10

4K 96 0
                                    

Warda lena dibuai mimpi di seat sebelah pemandu. Warda bukan jenis yang suka tidur bila naik kereta tapi kalini tak ada apa yang menarik perhatiannya. Dah la ada suami kat sebelah tapi macam patung. Lansung tak bercakap, radio pun tak dibuka. Bosannya hidup.

"Eh jap! Mana laki aku?" Warda tersedar terus mencari kelibat Ummar. Baru dia perasan dia sekarang berada di RnR gua musang. Lama betul dia lena, kesian Ummar drive sorang2. Mesti dia berhenti makan tapi tak kejut pun aku, dah kereta tak dikunci nasib baik dia tak mematikan enjin.

Baru sahaja Warda ingin membuka pintu, Ummar muncul.

"Awak pergi mana? Kenapa tak kejut saya?" Soal Warda. Dia mula melihat tangan Ummar laju memutar stereng kereta. Eh takkan dah nak gerak? Aku lapar la. Warda memegang perutnya, dari tadi lagi perutnya berbunyi. Pagi tadi dia hanya menjamah sikit sahaja nasi goreng mama sebab takut termuntah kalau sumbat banyak2. Dah la nak berjalan jauh.

"Dah yang kau tidue mati tu apesal!" Tutur Ummar.

"Takkan tak boleh kejut, saya lapar la." Ujar Warda meminta simpati memohon agar Ummar kembali semula ke RnR namun sangkaannya meleset. Ummar terus menekan pedal minyak laju.

"Makan la dalam mimpi! Tak payah nak bangun2 dah." Perli Ummar. Dia ni memang hati beku eh! Langsung tak dihiraukan isteri yang kebulur kat sebelah.

Warda memandang ke luar tingkap. Air mata yang ditahan menitis ke pipi, pertama kali sejak diijab kabul air matanya menitis. Dia memang sensitif sikit tapi siapa je tak nangis kalau dilayan macam tu oleh suami lagi2 bila perutnya meragam teruk minta diisi.

"Awak kalau jumpa kedai berhenti ya. Saya nak beli roti. Lapar." Ujar Warda dengan suara masih tersedu.

Ummar diam.

"Awak dengar tak?" Warda bengang bila tiada sahutan.

"Ye aku dengar! Takde kedai lagi kan! Kejap lagi jumpa aku berhenti lah. Kau jangan nak mengada2 nak tidur pulak."

Warda mencebik! Padahal boleh ke dia jawab ya!

Warda memusingkan badannya menghadap luar tingkap. Memang dia takkan terlena la kali ni. Perut dia bernyanyi2 minta diisi.

Ummar memberhentikan keretanya di depan kfc. Bersorak riang Warda. Memang tahap kebulur gila dah ni.

"Awak nak ape2 tak?" Soal Warda.

"Tak payah sibuk pasal aku."

"Orang tanya baik2 pun nak marah ke?" Bentak Warda.

"Ha membentak! Aku tinggal kat sini baru melalak kau." Suar Ummar sedikit meninggi. Tapi kenapa perlu dia melayan Warda begitu, dia tu isteri kau yang sah.

Warda berjalan seronok menjinjit plastik kfc. Siapa tak seronok kalau dapat makanan lagi2 bila tengah lapar tahap kebulur. Tak guna punya suami, enak2 je dia turun makan sesorang tinggalkan Warda dalam kereta sendirian nasib baik tak jadi apa2.

"Makan tu jangan nak sepah kereta aku, aku tak suka!" Warning Ummar.

Ishh dia ni memang kacau mood betul! Dia baru ke nak feeling seperti dalam iklan tu. Takut sangat aku sepahkan kereta kau! Ingat aku bebudak lagi ke.

"Awak nak?" Warda menghulur peha ayam kepada Ummar.

"Aku tengah drive." Ujar Ummar. Dia sebenarnya terliur sangatlah dengan ayam favorite dia tu tapi ditinggikan ego dia. Fuhh bau dia menusuk ke hidung lagi2 dalam kereta. Memang tak kemana baunya.

"Takpe saya suap!" Warda menyua ayam ke mulut Ummar lantas ditepis kasar oleh Ummar, jatuh ke bawah ayam yang dipegang oleh Warda.

"Kau jangan nak menggatal dengan aku!" Marah Ummar dengan tindakan drastik Warda.

CINTA ini hanya untukMUDär berättelser lever. Upptäck nu