amin cedera di bahagian saraf tunjang. Sekarang dia tak sedarkan diri lagi." Ujar maksu bernada lemah

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now