3

4.4K 118 2
                                    

Masa berlalu begitu pantas, Warda telah menamatkan pengajiannya di matrikulasi. Jujur dia sangat sedih terbayangkan kenangannya di zaman matrik. Kini dia mendapat tawaran menyambung pelajaran dalam bidang ijazah kejuruteraan elektrik di Melaka. Memang tidak disangka bidang itu yang akan dipelajarinya selepas ini. Memang takdirnya untuk menjadi seorang jurutera sama pula dengan Lyn. Walaupun cita2 mereka untuk menjadi doktor bersama tidak tercapai namun mereka dapat mencapai cita2 belajar dalam bidang sama walaupun berbeza universiti. Apa jadi dengan cinta monyet Warda.

"Warda, betul ke aku dengar cerita Aziz nak berhenti belajar." Soal Fatin. Fatin salah satu kawan rapat Warda, walaupun bukan satu tutorial namun Fatin selalu sahaja naik ke bilik Warda malah selalu sahaja masanya dihabiskan disitu. Kekerapan Fatin naik ke bilik kami merapatkan lagi ikatan persahabatan antara kami.

"Mana kau dengar?" Soal Warda mula gusar. Warda sudah mula rapat dengan Aziz setelah Aziz mengetahui perasaan sebenar Warda terhadapnya. Ini semua disebabkan rakan sekelas Warda yang memberitahu kepada Aziz. Bukan main malu Warda bila dapat tahu semua tu.

"Tadi Miss Su tanya budak kelas dia. Kau tak dengar ke?" Soal Fatin.

"Mana aku dengar." Jawab Warda sayu.

"Tadi budak kelas dia cakap Aziz tak masuk kelas sebab urus hal berhenti."

"Betul ke wei. Aku tak rasa macam tu, mungkin dia busy. Aziz kan YDP." Warda menedapkan hatinya. Dia pelik kerana Aziz takde pula memberitahunya tentang itu.

Persoalan yang bermain difikiran Warda terjawab bila dia menyoal sendiri Aziz setelah balik dari kelas.

"Aziz, betul ke aku dengar kau nak berhenti." Soal Warda mengharapkan jawapan positif dari Aziz.

"Haah." Jawab Aziz sepatah.

"Tapi kenapa baru sekarang?" Soal Warda lagi.

"Aku tak sempat la nak kejar apa yang aku belajar ditambah pula dengan jawatan YDP." Terang Aziz.

"Tapi kenapa berhenti juga pilihan kau?"

"Mungkin ini yang terbaik untuk aku."

"Habistu kau nak sambung mana lepas ni?"

"Aku mintak belajar kat sepang. Kau jangan sedih." Pujuk Aziz bila melihat wajah Warda yang mula bertukar muram.

"Aku gerak dulu." Ujar Warda kecewa dengan keputusan Aziz. Hari itu moodnya hilang. Air mata dia turut mengalir entah kenapa dia bersedih dengan keputusan Aziz. Adakah ini pengakhiran bagi perhubungan yang ingin bermula.

Malam itu Warda tidak dapat menyiapkan kerjanya. Malah bila roommatenya ajak berborak pun dia tolak. Sedih sangat ke?

Ting...
Bunyi whatsapp masuk.

Warda mencapai telefonnya.

Aziz:
Warda, aku minta maaf kalau buat kau sedih. Kau kena redha dengan keputusan aku. Ini yang terbaik untuk aku. Mungkin ada hikmahnya. Kau jangan terlalu sedih, kalau kau jatuh jangan terus mengalah. Bangkit untuk berjuang. Aku ada untuk kau.

Warda membaca pesanan itu. Bertambah pula juraian air matanya.

Kenapa Aziz memberi dia harapan. Kenapa?!

"Warda, kau kena sabar." Pujuk Lisa sedih melihat keadaan Warda.

"Kau tak faham. Kitorang baru sahaja ingin memulakan perhubungan tapi Aziz dah pilih untuk berhenti belajar."

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now