19

3.8K 95 3
                                    

Getaran iphone dalam poket seluar Ummar menyedarkan dia. Kepalanya terasa berdenyut, badannya terasa sakit. Perlahan2 matanya dibuka-----.

Ummar pelik kenapa dia tidur tertiarap dalam bilik air. Pening di kepalanya membuatkan dia sukar untuk berfikir apa yang terjadi. Digagahkan diri bangun keluar dari bilik air. Pintu bilik terbuka, bilik bersepah.

Sekali lagi iphone miliknya bergetar.

Nasrun.....

"Hello." Suara Ummar serak kerana baru bangun. Direbahkan badannya ke katil yang empuk, terasa sakit tubuh tidur di atas simen yang keras.

"Kau okay Ummar?" Risaunya seorang sahabat.

"Emm. Apa jadi? Kenapa bilik aku bersepah?" Patut kah dia menanyakan soalan ini kepada Nasrun? Wajarkah?

"Bro, kau mabuk semalam. Tak ingat ke?"

"Ak---aku mabuk?" Terbuntang luas mata Ummar. Jadi bilik dia bersepah sebab dia mabuk. Dia cuba memerah otak mengingati apa yang berlaku.

Nasrun hantar balik--masuk bilik--dia ditendang--Warda.

"Warda!!!!" Ummar mencampak iphonenya. Tak kisahlah Nasrun di atas talian pun. Dia sudah dapat bayang2 apa yang terjadi semalam. Dia pukul Warda Aisyah, sepak terajang isterinya yang tak bersalah.

Pintu bilik Warda diketuk berkali-kali. Tiada balasan.

Ummar buntu, kunci pendua di cari dalam laci ruang tamu.

Terasa berat bila pintu bilik ditolak. Patutlah, banyak barang diletakkan dihadapan pintu.

Sekujur tubuh terkulai layu, rambutnya berserabai sekali tidak seperti selalu. Mukanya pucat tiada darah mengalir. Darah yang keluar dari bibirnya sudah kering.

"Warda." Ummar mengangkat kepala Warda dan diletakkan ke ribanya. Pipi gebu itu ditampar perlahan.

Tiada balasan dari Warda. Ummar mencepung tubuh kecil itu, kunci kereta dicapainya dan dibawa Warda keluar dari rumah.

Sampai di hospital pusrawi, Ummar mendukung Warda ke unit kecemasan. Nurse yang ada menolong Ummar. Tubuh Warda di tolak masuk ke dalam bilik kecemasan.

Perasaan bersalah menyelubungi Ummar. Apa dia nak jawab kalau mama tahu. Apa dia akan buat bila Warda sedar? Apa nasib dia bila abang Warda tahu?

Dia kusut! Siapa yang patut dia minta tolong sekarang ni. Kepalanya diraup kasar, wajahnya ditunduk kebawah. Takut untuk berdepan masalah ini. Masalah dengan Afrina belum selesai, tambah pula masalah dengan isterinya. Apakah ini ujian buat dia? Ini balasan atas layanan dia kepada isterinya? Inikah?

"Encik suami kepada Puan Warda?" Tegur seorang nurse.

"Ya saya." Ummar bangun dari kerusi.

"Isteri encik kami dah masukkan ke dalam wad. Kami terpaksa menahan isteri encik untuk pemantaun lebih kerana terdapat lebam ditubuhnya dan juga terdapat kesan hentak pada kepala, kami risau kalau terdapat pembekuan di otaknya. Sekarang dia dah sedar cuma saya minta jangan ada pelawat yang datang buat masa sekarang."

Ummar mengangguk memahami apa yang dikatakan nurse tadi.

"Nurse boleh saya minta pindahkan isteri saya ke vip room." Pinta Ummar.

"Kalau pasal itu encik diminta berurusan di kaunter hadapan ye."

Ummar mengikut arahan nurse. Dia ingin menebus rasa bersalahnya, dia ingin memberi keselesaan kepada Warda.

Selesai semua hal. Warda telah dipindahkan ke vip room. Ummar masuk kebilik, sekujur tubuh Warda sedang berehat di atas katil. Nasi yang dibeli diletakkan diatas meja.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now