27

2.7K 80 2
                                    

Tengku Albert Aziz. Tiada siapa mengetahui asal usul kemunculannya. Kehadirannya yang bersikap rendah diri dan kehidupan biasa2 membutakan mata setiap orang. Siapa sangka Tengku Albert Aziz merupakan anak tunggal kepada Dato Tengku Fabrian salah satu dari usahawan terkenal malaysia.

"Ibu." Wanita separuh umur itu dipeluk erat. Kalau bukan dengan ibu, siapa lagi yang menjadi tempat anak tunggal ini bermanja.

"Awal anak ibu bangun hari ni. Biasa kalau hujung minggu macam ni terperuk dalam bilik tu. Entah apa nak jadi la dengan anak ibu yang sorang ni. Hari2 sibuk bekerja, tiba hujung minggu terperap pulak dalam bilik. Bila la ibu nak dapat merasa ada anak perempuan."

"Ibu ni asyik2 nak membebel je. Iz bangun awal pun salah, lewat pun salah. Walid pergi mana ibu?"

"Walid macam biasa la cuti2 ni, bukan boleh melekat kat rumah. Sibuk nak keluar dengan kawan2 dia. Sudahnya tinggal ibu sorang kat rumah ni. Itu yang ibu nak sangat menantu, boleh teman2kan ibu kat rumah."

"Ibu jangan risua lah, Iz tengah usaha sekarang ni. Cuma belum tiba masa, dia tu susah sikit nak dapat."

"Maksud Iz apa? Iz dah ada calon ke?"

Lihat dari senyuman yang terbit dari mulut anaknya sudah tahu akan maksudnya.

Tengku Masni sangat bahagia mendengar berita yang diterimanya itu. Sebelum jawatan CEO jatuh kepada Iz, dia perlu berkahwin dahulu. Itulah syarat yang termaktub dalam pemilikan syarikat FABRUL Enterprise.

"Mama jangan risau ye. Iz akan usahakannya, syarikat walid takkan jatuh ke tangan orang lain. Sekarang Iz sedar yang Iz layak pegang jawatan CEO syarikat tu bukan Adelia. Dia perempuan bu, macam mana nak jadi CEO syarikat. Iz pun tak faham dengan lembaga pengarah ni." Kini giliran Aziz pula membebel. Adelia Sofia merupakan musuh yang paling dibencinya kerana berebut jawatan sebagai CEO. Aziz perlu bertindak lebih cepat berbanding Adelia.

"Adelia bijak, berkaliber, memang patut la dia tercalon, lagipun dia kan anak uncle Badrul, salah satu pemegang saham terbesar syarikat walid merangkat kawan rapat walid. Iz jangan buat2 lupa."

"Iz tak suka dia! Bagi Iz, Adelia tak layak digelar CEO."

"Kenapa Iz benci sangat dengan Adelia ni? Dia tolak cinta Iz ke?"

"No! Iz tak pernah jatuh cinta dengan dia even sekecil hama bu. Dia asyik cari gaduh je dengan Iz."

"Ibu faham. Mesti maruah Iz tercalar sebab dia selalu cari gaduh kan? Why not Iz cuba dekati dia, kenal2 dia."

"Eiuuuu taknak. Iz dah ada seseorang yang Iz nak yang pasti bukan macam Adelia."

"Terpulang pada Iz la, ibu serahkan segalanya pada Iz. Ini semua soal masa depan Iz, ibu tak boleh buat apa2. Lagipun Iz yang nak hidup bersama dengan dia. Cuma ibu cadangkan jela sebab Adelia Sofia apa kurangnya."

"Adelia Adelia Adelia. Dekat office pun semua duk puji Adelia. Bersepah nama Adelia dalam otak Iz."

"Anak ibu jangan marah macam tu." Pujuk Tengku masni.

"Iz nak mandi dulu la, stress fikir pasal Adelia."

"Ya Allah tak mandi lagi. Ibu ingatkan dah mandi."

"Hehehe. Sejuk mandi pagi bu." Aziz berlari anak naik ke biliknya. Memang malas betul nak mandi.

