21

3.1K 77 1
                                    

"Uwais. Harini Aisyah nak pergi rumah mama."
.
.
.
.
"Uwais dengar tak?"
.
.
.
.
"Diam tandanya setuju."

Soalan dibalas dengan renungan tajam dari Uwais. Apa yang dia tak puas hati ni. Oh mesti marah pasal aku balik tak cakap kat dia. Semalam pun dia diam je lepas aku cakap macam tu.--Aisyah.

"Okay, Aisyah minta maaf pasal semalam. Aisyah balik dengan Hani sebab kebetulan dia datang melawat Aisyah."

"Lagi?" Baru ada mood nak menjawab bila dia cakap pasal semalam.

"Itu je, oh sebelum balik Aisyah pergi makan2 sikit, borak2 dengan Hani."

"Lagi."

"Takde dah, itu je."

"Habistu Aisyah masuk rumah macam mana? Jadi halimunan."

"Hahaha. Okay2, Aisyah curi kunci Uwais semalam. Sorry." Tangannya diangkat mohon maaf.

"Siapa ajar buat macam tu?"

"Im promise that i wont do it again."

Uwais diam, ni betul2 janji ke tipu2. Bukan boleh pakai janji Aisyah ni.

"Boleh tak Aisyah nak pergi rumah mama."

"Boleh."

"Okey thank you. Aisyah pergi masuk dapur dulu, Uwais nak makan ape? But please dont request apa2 je. Resepi tu tak pernah wujud."

Mulut Uwais ringan menghadiahkan satu senyuman, pepagi dah buat lawak hambar.

"Kalau Uwais cakap taknak makan?"

"Nope, no excuse."

"Sandwich dengan milo suam macam biasa."

"Okay Aisyah pergi siapkan." Aiii senangnya dalam hati~~~ kalau hari2 Uwais macam ni.~~~

Namun dalam bersenang linang, peristiwa malam itu sentiasa menganggu hidup Aisyah, tiap malam dia sentiasa bermimpi perkara itu berlaku lagi, penat Aisyah berjaga tiap malam. Dipujuk hatinya bahawa peristiwa itu tak mungkin berlaku lagi. Disedapkan hatinya bahawa Uwais sudah berubah.

Hari ini Asyraf datang mengambil Aisyah pukul10:30. Setengah jam lewat dari selalu. Biasalah kalau takde mem besar, melencong ke lain dulu la.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ya Allah menantu mama. Rindunya." Pn.Damia memeluk erat tubuh Warda Aisyah. Tak mahu dilepaskan rasanya. Dia tidak pernah merasa ada anak perempuan, tapi bila dapat menantu ni. Terubat la hati yang menginginkan anak perempuan.

"Mama sihat?"

"Sihat. Warda bila balik sini?"

Bila balik sini? Ohh faham.

"Err petang semalam sampai." Bohong Warda. Maaf mama, Warda terpaksa. Ni kalau mama tahu mesti mama tak suka menantu mama kan?

"So macam mana? Dah settle ke masalah?"

"Dah ma. Kita nak masak apa hari ni?"

"Emm, Ummar request apa hari ni?"

"Takde la pulak ma. Dia tak cakap apa pun."

"Okay kita masak laksa la ye. Nanti mama suruh Asyraf keluar beli laksa."

"Asyraf, sini kejap."

"Ye ma!" Baru je nak start game. Kacau betul mama ni.

"Tolong mama beli laksa dekat market. Mama lupa la haritu."

"Ala ma, tadi tak cakap awal2."

"Biar Warda la yang keluar beli." Sampuk Warda. Kesian Asyraf, tadi baru balik dari ambil dia. Nak kena keluar balik, memang liat la.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now