24

2.9K 87 0
                                    

"Uwais?" Tegur Aisyah. Sejak kejadian di rumah papa semalam, Uwais hanya mendiamkan diri. Aisyah nak bersuara takut. Oleh kerana itu dia tidak menjenguk mama hari ini. Rasa bersalah tapi nak buat macam mana.

Uwais hanya menumpukan perhatiannya ke kaca tv. Tidak menghiraukan panggilan Aisyah. Hatinya sedikit tenang hari ini tapi tidak sepenuh tenang.

"Uwais masih marahkan papa?" Berat bagi Aisyah untuk menuturkan soalan ini.

"Papa cuma nasihatkan Uwais, bukan bermakna papa tak percayakan Uwais."

"Diamlah!"

"Tak baik tau kalau kita sebagai anak bersikap kurang ajar dengan ayah. Jatuh dosa."

"Tahulah."

"Habistu jangan la bermasam muka macam tu, kesian papa. Mama pun tak sihat lagi, kalau Uwais buat perangai macam ni, sedih la mereka."

Uwais diburu rasa bersalah. Bukan niat dia untuk menengking papa tapi dia geram! Si Aisyah ni memang sengaja nak tambah rasa bersalah tu dalam diri aku.

"Uwais dahaga la, buatkan air untuk Uwais." Ini saja cara nak mendiamkan Aisyah.

Aisyah berlalu membancuh segelas milo panas dan kembali pada Uwais.

"Aisyah duduk sini kejap." Arah Uwais bila Aisyah hanya duduk berjauhan darinya. Takut sangat ke.

"Ha? Kenapa?"

"Sini la kejap, Uwais nak cakap sikit."

"Ala duduk sini pun dengar la."

"Aisyah....."

"Okey2." Aisyah akur bila Uwais membulatkan matanya. Tapi takut jugak dia nak duduk dekat2.

"Done."

Uwais tersenyum dengan lagat Aisyah. Takut kena terkam kot, itu yang duduk di hujung sofa tu.

"Uwais nak minta maaf."

"Untuk?" Hairan pula kalau tiba2 nak minta maaf ni.

"Untuk semua salah Uwais sejak kita kahwin."

Aku bermimpi ke ni? Kenapa pula Uwais nak minta maaf?

"Awal2 dulu Uwais tak suka Aisyah terima lamaran mama. Uwais tentang perkahwinan ini, Uwais memberontak tapi Uwais sedar. Takkan kemana kalau Uwais masih bersikap tak matang. Aisyah dah sah jadi isteri Uwais, jadi Uwais patut terima hakikat ni. Uwais patut galas tanggungjawab ni. Uwais minta maaf dari segala2nya." Akhirnya. Ummar Uwais yang dulu kembali.

Lidah Aisyah kelu, macam mana nak balas kata2 Uwais. Cepat la tolong aku........

"Errr....Aisyah tak pernah ambil hati dengan sikap Uwais. Aisyah dah lama maafkan Uwais."

"Aisyah tipu. Uwais tahu banyak kali jugak Aisyah menangis sebab Uwais kan?"

Aduhhh. Perihal nangis jugak dia nak ungkit, malu la aku. Kepalanya ditunduk memandang lantai. Malu nak mengadap Uwais~~~~

"Uwais faham, kalau orang lain pun akan nangis macam Aisyah jugak tapi Aisyah lain. Aisyah tak balas semua tu."

Eh dia puji aku pulak ke?

"Uwais suami Aisyah, takkan Aisyah nak berdendam dengan suami sendiri. Berdosa la Aisyah."

"Boleh tak kalau kita jalankan hidup macam suami isteri yang lain. Mulakan hidup baru?" Pinta Uwais. Tubuhnya dirapatkan ke Aisyah. Gadis comel itu sejak tadi lagi tunduk memandang lantai. Buruk sangat ke muka aku ni.

"Hah?" Aisyah mengangkat mukanya. Macam tak percaya dengan apa yang Uwais cakap. Kalau macam tu, ni kira first night aku ke?!! Eh gatal betul otak aku ni. Asal nak fikir pasal benda tu pulak, Uwais tak de cakap apa2 pun.

CINTA ini hanya untukMUOn viuen les histories. Descobreix ara