7

3.8K 107 0
                                    

Dari jauh Uwais melihat Warda berdiri di tepi jalan menunggu kedatangannya. Ummar memberhentikan kereta di hadapan Warda, tingkap dibuka lalu mempelawa Warda masuk ke dalam perut kereta.

"Kenapa tak tunggu dekat rumah je. Bahaya awak tunggu sini dah la cuaca panas." Tutur Uwais serba salah melihat kegigihan Warda menunggunya ditengah mentari terik ini. Butang aircond dipusing ke nombor tiga untuk mengurangkan sedikit panas Warda.

"Tak ada apalah Dr.Uwais. Saya dah biasa dengan keadaan begini lagipun abah saya tak tahu saya keluar ni. Tu yang saya marah bila Dr.Uwais nak jemput saya kat rumah."

"Kenapa pulak macam tu? Tak baik keluar tak mimta izin dari seorang ayah tau. Awak tu perempuan." Nasihat Uwais.

"Lagi satu jangan panggil saya Dr.Uwais, panggil Uwais je. Kalau dekat klinik boleh la berdoktor, sekarang ni kita dekat luar, casual la sikit."

"Kalau abah saya tahu nanti dia tak bagi keluar lagipun saya dah minta izin dengan mak saya tadi. Baiklah Uwais." Ujar Warda kekok untuk memanggil doktor sendiri dengan panggilan Uwais.

"Awak nak bawak saya pergi mana ni?" Soal Warda.

"Nak culik awak la." Uwais cuba bergurau.

"Betul2 la! Kalau tahu awak nak culik tadi, saya bungkus terus baju bawak datang sini." Tambah Warda pula.

Uwais ketawa dengan keletah Warda. Lama sudah dia tidak menemui Warda sejak gadis ini sibuk menyambung pelajaran di Melaka. Bila tiba cuti baru dia pulang ke kampung halaman dan masa itu baru ada peluang untuk Uwais ajak Warda keluar meluang waktu. Warda la teman dia di Kelantan. Sedaranya langsung tidak ada disini kerana mereka semua berasal di kuala lumpur dan Johor.

Suasana senyap seketika. Uwais tidak tahu bagaimana mahu memulakan cerita.

Pong....
Kedengaran hon dari arah depan. Kereta di arah bertentangan menaikkan lampu tinggi.

"Ya Allah Uwais." Cepat2 Warda menyadarkan Uwais yang sibuk mengelamun. Uwais tersedar terus memusing stereng masuk ke jalan yang betul. Terus sahaja keretanya dipandu perlahan ke tepi jalan. Mukanya diraup kasar.

"Awak okay?" Soal Uwais melihat muka Warda yang mula pucat.

Saat ini Warda sudah mula menyesal dengan tindakannya yang keluar tanpa izin dari abahnya. Mungkin ini balasannya, nasib baik tak ada apa yang jadi. Terus sahaja dia menelefon abahnya dirumah.

"Saya minta maaf." Pinta Uwais setelah melihat Warda selesai bercakap dengan abahnya. Uwais perasan Warda langsung tidak menceritakan kejadian tadi kepada abahnya mungkin dia tak mahu abahnya risau akan anak perempuannya ini.

"Saya okay. Awak ada masalah ke? Kenapa sampai mengelamun sambil drive. Awak tak takut apa jadi ke? Nasib baik saya ada tadi, kalau saya takde awak ada fikir apa yang akan jadi? Turun cepat biar saya yang drive untuk awak. Awak cakap je nak pergi mana." Panjang lebar pulak Warda membebel.

"Errr--saya tak tahu nak kemana sebenarnya." Ujar Uwais. Ya, dia buntu sekarang. Itu yang dia memandu tanpa arah tuju hingga membahayakan diri dan juga Warda. Kalau jadi apa2, macam mana dia nak menjawab dengan abah Warda.

Warda memandang Uwais, anak matanya direnung tajam. Kesian melihat mukanya yang redup, dia pasti Uwais dalam masalah besar. Kereta dipandu menuju ke sebuah kedai makan di Pasir Puteh.

"Okay kita makan sambil awak cerita apa masalah awak sampai murung macam ni sekali." Warda berjalan masuk ke kedai lalu duduk di tempat kosong.

"Saya tak nak makan. Awak makan la saya teman." Ujar Uwais.

Pelayan datang mengambil pesanan.

"Bagi saya dua nasi ayam jus epal dua." Warda memesan. Pelayan itu berlalu masuk ke dapur.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now