6

3.9K 102 2
                                    

Wajah Ummar di depannya ditenung tajam. Kenapa susah sangat mamat ni nak terima, aku minta 40k je pun. Bukan minta rumah sebijik, susah sangat ke? Kata nak kahwin dengan aku, sayang aku, cinta aku. Ini ke pengorbanan cinta yang kau mampu buat! Merayu minta turunkan duit hantaran! Hello, i ni Afrina anak Zaid.

"Awak dengar tak?" Tanya Ummar.

"Tak! Mana boleh kurang, dulu kakak i minta 50k okay je! Fitri tu turut je." Bentak Afrina.

"MasyaAllah. Awak nak bandingkan saya dengan Fitri. Fitri tu dato, saya ni cuma doktor dompet kering. Mana nak setanding dengan dia. Awak cuba la faham, takkan nak suruh saya buat pinjaman. Tolong la faham, lepas kahwin kita nak guna banyak lagi. Mana awak nak hias rumah lagi, nak beli perabot itu ini. Semua tu guna duit." Terang Afrina.

"Saya tak peduli! Dulu awak janji manis, cakap nak ikut semua permintaan saya. Kenapa awak nak bangkang lagi dengan keputusan saya?! Awak nak kahwin atau tak? Awak nak saya lari?!" Marah Afrina.

"Ya Allah, cuba awak istighfar sikit. Kenapa sampai macam tu sekali, awak ingat benda kahwin ni boleh buat main2 ke. Semua benda kita dah siapkan. Itu pun dah banyak habis. Awak nak pelamin mewah saya ikut, baju mahal saya terima malah semua saya ikut kehendak awak tinggal duit hantaran je saya rasa berat sedikit untuk terima. Tolong la faham situasi saya." Rayu Ummar lagi.

"Saya tak kira." Afrina bangkit dari duduk terus berlari. Keluar dari restoran.

"Awak." Panggil Ummar. Dia cepat2 membayar bill lalu mengejar Afrina.

"Okay kalau awak nak sangat saya terima! Sekarang ni biar saya hantar awak balik dulu." Ummar sudah tidak memikirkan lagi tentang perkara itu. Terus sahaja di setuju dengan kehendak Afrina. Bila dah sayang, semua diturutinya. Boleh je dia pinjam duit dari papanya, bukan papanya tak boleh bagi cuma kena bodek dulu baru lulus permohonan.

Afrina menyembunyi senyuman dalam hati.

"Taknak! Biar saya balik sendiri." Afrina berlalu masuk ke kereta yang berhenti di hadapannya. Sebenarnya sejak tadi lagi dia menghantar whatsapp kepada Fadil supaya menjemputnya.

Ummar memandang sahaja susuk tubuh Afrina masuk ke dalam perut kereta. Dia tidak begitu perasan siapa yang menjemput Afrina keran cermin kereta itu terlalu gelap. Keluhan kesal dilepaskan olehnya. Fikirannya buntu, bagaimana caranya ingin membodek papanya.

Ummar masuk ke keretanya ingin pulang ke rumah. Esok dia akan balik ke kelantan untuk memulakan kerja. Cuti yang dimohon untuk menyelesaikan urusan perkahwinan telah pun berakhir.

"Mama." Ummar memeluk tubuh kurus itu dari belakang.

"Ha ni kenapa peluk2. Nak bodek mama ke?"

"Mana ada ma. Ummar rindu, esok kena balik kelantan dah. Mama masak ape tu?" Ummar menongkat dagunya di atas bahu mamanya.

"Mama masak ayam pedas kesukaan Asyraf la. Tadi dia dah pesan kat mama."

"Favorite Asyraf je. Ummar macam mana?" Ummar mencebik, pelukan dilepaskan.

"Sikit2 nak merajuk! Tu ha pergi buka tudung saji." Arah mamanya.

Ummar mengikut sahaja arahan mamanya. Matanya mula bersinar bila melihat ayam masak asam pedas.

"Wahh ma!" Cepat2 Ummar mencedok nasi.

"Haishh." Pn.Damia merampas kembali pinggan ditangan Ummar.

"Tunggu papa dengan Asyraf dulu." Ujar mamanya lagi.

"Emmm." Ummar memuncungkan mulutnya seperti kanak2 tidak mendapatkan gula2.

"Pergi mandi solat dulu. Nanti papa dengan Asyraf balik kita makan sama2."

CINTA ini hanya untukMUNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