9

3.7K 93 2
                                    

Uwais menghentak meja dihadapannya. Perasaan dia ketika ini sangat marah.

Warda terkejut dengan sikap Uwais yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

"Kenapa awak terima lamaran mama saya!" Bentak Uwais.

"Saya cuma nak tolong awak." Terketar-ketar Warda menjawab soalan Uwais. Salahkah dia menerima lamaran itu, niatnya cuma ingin membantu Uwais.

"Saya tak perlukan pertolongan awak. Pleasa la jangan jadi bodoh, saya tak perly belas kasihan daripada sesiapa."

Warda tergamam. Inikah perangai sebenar Uwais. Tidak pula dia tahu sebelum ini atau ini cuma sikap yang hadir ketika saat gentir ini. Ya Allah berilah petunjukmu. Aku sudah terlanjur menerima lamaran itu. Sebelum menerima Warda juga sudah menunaikan solat istikharah memohon petunjuk, ternyata Allah membuka hatinya untuk menerima Uwais dan melembutkan hati alongnya untuk bersetuju dengan keputusan ini. Alongnya paling baran sekali bila mengetahui tentang keputusan mendadak ini. Kini keluarga mereka sudah berada di kuala lumpur untuk majlis perkahwinan yang akan diadakan di dewan pada malam esok. Bersediakah Warda bergelar isteri pada usia masih muda.

"Uwais, mungkin ini takdir kita. Allah hantar saya untuk awak." Pujuk Warda. Dia faham mungkin Uwais sedang panas hati.

"Ahh lantaklah!" Uwais bangun meninggalkan Warda sendirian. Ini semua keputusan mama papanya untuk melamar Warda tanpa persetujuannya malah Uwais langsung tidak tahu sehingga pada hari ini baru dia mengetahuinya.

Aku tak perlukan simpati orang!--bentak hati Uwais.

Warda terdiam dikerusi. Kenapa Uwais berubah sekelip mata, mampukah dia menghadapinya. Inikah Uwais yang dia kenal dulu sebagai seorang periang.

Hati mohon sabar. Mungkin Uwais stress dengan masalah yang menimpanya sejak akhir2 ini.

Warda pulang sendiri ke kediaman kakaknya di batu cave. Semua ahli keluarganya berkumpul disitu kerana lebih dekat dengan lokasi majlis.

"Adik." Tegur mak.

"Hmm." Balas Warda tiada mood.

"Kenapa masam je. Bakal pengantin mana boleh masam."

"Adik penat mak."

"Ha tula, siapa suruh keluar lagi. Kan dah penat. Pergi rehat dulu, esok kan tak pasal2 jadi macam hal pulak."

"Mak, adik nak tanya."

"Tanya apa pulak?"

"Salah ke adik nak tolong orang?"

"Em tak salah dik, tolong menolong tu patut kita amalkan dalam masyarakat. Kenapa adik tanya macam tu."

"Ada ke orang tak suka dengan pertolongan kita?"

"Mungkin ada, sebab dia malu ataupun dia tak mahu susahkan orang."

"Tapi adik tolong ikhlas, bukan niat nak merendahkan dia."

"Cuba cerita apa masalah sebenarnya."

"Tak ade lah mak, adik nak tidur kejap." Ujar Warda. Dia cuba sebaik mungkin untuk tidak bagitahu hal sebenarnya kepada maknya.

"Hmm yela." Mak berlalu keluar dari bilik anak bongsunya.

Warda memandang telefonnya sayu. Whatsapp daripada Aiman langsung tidak dibalasnya.

Malam itu aku sah menjadi isteri kepada Ummar Uwais. Dengan sekali lafaz sahaja aku bertukar status bujang kepada isteri orang. Majlis bersanding turut diadakan pada malam itu setelah selesai dijab kabul.

Ya Allah, kau perihalah hubungan yang baru terbina walaupun pun atas jalinan cinta antara aku dan suamiku.--doa Warda dalam hati.

"Ummar, senyum la sikit." Ujar mama. Sejak diikab kabul sehingga la ke jenjang pelamin. Ummar langsung menunjukkan muka tak berminatnya, isteri yang baru dilafaznya tidak dipandang. Jika pandang pun itu kerana dipaksa. Pelik kenapa Ummar begitu drastik berubah hati.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now