8

3.6K 102 0
                                    

Seminggu, dua minggu. Tiada berita, tiada khabar dari Dr.Uwais. Sejak itulah Warda hidup dalam kegelisahan. Macam2 perkara negatif berlegar-legar di mindanya. Pesanan Whatsapp langsung tiada balasan, panggilan dibiarkan tidak berjawab.

"Adik!"

"Opocot mak kau aku sakit!" Warda melatah laju bila disergah oleh maknya. Dadanya diurut perlahan kerana terkejut.

"Ya Allah mak, kalau adik ada sakit jantung tadi mahu rebah tersungkur adik kat tangga ni." Bebel Warda.

"Yang adik termenung atas tangga ni kenapa? Mak tengok macam orang mati laki dah."

"Adik tengah main phone la, mana ada termenung."

"Mak dekat dapur dari tadi duk laung panggil adik, tiada sahutan langsung. Khusyuk sangat dengan phone tu. Meh sini mak nak tengok apa yang seronoknya."

"Takde apalah la mak. Mana adik nak dengar kalau dah mak duduk kat dapur adik duduk dekat tangga luar. Lain kali mak call je adik." Warda cuba bergurau.

"Ada ke patut nak bercall-call dalam rumah sendiri. Ni kenapa muram je mak tengok?" Soal maknya. Naluri seorang ibu tidak pernah salah. Sejak dua minggu lalu lagi dia melihat anaknya murung tiada senyum di bibir.

"Mak adik nak keluar kejap boleh?" Pinta Warda. Kemana hendak dituju pun tidak tahu.

"Adik nak kemana?" Soal maknya bimbang untuk membenarkan Warda keluar seorang diri dengan keadaannya begini.

"Jumpa kawan sekejap."

"Mak ikut."

Terkejut Warda mendengar kata yang keluar dari mulut maknya. Mana tak terkejut jika sebelum ni Warda keluar dengan kawan mana pernah bawa maknya. Maknya sendiri tak mahu keluar bersama anak muda, katanya tak sempat nak melayan karenah pelbagai perangai.

"Mak dah buang tabiat eh?"

"Mak risau nak biarkan adik drive sorang2."

"Mak, adik nak jumpa Dr.Uwais dekat klinik. Itu pun mak nak ikut ke?"

Mak memandang Warda pelik.

"Adik ada appointment ke hari ni?" Setahu dia appointment setiap tiga minggu sekali tapi ni baru dua minggu lepas Warda ke klinik. Oh mungkin dia awalkan sikit.

"Adik ada hal sikit dengan Dr.Uwais."

"Tak menganggu kerja dia ke dik?"

"Mak. Sebenarnya adik risau pasal Dr.Uwais ni, dia dalam masalah. Nanti kalau adik balik, adik cerita semuanya kat mak. Sekarang ni adik nak keluar jumpa dia. Boleh kan?" Warda meminta sekali lagi. Maknya asyik duk tanya soalan je, entah bila nak benarkan dia keluar.

Hahaha. Ingat senang ke nak lepas kawalan daripada mak ni? Kalau tak lepas soalan dia, jangan harap kau dapat keluar.

"Ha yelah, drive elok2." Pesan mak kerana terlalu risaukan anaknya.

Warda bangkit berlalu ke biliknya. Tudung sarung dicapai, kunci kereta diambil. Laju sahaja dia bersiap, waktu makan tengahari sudah mahu menjengah. Laju sahaja Warda menghidupkan enjin kereta. Perjalanan dari rumahnya ke klinik kesihatan itu tidak la terlalu jauh, sekadar mengambil masa lebih kurang 20minit sahaja. Kalau jauh memang maknya dari awal melarang kerana takut nak izinkan anaknya memandu jauh2, Warda masih baru lulus ujian memandu tahun lepas. Kereta diletakkan di parking pesakit. Laju saja kaki Warda melangkah ke belakang klinik kerana pejabat Dr.Uwais terletak di belakang. Warda melepaskan lega melihat kereta Honda civic type-R milik Dr.Uwais masih lagi tersadai di parking staff. Hilang segala prasangka buruk yang bermain di minda Warda sejak dua minggu ini. Warda tersentap melihat Dr.Uwais tergesa-gesa keluar dari klinik.

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now