Ep 65

30.2K 948 21
                                    

Fahrin duduk di sisi birai katil hospital. Isterinya yang sedang terbaring lena dengan balutan di tangan dan di kepala itu direnung dengan perasaan sebak dan sayu. Kalaulah dia boleh gantikan tempat Aleyah sekarang ini. Luahnya.

Mujur kecederaan Aleyah tidaklah parah sangat. Hanya ada tulang patah di sekitar bahu kanan sahaja. Kepala juga tiada kecederaan serius. Aleyah cuma banyak kehilangan darah sahaja ketika dihantar masuk ke wad kecemasan.

Kini, sudah hampir lapan jam dia menunggu agar isterinya itu sedar di wad khas. Dia mahu, hanya wajahnya sahaja yang Aleyah akan terus lihat selepas dia sedar nanti.

"Abang Fahrin, ni Azam ada belikan makanan. Abang makanlah dulu ... Biar Azam ganti kejap," Azam, satu-satunya keluarga Aleyah yang menemaninya ketika ini. Yang lain sudah pamit pulang ke rumah.

Dia lagi selesa kalau mereka semua sudah pulang. Bukan apa, dia tidak mahu lagi sesiapa pun menganggu emosi Aleyah nanti. Perasaannya masih kecewa kepada ibu mertuanya. Sanggup mereka buang Aleyah dulu? Dan kini? Sedangkan Aleyah selama ini menyimpan maaf buat mereka!

"Letak sajalah. Nanti abang makan," katanya. Dia masih tiada selera lagi.

"Hurm. Tadi abang Amir ada call Azam. Dia kata Kak Aisyah dah bagi penerangan cukup pada polis, dan polis sedang jejak orang yang langgar lari Kak Leah tu," Azam memula bicara.

"Okay."

"Kak Aisyah nak minta maaf pada Kak Leah dan abang Fahrin. Dia rasa bersalah sangat, sampai nak serah diri pada polis. Tapi, dia tak ada kesalahan jenayah. Jadi, abang Amir dah bawa dia balik rumah." Azam tertawa sambil berkata mengenai hal kakak keduanya itu. Ada ke sampai nak serah diri?

"Abang tak nak cakap pasal dia. Walaupun Aleyah maafkan dia, mungkin abang tak," jujur jawapan Fahrin.

Dia paling kecewa kepada Aisyah. Sangkanya gadis itu juga baik seperti yang lain. Tapi lain pula sikapnya. Sanggup nak tikam belakang darah daging sendiri.

"Azam minta maaf." Azam bertunduk. Dia faham. Memang bukan mudah bagi seseorang untuk maafkan kesalahan Aisyah itu. Dia juga tidak sangka bahawa Aisyah sanggup menganiaya Aleyah selama ini.

"Azam keluar dululah ya,"  Azam pamit dari wad Aleyah.

Fahrin sekadar mengangguk.

***

"God, damn it!" jerit Afzhan.

"Kau apesal? Nak amuk bagai? Rileks!" Sufyna berkerut dahi memandang Afzhan yang tiba-tiba naik angin tak tentu fasal itu.

"Kau cakap senanglah! Kau tahu tak aku dah salah langgar? Perempuan tu masih hidup dengan anak dia tu. And you know what? I hit her sister instead." nada Afzhan sesal dan marah.

Sufyna tertawa sumbing.

"Lagi bagus! Tak sangka plan kau ni bijak. So, dia mati ke?"

"Manalah aku tahu. Tapi masalah sekarang ni lagi ... perempuan tu masih hidup. Macam mana kalau dia buat report polis? Mampos aku. Aku tak nak masuk lokap!" ujar Afzhan sambil bergeleng kepala.

"Dia nak buat report? Demi kakak dia, yang dia sendiri benci tu? Mustahillah! Kau gopoh apesal?"

Sufyna yakin, yang Aisyah tak mungkin nak buat report. Malah dia rasa, gadis itu lagi suka kot, orang yang dia benci lagi sengsara. Siapa tak suka? Bonuslah untuk aku. Sebab Fahrin pun akan kehilangan. Ketawa jahatnya bersarang di hati.

