17

3.4K 94 5
                                    

Wahhh. Cantik gila kondo ni, mewah sangat ni. Warda dah start perangai jakun dia, biasa duduk rumah kampung biasa2 je. Ni dia punya design dalaman fuhh memang terbaik la. Walaupun kondo ni kecik nak dibandingkan dengan rumah mama tapi hiasan dalaman kalah rumah mama. Dengan berandanya yang luas, kalau duduk situ boleh nampak semua bangunan2 sekitar termasuk KLCC lagi2 bila malam macam ni. Cantik tengok cahaya lampu.

"Cantik la rumah ni, awak yang design ke?" Keterujaan Warda tak habis lagi. Dia berjalan ke arah beranda walau gayat dia lupakan sahaja sebab memang cantik. Pandai Ummar pilih rumah walaupun terletak di tengah2 bandar tapi kawasannya tenang sangat.

"Ni rumah aku mestilah aku yang design." Ummar sebenarnya seronok bila orang puji cara dia susun atur barang dalam rumah tapi dia sembunyi ke rasa seronok tu.

"Wuishh garang, mana bilik saya?"

"Takde, tidur luar." Karekter bergurau dia dah start cuma dikawal oleh ego. Itu yang jadi garau je suara.

"Eh tidur luar lagi seronok, luas, ada tv, dekat dengan dapur. Sofa ni pun empuk je. Emm lena la saya malam ni." Aku pun pandai bergurau jugak. Warda menggosok sofa itu. Memang betul2 gebu la.

Biar betul minah ni, takkan nak tidur kat luar kot. Kalau aku tergoda tengok dia tidur macam mana? Dah la kat rumah mak dia aku selalu tahan je nafsu bila tidur sekali dengan dia. Nafsu ape tu? Dah pandai bernafsu pulak Ummar ni. Kata tak suka.

"Tak boleh, kan kena air liur basi kau kat sofa aku ni. Kau masuk bilik tu." Tunjuk Ummar kearah bilik di sebelah biliknya. Bilik tu dia tak guna, dia biarkan kosong. Yang ada cuma katil dengan Almari je tandas memang kat luar. Sebab rumah ni master room dengan satu bilik lagi je yang ade tandas kat dalam. Satu lagi tandas kat luar. Ummar malas nak kasi bilik yang satu lagi sebab bilik tu penuh dengan barang2 dia. Satu bilik lagi dijadikan stor. Senang cerita kondo ni ada bilik semuanya.

Dalam hati Warda lega bukan main. Memang tak la dia nak tidur kat luar, takkan nak berkampung kat luar kalau takde bilik. Nak tukar baju semua dekat luar? Ishh tak boleh.

Warda masuk kebilik yang dimaksudkan.

"Hacummmm!" Sekali buka pintu terus bersin Warda. Berhabuk bilik gila bila.

"Awak tak guna ke bilik ni?" Hidung Warda dah mula merah bila masuk habuk.

"Tak! Bilik tu aku jadikan rumah hantu." Memang dia tak guna langsung bili tu, last dia buka masa masukkan barang2 tu semua. Maknanya dah lama la sebab Ummar dah lama beli rumah ni.

Dengar perkataan hantu Warda keluar dari bilik itu. Seram sejuk jadinya, rupa dah memang rumah hantu. Kosong tiada apa. Habuk penuh di almari.

"Awak jangan cakap macam tu, kan saya masuk tidur dengan awak malam ni."

Ummar terus jeling. Ada hati nak tidur dengan aku.

Dah kenapa jeling macam tu sekali. Siapa suruh kau usik aku dengan benda jadah tu? Kat rumah sendiri pun aku takut inikan pula rumah orang.--Warda.

"Hantu2 ooo hantu, keluar lah. Aku bawak mangsa ni." Usik Ummar lalu masuk ke biliknya.

"Ummar!!!" Jerit Warda mengetuk pintu bilik Ummar. Dia tak kira, malam ni dia nak tidur bilik Ummar. Tak kisah la kena tidur atas sofa ke yang penting dia tak nak tidur sorang.

Ummar membuka pintu biliknya. Warda terus menerpa kedalam bilik. Tempat yang ditujunya adalah sofa. Kan kalau lompat atas katil, jawabnya pagi esok makan sepakan percuma pulak la. Mendarat je atas sofa Warda terus menekup mukanya. Ummar nak cakap apa, cakap jelah. Aku takkan berubah arah, aku tahu aku nak tidur sini dalam bilik kau, sekali dengan kau. Taknak tidur bilik tu sekali dengan hantu.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now