Ep 36

27.2K 1K 42
                                    

Sudah dua hari berlalu, Fahrin semakin berdingin terhadap Aleyah. Aleyah juga seakan sengaja membiarkan kediginan itu semakin membeku. Masing-masing dengan ego sendiri. Namun dalam diam-diam Aleyah dan Fahrin saling merindui kemesraan mereka semasa berada di kampung mak tok.

Aleyah memeriksa fail yang dihulurkan oleh Fahrin. Sedikit pun hatinya tiada di dalam fail itu. Pandangannya sekejap-kejap mengerling ke arah suaminya.

Fahrin hanya berdiam sahaja duduk di hadapan meja Aleyah. Lelaki ini juga mahu melancarkan egonya. Bercakap hanya terbatas kepada urusan kerja. Biar Aleyah tahu bahawa hatinya juga terguris.

Aleyah menghulurkan fail yang sudah ditanda tangani itu.

"Thank you, Miss Al." ucap Fahrin. Sengaja dia tidak memanggil nama Aleyah seperti biasa. Dia kemudian berdiri untuk pamit.

"Errm, awak!" Aleyah memanggil semula Fahrin yang ingin berlalu.

"Yes? Anything more?"

"Erm, saya ..."

Aleyah terkaku bicara. Apa yang ingin dikatanya sudah siap di kepala, cuma belum terluah saja lagi.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu," kata Fahrin yang sudah hampir menuju ke arah pintu.

Aleyah pantas berjalan ke arah lelaki itu. Tangan kanan Fahrin dicapai, kemudian disalami dan dikucup lembut.

Fahrin terkedu, hatinya mulai berdebar menerima tindakan Aleyah itu.

"Saya minta maaf. Saya tahu apa yang saya cakap hari tu buat awak marahkan saya." akhirnya terluah juga perkataan keramat itu daripada mulut Aleyah.

Fahrin berasa lega. Aleyah dibawa ke dalam dakapannya. Lama dia memeluk tubuh isterinya itu.

Aleyah membalas pelukan itu. Ringan terasa hatinya saat ini selepas meminta maaf sedemikian.

"I miss you so much, sayang ... saya dah maafkan, tapi lain kali Aleyah tak payahlah berkeras hati sangat. Saya lelaki, of course saya rasa tercabar bila Aleyah selalu berkeras hati tu," kata Fahrin. Wajah Aleyah diteliti. Hatinya mudah saja memaafkan isterinya itu.

"Saya minta maaf, ya?" ucap Aleyah sekali lagi.

Fahrin mengangguk. Sekali lagi dia memeluk Aleyah lama.

"Saya dah maafkan Aleyah," Syukur Alhamdulillah. Aleyah sudah berubah sedikit demi sedikit dan menerimanya semula. Getus hati Fahrin.

"Nasiblah Aleyah dah minta maaf ni ... kalau tak, sampai ke tualah saya tunggu Aleyah," sambung Fahrin lagi.

Aleyah turut berasa lega. Syukurlah, terasa lebih ringan hatinya saat ini. Meminta maaf bukan bererti salah, dan mengalah bukan bererti menyerah. Doanya agar hubungan baik antara mereka akan terus berkekalan selepas ini.

❇✳❇

Sementara itu, di Balai Ketibaan Antarabangsa, KLIA.

"Ermmphh! Malaysia, I'm back!" kata seorang wanita berambut warna coklat sambil mengeliatkan tangannya. Perjalanan dari Spain ke Malaysia selama hampir lapan jam melenguhkan segala sendi-sendi badannya.

"Princess Nadya Sufyna!" panggil satu suara. Wanita itu lantas menoleh dan tersenyum panjang.

"My dear mommy and daddy. How are you?" kata Sufyna lantas memeluk cium kedua orang tuanya itu.

Dato' Malik dan Datin Marina tersenyum gembira, pulang juga akhirnya satu-satunya puteri tunggal mereka ini ke Malaysia setelah puas dipujuk rayu.

"We're good. Even more better if you always with us," balas Dato' Malik. Datin Maria mengangguk setuju.

