🌹Prolog🌹

85.2K 2.1K 165
                                    

I was so young,
You should have known,
Better than to lean on me...
You never thought of anyone else, you just saw your pain...

    Bunyi air pancuran daripada bilik air semakin kuat kedengaran. Sengaja dia membuka luas paip air itu. Matanya termenung memandang air yang semakin bertakung di dalam tab. Sedikit demi sedikit kenangan luka bermain di mindanya.

***

"Sampai hati awak buat kami macam ni? Apa salah saya bang? Kenapa abang sanggup malukan saya!" Tangisan dan rengekan ibu didengar dengan air mata mengalir di pipi! Biar telinga sudah ditekup. Pekikan itu tetap jua kedengaran daripada biliknya yang bersebelahan bilik kedua ibu bapa mereka itu.

Pang! Bunyi tamparan demi tamparan dihadiahkan di pipi mulus ibu!

"Kau dah tak boleh layan aku macam dulu! Aku dah bosan dengan penyakit kau yang tak sudah-sudah ni! Tak guna aku ada isteri macam kau!"

"Ya Allah! Sampai hati abang! Saya ni kan tanggungjawab abang! Anak-anak kita macam mana?"

"Itu masalah kau semua! Aku dah tak sanggup nak tanggung kos rawatan kau! Anak-anak pun dah besar! Baik diorang cari laki! Tak payah lagi aku nak tanggung diorang!!"

"Astagfirullah al azim. Diorangkan masih sekolah! Masih tangungjawab kita!"

"Aku tak peduli! Sekarang ni, aku dah ada isteri baru. Anak-anak baru. Aku dah bosan nak menyara kamu. Aku nak berambos dari sini!" Langkah kaki si ayah menerobos laju ke ruang tamu. Aku dan adik-adikku tak mampu memandang pandangan maut ayah!

"Ada anak pun buat semak je!" Ujarnya sebelum berlalu pergi. Itulah kali terakhir aku melihat ayah. Sewaktu aku baru berusia dua belas tahun.

***

"Leah. Bila lagi kau nak habis belajar ni? Pergilah cari kerja! Penat ibu nak tanggung kos kamu dengan adik-adik. Tolong-tolonglah ..."

Tujuh tahun kemudian aku berjaya melangkahkan kaki ke menara gading. Kufikir, ibu akan gembira. Kerana aku bakal mengubah nasib keluarga yang ditinggalkan ayah! Kemiskinan ini akan terhapus. Taraf hidup kami bakal menjadi lebih baik. Sedari dulu itulah yang aku angankan demi keluarga ini.

"Kak, angah pun nak study ni! Carilah kerja. Macam mana nak hidup ni kalau semua nak study?" adik kedua ku turut sama menanam cita-cita. Aku sekadar tersenyum.

"Dah habis sem ni janganlah sambung ijazah lagi. Cari kerja. Tolong ibu cari makan. Takkan memanjang ibu nak sara kamu? Kalau tak, carilah jodoh. Kahwin. Mana tahu boleh selesai masalah!"

Hati ku mengeluh sendiri. Selesai ke masalah kalau kita berkahwin? Betul ke? Ibu tak serik ke dengan apa yang dilaluinya? Kenapa nak libatkan aku? Aku tak nak jadi macam ibu! Di tingalkan suami terkapai-kapai dengan anak berderet tujuh orang!

"Dengar tak ni?" bentak ibu.

"Ibu, Leah tak sedialah nak kahwin. Kalau boleh, Leah nak study lagi. Lepas dapat degree boleh cari kerja yang lebih mantap. Ni kan untuk kita semua! Sabarlah ibu. Tak lama...empat tahun lagi..ye? Lagipun, Leah kan buat kerja part time untuk belanja Leah study. Ibu tak payah risaulah. Kalau angah nak study juga, buatlah part time. Banyak tau student part time masa study, yelah. Kita bukan orang senang.." Jawabku. Berlembut pada ibu.

"Tak payah nak arah angah macam tu. Kamu tu sebagai anak sulung kena faham! Lepas ibu, adik-adik semua tangungjawab kamu. Kalau ibu kata berhenti, berhenti jelah!" Jerkahan ibu membuatkan hatiku terguris. Pedih! Namun aku diam.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now