38

2.9K 61 0
                                    

Hari ini Warda tidak tidur di rumah maksunya kerana paksu cuti. Jadi sudah ada orang untuk menolong maksu menguruskan Amin. Warda ingin menghabiskan masanya bersama mak pada hari ini. Sejak dia balik, belum sempat lagi dia meluangkan masa bersama mak abah kerana sibuk menjaga Amin. Itu keputusannya yang menawarkan diri untuk menjaga Amin. Mereka tidak memaksa sama sekali tetapi Warda melakukan atas dasar simpatinya terhadap abang susuannya.

"Mak. Along telefon." Laung Warda dari dalam rumah.

"Bawa sini la telefon tu." Mak membalas dengan laungan juga kerana dia berada dekat luar rumah, bercucuk tanam di kebun kecilnya. Memang menjadi rutin harian mak untuk turun bercucuk tanam setiap hari.

Warda berlari membawa telefon maknya dan berlalu masuk ke bilik semula. Sejak tadi lagi dia membelek2 telefonnya, takut2 ada rosak sebab sejak dia balik kampung, Ummar Uwais langsung tidak whatsapp atau telefon untuk bertanya khabar. Biasanya dia akan whatsapp atau telefon walaupun Warda tidak membalasnya. Pelik pulak jadinya.

Inilah perempuan! Sebelum ini diminta supaya suaminya memberi ruang waktu untuknya dan jangan menganggu buat masa sekarang tapi bila suaminya menunaikan permintaannya, diserabutkan fikirannya memikirkan kenapa Uwais mendiamkan diri. Pelik dan complicated masalah perempuan ni.

"Adik." Mak melaung dari luar.

Terkejut Warda mendengar jeritan mak.

"Ya." Warda berlari seperti anak kecil.

"Cakap nak teman mak keluar hari ni. Dah mandi ke?"

"Belum. Adik mandi kejap ye." Warda terlupa yang dia berjanji untuk teman mak beli barang. Sudahnya mak membebel kat luar sorang2. Pemalas betul kalau bab mandi pagi ni.

Warda memandu ke bandar membawa maknya ke market untuk membeli barang. Mak kalau sudah ada anak bongsu di rumah, memang dilupakan abah yang sibuk dekat kebun.

"Adik nak balik kl bila? Ke nak tunggu suami jemput dulu." Ujar mak bernada perlian.

"Alahaii mak ni, adik tak puas lagi duduk kat kampung ni. Adik nak teman Amin sementara ada masa ni. Kalau dah start belajar susah pulak nak jenguk Amin."

"Aihh. Dah lupa ke yang awak tu isteri orang. Ada tanggungjawab lain selain menjaga Amin. Ya mak tahu Amin perlukan sokongan waktu sekarang tapi adik ada tanggungjawab kan kat sana? Bila dah bersuami ni nak buat sesuatu perkara kena fikir suami, waktu pun terhad tak seperti dulu lagi. Amin kat sini ramai yang ada disekeliling dia dan boleh jaga. Mak bukan nak halang cuma adik kena ingat sikit status adik."

"Yelah2. Nanti adik balik kl."

"Mak risaulah, adik ada masalah dengan Ummar ke? Kenapa bila mak cakap pasal balik kl adik suka bagi alasan. Cuba terus terang dengan mak."

"Takdelah mak. Masalah kecil je, biasa la kalau dah berumah tangga."

"Kalau kecil takkan sampai merajuk balik kampung." Perli mak.

"Mana ada adik merajuk, adik cuma minta nak balik kampung je. Takdelah merajuk membawa diri."

"Adik jangan nak berbohong dengan mak ye."

"Haish mak ni. Jangan risau sangat lah. Doa yang baik2 sudah. Hujung minggu ni adik balik kl la. Mak ni dah bosan sangat tengok muka adik.hmm" Warda cuba menyembunyikan sebetulnya apa yang terjadi. Dia tak nak mak risaukan dia. Dia dah besar untuk hadapi semuanya.

"Ha cuba nak tukar topik pula. Susah la cakap dengan adik ni, adik tak faham apa yang mak maksudkan."

"Hehehe. Mak jangan merajuk pulak. haishhh." Susah juga nak sorokkan sesuatu dari orang tersayang ni, serba salah jadinya.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now