"Kau sure ke dia tak report?" Afzhan melihat gaya Sufyna yang begitu yakin.

"I'm sure. Don't you worry, okay!"

Afzhan menarik nafas lega. Dia berharap kali ini rancangan Sufyna berjaya lagi. Jika tidak, habislah hidupnya di belakang jeriji besi.

***

Imah mengeluh lepas memandang Aisyah di hadapannya. Luruh jantung dengan rasa marah masih bersisa, tetapi nafasnya cuba diatur tenang.

"Sy-Syah nak minta maaf. Syah betul-betul nak minta ampun, ibu." Aisyah berlutut di hadapan Imah. Tangisnya semakin reda. Matanya sudah sakit bengkak menangis seharian.

"Apa salah ibu pada Syah? Kenapa Syah sanggup merasuk fikiran ibu selama ni?" tanya Imah dengan lemah.

"Syah, tak tahu. Syah cuma sayangkan ibu. Syah sakit hati bila Kak Leah buat ibu derita dulu," jawab Aisyah.

Imah mengurut dada mendengarnya. Memang dia juga selama ini membenci Aleyah, kerana menuduh Aleyah memisahkannya dari suami. Tak sangka Aisyah sanggup merasukinya hingga dia juga turut membuang Aleyah dahulu.

"Ini pengajaran buat kita. Tak patut kita tuduh Kak Leah kamu tanpa usul periksa!" ulas Imah.

"Syah tahu. Semua salah Syah. Syah malu sekarang ni, pada adik-adik ... pada ayah ... Kak Leah dan suaminya. Syah nak minta diorang maafkan Aisyah, tapi," Aisyah terenjut menarik humus yang menyesakan rongga hidung.

"Ibu dah tak tahu nak cakap apa ... Tu, kandungan kamu tu, macam mana? Pastilah bukan anak Fahrin kan?" tanya Imah meminta kebenaran.

Aisyah pantas mengeleng laju.

"Bukan! Ni bukan anak dia. Tapi ni anak orang yang langgar lari Kak Leah pagi tadi. Aisyah akan pastikan dia terima balasannya. Syah rasa nak gugurkan saja." ujar Aisyah sambil memicit perutnya dengan kuat. Ditumbuk-tumbuk bagai menumbuk wajah Afzhan ketika itu.

Imah terkesima!

"Syah, besarkanlah anak tu baik-baik. Jangan nak dendam pula pada anak yang tak berdosa. Cukuplah, biar ibu saja yang dah tersilap dulu." pujuk Imah. Dia tidak mahu Aisyah menjadi seperti dirinya dahulu.

"Tapi ... Syah dah tak ada maruah nak besarkan anak ni. Syah tak rela ... Syah malu, ibu." jelas Aisyah.

"Anggaplah ini pengajaran dan ujian untuk Aisyah hadapi. Insya-Allah, sebagai keluarga, kami akan bantu Aisyah," ujar Imah. Kepala anaknya itu diusap lembut. Walaupun dia masih marah, tetapi dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan membuang Aisyah daripada keluarga. Biarlah dia juga menanggung malu mengenai hal Aisyah, sebagai hukuman kepadanya kerana bersikap ego kepada Aleyah dahulu.

"Terima kasih, ibu. Syah janji akan berubah sepenuhnya ... Ibu bantu Aisyah, ya? Syah betul-betul perlukan ibu sangat-sangat." Aisyah menyalami tangan Imah dengan penuh syahdu.

"Syukurlah, Aisyah dah sedar ... Ayah cukup bangga sebab Aisyah nak berubah." ucap Mansor. Dia sedari tadi mendengar bait-bait kata antara isterinya dan Aisyah di balik dinding bilik.

Sungguh dia juga tidak sangka. Sedikit sebanyak masalah anak dan isterinya itu berpunca dari dirinya dahulu. Dia yang mengabaikan keluarganya. Lari, terhasut oleh nafsu dan wanita. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada mereka sekeluarga. Ucapan penuh syukur dipanjatkan kepada Ilahi. Mansor tersenyum.

*
*
*
968
Edited,
8 January 2019
22:13
*
*
*

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now