20

4.1K 93 1
                                    

Hari ini Uwais terpaksa bertugas kerana semalam sudah diambil cuti. Kerjayanya sebagai seorang doktor membuatkan dia susah untuk bercuti terlalu lama. Kalau ikutkan rasa yang bersalah ini, dia mahu menemani Aisyah di hospital. Doktor masih tak membenarkan dia keluar mujur saja jarak hospital pusrawi dengan HKL tidak jauh hanya sekangkang kera je. Boleh lah dia melawat lunch hour nanti.

Mama dan papa tak tahu hal yang terjadi. Nasib baik Aisyah berpegang pada janji. Tersenyum lebar Uwais mengenangkan sikap Aisyah yang ceria. Haiiihh, dah mula suka ke?

Bila teringatkan Afrina terus mati senyuman dia. Macam mana nak selesaikan masalah dia dengan Afrina. Semalam dia sudah menceritakan kepada Nasrun apa yang terjadi, memang bernanah telinga Uwais dengar bebelan Nasrun. Kalah mama! Ni kalau bagitahu mama lagi lah, mesti tercabut telinga. Tak pun kena tendang. Paling2 sikit kena makan siku mama.

"Sebenarnya Afrina mengandung." Jujur Uwais. Tengah hari tadi dia sudah berjanji untuk menceritakan hal sebenar.

Aisyah mengangguk. Patut lah malam tu dia ada sebut pasal mengandung tapi apa pula kaitan dengan Uwais?

"Habistu Uwais mengamuk apehal? Tak boleh terima kenyataan?"

"Bukan macam tu. Anak yang dia kandung tu, dia kata anak Uwais. Dia minta Uwais bertanggungjawab."

Berita ni! Berita ni buat Aisyah sakit jantung! Afrina mengandung anak Uwais? Maknanya selama dia di Melaka Uwais ada buat hubungan sumbang dengan Afrina. Ya Allah, ampunkanlah dosa suami aku.

Kenapa Uwais sanggup buat begitu sekali, kenapa dengan Aisyah dia tak minta semua tu, kenapa perlu mencari yang haram jika yang halal ada di depan mata. Oh lupa! Aisyah bukan cinta hati Uwais.

Suasana sepi seketika. Baik Uwais baik Aisyah, semua tak berani membuka mulut.

"Aisyah jangan salah faham. Uwais tak buat semua tu." Dia perlu bersihkan namanya. Tak boleh biarkan Aisyah fikir macam2 pasal hal dia.

"Kalau Uwais tak buat kenapa Afrina nak datang minta Uwais bertanggungjawab." Tutur Aisyah perlahan. Dia perlu mengawal perasaannya.

CINTA ini hanya untukMUDove le storie prendono vita. Scoprilo ora