40

6.7K 132 15
                                    

Warda Aisyah sampai di terminal besepadu selatan pada pukul 5:10. Waktu ini train masih belum beroperasi jadi dia terpaksa tunggu di surau sehingga jam 6 pagi. Terminal ini penuh dengan manusia walaupun di waktu pagi. Kebanyakan antara mereka bangsa bangla yang bergelimpangan tidur di sudut dinding, ada juga antara mereka yang menunggu seperti warda.

Jam ditangan menunjukkan pukul 6:30 pagi, Warda Aisyah berjalan ke stesen lrt dengan penuh debaran. Jantungnya berdegup kencang menanti apa yang akan terjadi selepas ini. Dia melakukan keputusan ini dengan hati terbuka, memikirkan baik buruknya, dan meminta petunjuk Allah. semoga setiap keputusan yang dilakukan diiringin dengan keberkatan dari Allah. Perjalanan pulang ke rumahnya terasa lama sekali, badan yang terasa penat dengan perjalanan jauh dari kelantan ke kuala lumpur tidak membuatkan Warda Aisyah mengantuk.

Tangan Aisyah terketar2 menekan butang loceng rumahnya. Kepulangannya tidak diketahui Ummar Uwais. Adakah Uwais berkerja hari ini? Aisyah menyoal diri sendiri. Sekejap kemudian bunyi seperti kunci pintu dibuka.

Semakin kencang jantung Warda Aisyah berdebar, rasa seperti baru lepas berlari sejauh 800 meter, lututnya juga terasa lemah.

"Kak Warda." ujar Asyraf dalam nada terkejut. Dia tidak tahu apa yang berlaku antara abang dengan kakak iparnya tapi dia tahu kak Warda sudah lama tak balik kerumah. Sebab itu dia terpaksa bermalam disitu untuk meneman abangnya.

"Masuklah akak." Asyraf membuka grill depan rumah.

Warda Aisyah berkelakuan sedikit janggal kerana sudah lama tidak bercakap dengan Asyraf.

"Asyraf sihat." Warda cuba bermesra.

"Sihat macam yang akak tengok ni lah, dah semakin kembung sikit." Jawab Asyraf mesra.

"Ohh ya, nasib baik akak datang, Asyraf nak kena balik cepat ni. Ada kerja sedikit. Abang tidur lagi kat bilik, nanti akak kejut dia bangun sarapan."

"Kenapa Asyraf tidur sini?" Soal Warda pelik. setahunya Asyraf memang susah nak datang sini kecuali mustahak.

"Teman abang. Okey kak, Asyraf nak kena balik ni." Asyraf berlalu ke bilik mengambil barangnya serta kunci kereta.

"Laa lupa kak. Asyraf tak sempat nak beli sarapan, akak boleh tolong sediakan?"

"Okey, tak mengapa. Bawak kereta elok2." Pesan Warda menghantar Asyraf ke muka pintu. Kelibat Asyraf semakin menghilang. Debaran di dada datang kembali.

Aisyah berjalan perlahan ke bilik utama yang menjadi bilik tidur Uwais. Perlahan-lahan dia memulas tombol pintu. Dia mengintai di sebalik celah pintu yang dibuka sedikit olehnya. Uwais masih lagi tidur nyenyak.

Pintu bilik kembali ditutup. Aisyah berkeputusan untuk menyegarkan badannya dulu dan menyediakan sarapan. Matanya penat tapi tidak boleh melawan debar untuk berhadapan dengan Ummar Uwais bila2 masa sahaja.

Selesai mandi dia terus kedapur. Stok makan dalam peti ais banyak tak seperti selalu. Pelik rasanya sebab Uwais bukan jenis yang suka masak. Aisyah lincah menyediakan sarapan di dapur.

Bunyi bising di dapur menyedarkan Uwais. Dia kembali tidur selepas subuh tadi. Sangkaannya mungkin Asyraf yang sedang sediakan makanan yang di beli jadi dia bangun dan mencapai tongkatnya ke bilik air ,mencuci muka dan ke dapur untuk makan.

Langkah kakinya diatur perlahan kerana simen yang berada dipehanya membataskan langkahnya.

Pandangan Uwais terpaku kepada sekujur tubuh kecil, kepalanya berbalut tuala menandakan dia baru siap mandi. Size tubuhnya tidak seperti mama. Otak Uwais ligat memikir akan seorang wanita yang di tunggu-tunggukan.

"Sayang." tegur Uwais nada ceria.

"Opocot..arghhh."

tingggg......bunyi senduk jatuh kelantaiii

CINTA ini hanya untukMUWhere stories live. Discover now