26

2.9K 76 1
                                    

Dua minggu berlalu setelah habis cuti midsem. Makin banyak pulak tugasan yang kena selesaikan. Hari2 sibuk dengan kelas, pensyarah pun memang takde hati nak cancel kelas. Menyampah betul! Penat doh. Paling penat hari isnin dengan selasa. Dia punya schedule memang kejam namateyyy. Jam8 dah kena ada dalam kelas mengadap kuliah digital dengan instrument, tengahari pula kena terkejar2 pergi kelas autocad sampai petang. Penat gila, nasib baik sem ni Nina bawak kereta, takde la perlu kejar bas untuk ke kelas autocad.

Hujung minggu ni Warda tak bercadang nak balik sebab cuti hujung minggu je. Penat nak pergi balik. Nak tahu hubungannya dengan Uwais? Hmm, mesti lah makin baik. Si Uwais tu tiap hari call tanya khabar Warda. Kalau sebelum ni jangankan call, whatsapp pun tidak.

I can swear
I can joke
I say what on my mind
If i drink
If i smo.......

Telefon lenovo mendendangkan lagu pretty girl menganggu rehat Warda. Baru saja rebahkan badan setelah pulang dari kelas instrument, dah ada orang nak kacau. Dengki betul.

Panggilan diangkat.

"Hai sayang." Sapaan suara dari seseorang menyejukkan hati Warda. Baru je tadi nak bebel sebab rehatnya diganggu, rupanya suami sendiri yang call.

"Haii."

"Tengah buat apa tu? Dah habis kelas ke?"

"Tengah rehat ni, baru je habis tadi. Uwais kat tempat kerja lagi ke?"

"Oh ye ke, kira ganggu sayang la ni. Uwais kerja lagi. Rindu sayang la, tak nak balik ke minggu ni?"

Macam serba salah pulak nak jawab soalan last tu. Aku bukan ada cuti pun. Haihh.

"Em tak balik kot. Jumaat ni Aisyah kena masuk lab siapkan task. Rest sabtu ahad je, macam serba salah je nak balik."

"Alaa rindu nya kat Aisyah. Uwais bosan la duduk sorang kat rumah. Tidur malam takde orang teman, takde orang nak siapkan sarapan, butangkan baju. Sedih." Dah keluar suara mengada dia.

"Tidur la dengan hantu, Uwais kan bela hantu. Lepas tu baju tu butangkan sendiri. Sarapan tu makan je lah kat hospital, kan ada cafe kat sana."

"Hantu tak sama dengan Aisyah. Kalau tidur boleh peluk2, kiss2 sikit."

"Gatal! Makin gatal ye sekarang."

"Gatal sikit je. Hehehe."

"Mama macam mana?"

"Mama sihat, semalam baru jenguk mama kat rumah. Dia kirim salam dekat Aisyah."

Aisyah menjawab salam dari mamanya. Hubungan mama dengan Uwais semakin pulih begitu juga papa. Ini semua sebab dah terbukti yang Uwais tak salah. Terima kasih dekat Nasrun yang cari tahu semuanya. Yang sebenarnya Afrina mengandungkan anak Fadil tapi bila Fadil masuk penjara dia hilang arah tuju, itu yang dia jadikan Uwais sebagai mangsa. Tapi bila dah terbongkar semua barulah Afrina mendiamkan diri. Sekarang ni tak tahu ke mana dia pergi, diam terus. Lantak la dia.

"Sayang, Uwais nak kena letak dulu tau. Sorry busy sikit, nanti malam Uwais call lagi. Bye sayang, I love you." Tanpa menunggu balasan talian dimatikan.

Aisyah dah terbang diawan awangan bila mendengar perkataan i love you. Gaya macam tak pernah dengar kan? Apa pulak tak pernah, Aisyah dah banyak kali bercinta kan. Tapi kali ni i love you tu diucap dari seseorang yang sah memilikinya. Kedalaman maksud ayat tu sampai ke hati membuatkan Aisyah terus terbuai.

"Hoiii. Dah sembahyang ke? Bukan main sedap kau landing eh. Siap mengelamun lagi! Waktu dah nak habis kot, boleh pulak kau buat main2 ye." Ha ambik kau! Nina dah buka tazkirah.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now