Kaki Warda diatur perlahan turun dari tangga. Pagi tadi dia menerima panggila dari Aziz ajak jumpanya. Entah sebab apa pun tak tahu, nasib baik hari ni dia takde apa2 hal. Sudah seminggu sejak pertemuan dia dengan Aziz berlalu. Ingatkan lelaki itu dah lupakan dia tapi kali ni dia muncul lagi.

Kereta audi r8 elok tersadai tepi jalan bersebelahan pondok pengawal. Kelibat Aziz kelihatan menyandar di keretanya. Bukan main Aziz sekarang, pakai audi r8 sport baru. Apa nak hairan kalau dah bakal CEO bukan setakat boleh bawak r8, lambo, ferarri, porsche pun boleh bawak.

"Haii. Dah lama sampai?"

"Boleh la. Jom masuk dulu, panas ni." Aziz membuka pintu sebelah penumpang.

"So ada apa nak jumpa saya ni?"

"Something special."

"Special. Hahaha. Jangan bergurau la."

"Saya tak bergurau."

Eh serious la mamat ni. Buat aku seriau je tengok senyum sinis dia.

"Can you tell me?"

"Soon."

"Kenapa tak cakap sekarang?"

"I wanna make it surprise."

Alahaiii. Kenapa Aziz macam ni? Menyesal aku ikut.

"Kalau awak tak cakap saya terjun dari kereta."

"Are you kidding me Warda. Hahaha."

"Saya tak bergurau tau."

"Okay saya bagitahu dan saya harap sangat jawapan positif dari awak."

Makin berkerut pulak dahi Warda. Aziz ni memang tak boleh dijangkan betul.

"Kita kahwin."

Buk!!!!! Rasa macam batu bata menimpa Warda. Apa yang dia dengar tadi?

"Kita? Maksudnya saya dan awak?"

"Yup, siapa lagi dalam kereta ni, hanya awak dan saya." Aziz tergelak kecil.

"Awak dah gila ke? Takde hujan takde ribut awak datang minta kahwin. Awak ingat kahwin ni macam makan aiskrim ke?"

"Haha. Takkan kena tunggu hujan ribut dulu baru boleh kahwin."

"But why?"

"I love you."

"No! You never love me Aziz. Awak tipu diri sendiri. Awak tak pernah ada sekelumit perasaan dekat saya. Dan jawapan saya adalah NO. N.O! Saya tak nak kahwin dengan awak dan takkan! Hantar saya balik sekarang."

"Warda please dengar dulu penjelasan saya." Kereta yang dipandu diberhentikan di tepi jalan.

"Saya tak nak dengar. Even kalau awak jelaskan semuanya saya takkan ubah keputusan. Jawapannya still no! Awak gila aziz, awak gila."

"Warda please. Saya tahu awak marahkan saya sebab tinggalkan awak tampa noktah dulu but i have my own reason. Awak first love saya, awak ingat saya akan lupakan awak begitu saja? Yes i admit yang saya tak luahkan dulu before saya keluar dari matrik sebab saya bodoh masa tu dan sekarang saya nak tebus silap saya sebab abaikan awak. Kita kahwin Warda, saya mampu bahagiakan awak. Awak masih sayang saya kan?"

"I cant!"

"Kenapa tak boleh, awak cintakan saya kan? Saya tahu Warda."

"Aziz please hantar saya balik. Ini semua salah! Saya tahu saya tak sepatutnya setuju bila awak ajak saya keluar."

"Saya takkan hantar selagi awak tak terima saya."

"Awak memang betul2 dah gila Aziz."

"Memang saya gila, saya gilakan awak sejak dulu lagi! Selama ni saya cari awak Warda, saya menyesal tinggalkan awak dulu. Tolong maafkan saya dan terima saya semula."

"Kenapa susah sangat awak nak faham? Saya tak boleh terima awak! Saya dah kahwin."

"Bohong! Itu semua alasan sebab awak nak lari dari saya kan?"

Ya Allah. Tolong la aku, kenapa susah sangat Aziz nak faham! Aku dah tak cintakan dia! Aku ada suami, aku sayang suami aku.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now