Sufyna mencebik sedikit. Bukan dia tidak mahu kembali ke Malaysia, tapi dia ada sebab tersendiri kenapa selama ini dia menetap di Spain. Namun setelah hubungan terputus, lebih baik dia kembali dahulu ke Malaysia. Siapa tahu peluang kedua masih ada buatnya.

"Dahlah ... let's go home first. Kat rumah nanti boleh borak panjang." kali ini Datin Marina pula bersuara. Tiga beranak itu lantas masuk ke dalam kenderaan mewah milik Dato' Malik.

Syed Hafizi tersenyum-senyum sambil menarik bagasinya ke dalam teksi. Hatinya berasa gembira ketika kaki sudah menapak semula di Kuala Lumpur. telefon pintar di dalam poket dicapai.

"Hello Assalamualaikum, kau kat mana ni? Kat ofis? Okay aku gerak ke sana. Ya, aku dah sampai, baru je. Tunggu aku kat sana tau ... aku rindu dengan ... hehe." riang ria hati Syed Hafizi menyebut perkataan itu. Talian dimatikan setelelah menerima persetujuan sahabatnya. Hati tambah berbunga riang. Tak sabar rasanya.

"Encik, ke Wisma Prestige ya," Syed Hafizi memberitahu tujuannya kepada pemandu teksi tersebut. Terus sahaja pemandu itu menekan sesuatu pada punat alatan GPS-nya. Teksi kemudian berjalan menuju ke destinasi.

❇✳

Aleyah menyusunkan fail yang kelihatan semak di atas mejanya. Malas pula dia meminta bantuan daripada Mira. Pastinya gadis itu ada banyak kerja yang hendak disiapkan. Siapa yang memberikan arahan? Tentulah arahan itu adalah darinya selaku CEO kepada syarikat itu.

"Kesiannya, tengah kemas meja ke?" tanya Fahrin yang baru masuk ke bilik pejabatnya itu. Ringan sahaja Aleyah tersenyum.

"Awak nampak saya kemas almari ke?" soalan di balaskan soalan namun dengan nada bergurau.

Terbit ketawa kecil dari mulut Fahrin.

"Pandainya nak kenakan kita. Aleyah memang selalu macam ni, kan?" kata Fahrin sambil mendekati meja kerja Aleyah.

Tangan Aleyah, masih lagi ralit menyusun fail-fail di atas meja. Bosan dengan kebisuan Aleyah yang khusyuk mengemaskan fail tersebut, akhirnya Fahrin menghulurkan bantuan.

"Aleyah ni, cubalah minta tolong. Susah ke nak cakap macam tu?" tanya Fahrin lagi.

Aleyah terkedu. 'Fahrin marah lagi ke?'

"Eh, takpe ... I can handle it. Awak duduk kejap. Nanti saya check fail awak tu." kata Aleyah.

"Saya tak datang sini untuk minta check fail."

"Oh ... habis tu?"

"Saya nak check Aleyah," balas Fahrin sambil tersenyum nakal. Dia mula mendekatkan dirinya kepada Aleyah.

Aleyah terkaku ditempatnya. Pandangan mata Fahrin cukup mendebarkan hatinya. Kaki juga turut kaku tidak berganjak.

"Ehem ... Miss Al, Encik Fahrin ..." Mira mengetuk sekali lagi pintu bilik bosnya itu. Mujur dia sempat, kalau tak? Aksi tak dijangka? 'Astagfirullah al azim ... apa aku fikir ni, Mira?' gerutu hatinya.

Fahrin dan Aleyah tersentak. Kekok terus jadinya. Fahrin menggaru kepala. Rona wajahnya bertukar kemerahan.

"Ke-kenapa Mira?" tanya Aleyah. Wajahnya terasa semakin panas.

"Erm ... ada orang cari Miss Al dengan Encik Fahrin," jawab Mira. Sejurus itu terpancul wajah ceria Syed Hafizi.

"Hai, Assalamualaikum ..." ucap Syed Hafizi sambil tersenyum memandang keduanya.

😊Bersambung.😁

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now