29

2.8K 82 3
                                    

Kepala terasa memberat menyukarkan Warda untuk bangun. Masih terasa berpinar ditambah pula dengan cahaya lampu yang terang benderang di bilik itu. Perlahan2 matanya dibuka, diperhati sekeliling bilik itu, sungguh berbeza dengan biliknya di kampus. Ditolehnya kesisi, sekujur tubuh sedang enak dibuai mimpi. Matanya terus membulat dan mulutnya turut sama ternganga.

"Ya Allah apa dah jadi." Baru Warda perasan yang dirinya kini tidak berbaju dan lelaki di sebelahnya adalah Aziz!

Sesungguhnya Allah telah turunkan ujian yang sangat berat bagi dia. Baru sahaja dia menghabiskan ujian final sem2 dan bakal pulang ke rumah hari ini namun lain pula yang jadi bila Aziz mengajaknya keluar buat kali terakhir. Kenapa aku bodoh sangat terpedaya dengan pujukan Aziz!

Toktoktok.

Pintu bilik diketuk dari luar menyedarkan Aziz. Warda tersentak. Aziz bangun melangkah ke pintu dan membukanya.

"Assalamualaikum kami dari jabatan agama islam mendapat aduan bahawa encik bersekedudukan tanpa ikatan yang sah. Boleh kami masuk untuk buat pemeriksaan." Aziz membenarkan sahaja pegawai itu masuk memeriksa.

Sudah jatuh ditimpa tangga, mereka ditangkap berkhalwat di bilik hotel. Mereka dibawa ke pejabat agama untuk keterangan lanjut.

"Jadi cik Warda Aisyah, boleh bagi kami nombor Waris untuk dihubungi?" Warda seakan sudah hilang separuh dari nyawanya. Bagaimana dia mahu menghadapi situasi ini jika Uwais tahu?

"Tuan, takde cara lain ke selain dari menghubungi waris? Kami tak mahu perkara ini sampai ke pihak keluarga kami." Aziz berlagak setenang mungkin.

Panjang lebar diorang mendapat ceramah dari pegawai agama itu.

"Takde cara lain dah, bagi menutup salah ini dan untuk mengelakkan berlakunya penzinaan buat kali kedua, kamu berdua terpaksa dinikahkan."

Terpempan Warda mendengar apa yang dikatakan pegawai agama tadi. Bagaimana dia mahu berkahwin jika dia sudah dimiliki. Dia bukan lelaki yang boleh berkahwin sampai empat orang. Ya Allah, aku tahu semua ini salah tapi ini berlaku tanpa sedar. Dan aku langsung tidak tahu apa yang jadi.

"Tuan, ini semua salah faham. Saya tak tahu apa yang jadi semalam, yang saya tahu bila saya sedar saya sudah berada dalam bilik hotel tu."

"Alasan itu sudah biasa digunakan bila mana2 pasangan ditangkap berkhalwat." Bagai pedang yang tajam matanya kata2 dari pegawai agama itu.

"Warda, kita takde cara lain. Kita kena kahwin jugak." Ujar Aziz.

Warda Aisyah sudah teresak2 dengan tangisnya.

"Ini semua salah kau Aziz." Jerit Warda.

"Saya minta cik bawa bertenang, ini pejabat. Jangan timbulkan masalah disini." Pesan pegawai agama itu.

"Saya tak boleh kahwin. Saya ada suami." Ujar Warda

"Kalau cik sudah bersuami kenapa cik melakukan perkara ini. Cik tahukan ini salah dari segi agama. Kalau diikut hukum, cik boleh dikenakan hukum rejam sampai mati kerana melakukan zina sedangkan cik sudah berkahwin."

"Saya tak bersalah, ini semua perangkap. Saya sayang suami saya, tak mungkin saya melakukan perkara ini di belakangnya."

"Awak cakap apa ni dan bila masa awak berkahwin. Dan kenapa awak cakap ini semua perangkap."

"Berapa kali aku nak cakap, aku dah kahwin. Kenapa kau bodoh sangat." Tanpa segan silu Warda mengeluarkan kata2 kesat itu di depan pegawai agama itu.

Warda mengeluarkan kad nikahnya dan jelas sekali Aziz tidak mempercayai semua itu. Tiada cara lain, pegawai itu terpaksa menghubungi suami Warda. Maka haruslah Warda menerima segala takdir.

Jika seberat ini ujian yang Allah turunkan untuk diriku maka aku redah. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan sesuatu ujian untuk hambanya melainkan dia mampu.


Pintu rumah dihempas kasar bagaikan nak tercabut jantung Warda Aisyah. Airmata yang dari tadi lagi mengalir tanpa henti.

"Kau tak payah nak bazirkan air mata kau! Jijik aku tengok. Selama ni aku percaya kau pergi sana semata untuk belajar tapi aku ditipu! Kau boleh berzina dengan lelaki lain dekat sana! Apa kau ingat aku ni tugu dekat sini." Tengking Uwais. Dari dalam kereta dia menahan sahaja rasa ini, sudah cuba diistighfar tapi marah menguasai dirinya. Panggilan yang diterima dari pegawai agama tadi memang betul2 mengubah sikap Uwais. Isteri anda ditangkap berkhalwat di bilik hotel! Mahu meletus jantungnya mendengar ayat itu.

"Ini semua salah faham Uwais, tolong lah percaya saya. Kalau saya boleh percaya awak kenapa awak tak percaya saya."

"Bodoh! Kau telah rosakkan kepercayaan aku. Kau hancurkan semuanya. Menyesal aku buka hati ini untuk kau dulu! Aku bodoh sebab kabur dengan permainan kau."

Aisyah melutut didepan suaminya meraih simpati. Kedua kaki Uwais dipegangnya erat. Dia perlu yakinkan Uwais yang dia tak bersalah.

"Saya tahu hukum hakam agama, kenapa saya nak buat semua tu. Saya masih waras Uwais, saya diperangkap." Semakin kuat tangisannya.

"Pergi mampus dengan lakonan engkau." Uwais menolak kasar tubuh Aisyah. Makin lama dia disitu makin berapi rasanya. Dia perlu sejukkan hatinya.

"Uwais, awak nak pergi mana?"

"Aku nak pergi langgan perempuan, kau kisah?"

"Kenapa awak cakap seperti tak ada iman."

Berdesing telinga Uwais mendengar ayat itu. Di hampiri tubuh Aisyah lalu disentap tudung yang masih tersarung.

"Perbuatan kau tu penuh dengan iman ke? Layan lelaki sana sini, lepas tu nak tutup perkara tu kau kaburkan mata manusia dengan pakai tudung ni. Rosak agama kerana kau."

"Uwais! Awak cakap jangan ikut suka hati, awak tak kenal siapa saya. Kenapa main tuduh ikut sedap mulut."

"Ha memang aku tak kenal kau, selama ni di mata semua orang kau berlakon baik, hari ni Allah nak tunjuk siapa kau sebenar! Kau dengan Afrina memang sama. Perempuan murahan!" Jerit Uwais dan berlalu keluar.

Tiada guna lagi Aisyah menangis airmata darah sekalipun, Uwais telah keluar meninggalkan dia. Kemana dia membawa diri. Hubungan yang baru sahaja terbina dengan kasih sayang sudah menanti retak. Ya Allah jika benar aku tak bersalah, lembutkan lah hati suamiku untuk menerima semua ini. Aku memohon petunjuk dariMu ya Allah.



Chapter ni pendik sikit

CINTA ini hanya untukMUحيث تعيش القصص. اكتشف الآن