12

3.5K 98 0
                                    

Warda memandang sayu telefonnya. Sedih bila tak dapat keluar dengan kawan sekolahnya dulu. Semalam bukan main dia berjanji dengan Lyn tapi bila Ummar tak izinkan terus saja dia mencipta seribu alasan. Bukan main susah dia nak lepas dari soalan yang betubi-tubi ditanya oleh mereka dalam group whatsapp. Suasana pagi ini sungguh redup sekali, seredup hatinya ini. Warda melayan perasaan sebelum keluar menyiapkan sarapan untuk suaminya, walau sakit mana hati ini diperlakukan, dia tak akan mengabaikan tanggungjawabnya yang satu tu. Kata orang nak suami sayang kita, kenalah ikat perut dengan masakan kita. Mak juga pesan kalau memasak tu bacalah selawat dan hembus ke dalam masakan moga2 lembutlah hati seseorang itu. Bukan jampi mengarut ye. Hari ini merupakan hari pertama Ummar bekerja setelah diijab kabul. Handsomenya Ummar dalam sut kemejanya.

"Warda Aisyah, cantik nama awak." Ujar doktor muda itu. Aku hanya tersipu malu bila dipuji sedemikian.

"Okay saya nak tengok keadaan gigi awak. Naik keatas sikit ye lepas tu buka mulut luas2." Aku mengikut sahaja arahan doktor muda itu. Lembut je dia berbicara.

"kalau lihat pada keadaan gigi awak ni takdelah teruk sangat. Saya rasa bila pakai braces sekejap je dia tersusun elok."

Alhamdulillah lega dalam hati bila doktor cakap macam tu. Dia bukan suka sangat pakai braces tapi kena paksa oleh maknya, itu yang dia datang ke klinik ni.

Bunyi telefon menyedarkan Warda dari lamunannya.

Lyn...

"hello."

"Woiii Warda!" Jerit Lyn dicorong telefon.

"Apesal memekak pagi2 buta ni. Biasa kau terus membuta lepas solat subuh."

"Kau betul2 ke taknak keluar, kalau kau ubah fikiran aku jemput kau kat rumah."

"Tak la wei, aku ade hal sikit. Sorry tak boleh nak join korang."

"Alaa, aku rindu dekat kau. Kita dah lama tak jumpa lagipun susah tau nak kumpulkan semua geng kita."

"Aku pun rindu kau, rindu dekat semua. Tapi kali ni betul2 tak boleh."

Ummar yang dari tadi tercegat dekat depan pintu Warda terus terpaku mendengar perbualan Warda dengan kawannya. Terdetik perasaan kasihan dekat Warda, kalau dia dekat rumah pun bukan buat apa jugak.

Warda meletakkan telefon bila terdengar bunyi di dapur. Kali ni mukanya turut sembap kerana menangis.

"Awak dah siap ke? Saya tak masak lagi." Soal Warda pelik melihat Ummar dekat dapur. Eh tapi bodoh jugak soalan aku. Dah sah2 Ummar masih pakai kain pelekat dengan tshirt putih polo ditambah pula dengan kopiah dekat kepala. Sejuk mata Warda memandang suaminya berkeadaan begitu.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now