Ep 19

29.4K 1.1K 16
                                    

"Fahrin, kenapa ni? Sejak umi balik dari Masjid, Fahrin diam je ..." Hairan pula Puan seri Jannah melihat perubahan sikap anaknya itu.

Aiden dibiarkan bermain dengan sahabatnya, Syed Hafizi yang bermalam di Villa mereka.

"Tak ada apalah," keluh Fahrin, malas dia hendak menjawab soalan itu. Tak pasal-pasal nanti Syed Hafizi tahu pula kisahnya dengan Aleyah.

"Kenapa ni? Pasal Al ke?" duga Puan Seri Jannah.

"No. Tak lah ... dah lah, umi ...Fahrin nak berehat kat bilik." Fahrin lantas membawa kakinya ke tingkat atas.

Puan Seri Jannah mengeleng lemah. Pasti kerana Aleyah. Kalau dua-dua keras hati macam ni, macam mana nak bersama? keluhnya lagi.


***


Aleyah duduk menyandar di atas sofa di apartmentnya. Siaran television dipandang sepi. Ruang tamunya diperhatikan. Kosong!

"Damn it! Selama ni kan kau dah biasa tinggal seorang. Kenapa nak rindu pula dengan mereka?" Aleyah menghempaskan kepalanya dan berbaring. Terbayang-bayang pula wajah Aiden yang sentiasa meminta perhatian darinya tempoh hari.

Selfon di atas meja dicapai. Nombor telefon Puan Seri Jannah di buka. Tiba-tiba jarinya terhenti,

'Serius kau nak kalah lagi dengan perasaan kasih sayang kau? Diri kau ni? Kau dah tak sayang lagi?' bisik hatinya yang kelam. Aleyah berfikir untuk memilih diantara kasih sayang dan hatinya.

"Nope!" selfon tersebut segera dilepaskan. Aleyah lantas membawa kakinya ke bilik tidurnya.

***

"Makcik umi tak tidur lagi?" tanya Syed Hafizi setelah menghantar Aiden ke dalam bilik Fahrin.

Puan seri Jannah tersenyum mendengar gelaran itu.

"Kenapa panggil macam tu? Panggil umi jelah," ujarnya.

Syed Hafizi garu kepala. Malu pula diteguri begitu.

"Maaflah, makcik umi. Saya dah terbiasa ..."

"Panggil umi je,  umi tak kisah pun ... umi belum rasa ngantok lagi. Hafizi kenapa tak tidur lagi?" tanya Puan seri Jannah pula.

"Mata Fizi ni masih fresh, ha. Mungkin belum dapat sesuaikan diri dengan perubahan tempat dan masa kot," jawab Syed Hafizi sambil membulatkan matanya.

Puan seri Jannah tersenyum.

"Yelah, betul juga tu ... tapi Hafizi tak penat ke? Lama sangat duduk dalam flight tadi,"

"Taklah, Fizi dah biasa duduk flight lama-lama. Lagipun dalam flight tadi terbungkang ha Fizi tidur ... lama kot crew dia kejutkan Fizi. Habis dah penumpang lain keluar, tinggal Fizi yang last tadi," kata Syed Hafizi sambil ketawa. Sebab itulah Fahrin lama menunggunya di KLIA tadi.

Puan Seri Jannah ketawa. Ada-ada sahaja Syed Hafizi ini.

"Betullah, tak tipu," Syed Hafizi meyakinkan Puan seri Jannah yang mentertawaknnya.

"Yelah tu ... itulah masih solo-molo. Kalau dah kahwin, ada juga yang tolong kejutkan sebelum sampai tadi," usik Puan Seri Jannah. Syed Hafizi ni seumur dengan Fahrin. Tapi masih bujang lagi. Anaknya? Dah dua kali berkahwin, bercerai sekali. Berbeza sungguh! desis hatinya.

"Aah, alang-alang makcik umi sebut pasal ni ... tadi Fizi macam dah ternampak bidadari syurga Fizi tau. Cantik betul, subhanallah. Senyuman dia fuuh, buat Fizi berdebar. Aih, untung Fahrin, dekat ofis dia ada gadis macam tu." ujar Syed Hafizi sambil membayangkan senyuman indah gadis itu. Walaupun bukan untuknya namun entah mengapa dia rasa tergoda.

"Ye ke? Siapa? Dah tanya Fahrin siapa orang tu?" tanya Puan Seri Jannah. Dia turut teruja mendengarnya.

"Tak tahu pula nama dia, tak tanya lagi. Macam mana nak tanya Fahrin? dia keluar dari ofis petang tadi macam udang terbakar ... hampir je Fizi terlupa pasal senyuman gadis tu. Nasib baik mak cik umi sebut pasal kahwin," kata Syed Hafizi dengan selamba.

Keduanya tertawa bersembang.

"Tak apalah ... nanti kalau Hafizi jumpa lagi gadis tu, tanya terus nama dia. Minta nombor phone. Make your move. Mana tahu jodoh dah dekat ... dapat juga umi makan nasi minyak Hafizi," usik Puan Seri Jannah lagi.

"Mak cik umi jangan risau, Fizi akan goda balik gadis tu ... dah dia goda kita, tak kan nak lepas kot, hahahaa," balas Syed Hafizi bersama ketawanya yang nakal.

Puan Seri Jannah tersenyum mengeleng. Bersungguh benar anak muda ini. Dia berharap agar niat anak muda itu dipermudahkan, Insya Allah.


Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now