23

3.2K 82 1
                                    

Dua hari mama ditahan wad dan mama sudah dibernakan keluar oleh Dr.Safiah dengan satu syarat mamanya tidak dibenarkan melakukan kerja berat kerana keadaannya yang belum pulih sepenuhnya. Mama menghidap sakit lemah jantung dan juga darah tinggi, itu yang membuatkan mama pengsan bila mendengar berita mengejut dari Afrina. Sejak diwadkan Aisyah setia menemani mama di hospital sampaikan tidak pulang kerumah. Bila balik dari kerja Ummar terus melencong ke arah hospital untuk melawat mamanya tapi mamanya masih dingin dengan dia begitu juga Aisyah. Terbit rasa kesal di hatinya kerana telah melukakan hati dua wanita itu. Dia akui hatinya mula terbuka untuk menerima Aisyah.

"Bro, dah lama sampai?" Nasrun mengambil duduk dihadapan Ummar. Hari ini diaorang berjanji untuk lunch sama seperti selalu.

"Agak lah, dah habis segelas jus epal aku hirup." Ujar Ummar. Nasib baik Nasrun tak perasan yang dia duduk termenung tadi.

"Sorry aku siapkan kerja sikit tadi. Mama kau macam mana?" Berita kemasukan pn.Damia ke hospital diketahui dari mulut Ummar sendiri cuma dia masih tak berkesempatan untuk melawat kerana kekangan masa.

"Dah okey sikit. Pagi tadi dah keluar wad."

"Lah yeke. Aku baru bercadang nak lawat lepas kerja nanti."

"Emm. Tadi Aisyah ada bagitahu aku, cuma aku kesal sebab tak boleh nak ambik diorang tadi. Patient ramai macam selalu, susah nak curi keluar."

"Alaa takpe, adik kau ada kan. Mesti mama kau faham anak dia kerja."

"So macam mana dengan Afrina? Ada apa2 perkembangan tak?" Soal Ummar. Inilah tujuan sebenar mereka berjumpa hari ni. Nasrun dah berjanji nak tolong Ummar settlekan semua masalah ni. Lagipun Nasrun masih contact dengan budak2 kelab tu, itu yang jadi senang sikit kerja.

"Pasal tu masih kabur la. Nanti aku tanya lagi budak2 situ. Kau jangan risau sangat lah, in sha Allah dalam masa terdekat ni aku gali cari semua. Cuma sehari dua ni aku busy sikit dengan kerja."

"Sorry bro aku susahkan engkau. Aku tak tahu nak buat macam mana, mama masih dingin dengan aku."

"Takde hal bro, aku kawan susah senang kau. Hari ni aku tolong kau, esok lusa kau tolong aku. Lagipun aku tak senang duduk tengok kau murung macam ni. Tak gentle kau tahu. Cuba jadi macam aku, mantain je. Kadang2 makin bertambah gentle aku. Ni semua sebab Hani lah. Itu yang aku nasihatkan kau, bercinta la dengan isteri kau tu. Tak salah tau! Kita dapat untung. Segala keperluan kita dia jaga, perfect10 la orang kata. Time kau dilanda masalah, dia datang urut2 kau. Try la, best tau. Ini pengalaman orang matang dalam perkahwinan." Nasrun menepuk dadanya.

"Hah engkau, matang celah mana kalau asyik2 nak bertepek dengan bini kau. Aku ajak keluar pun susah."

"Itu bukan sebab tak matang! Feeling dia lain macam tau kalau kita dah jatuh cinta dengan bini sendiri, dia tak sama macam kau jatuh cinta dengan aweks! Hari2 kau rasa tak cukup je masa dengan dia. Lagi2 kalau bini kau tu mengada tahap maximum, rasa macam nak terkam."

"Aaa sudah lah! Kebulur pulak aku dengar ayat cintan cintun kau ni!"

"Tak caya cuba try sekali, pasti nak lagi. Dia macam trade mark kedai rm2! Beli sekali pasti datang lagi. Ha sama. Sekali jatuh cinta pasti nak lagi, itu yang ramai sangat orang nak kahwin dua,tiga,empat! Sebab tak cukup dengan sekali jatuh cinta."

Ummar tergelak.

"Kalau yang sorang tu dah cukup sempurna buat apa nak cari sorang lagi."

"Hahaha, aku gurau je. Yang sorang pun susah nak handle, inikan pula nak tambah lagi satu. Baik aku tambah anak, lagi meriah rumah!"

"Yang tu kau kena cakap kat bini kau bukan dekat aku."

"Aku tunggu kau yang cakap dulu baru aku tambah lagi satu anak."

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now