Ep 16

32.3K 1.2K 23
                                    

Aisyah merengangkan badannya ke kanan. Ruang katil yang kosong dipandang sepi. Dia berdecit halus dan membangunkan badannya dengan rasa malas. Rambut panjang yang kusut masai dilurut lurus, selimut yang mebaluti tubuhnya ditarik ke paras dada.

"Sayang ... you dah bangun?" tanya Afzhan yang baru keluar dari bilik air.

"Kenapa you tak kejutkan I? Bising tau mak I kalau dia sedar I tak ada semalam," marah Aisyah.

Afzhan yang sedang bertuala, mendekatinya di sisi katil.

"You ni ... just one night lah. Tak kan dia nak sedar kot, you pergi mana? Cakap jelah you tidur rumah kawan. Macam biasa ..." kata Afzhan sambil mengelus lembut paha gebu Aisyah yang sedikit terdedah.

"Tepilah, I nak mandi!" Aisyah menepis kasar tangan itu. Geli rasanya.

"Sayang, I'm warning you ... kalau you marah-marah I macam ni lagi, rahsia you akan pecah ..." ugut Afzhan bersama senyuman penuh makna.

"Apa lagi ni? Semalam kan dah free. So, settle jelah!" bentak Aisyah. Tidak puas hati akan ugutan lelaki itu.

"I love you ... so, I tak kan lepaskan you." kata Afzhan lagi, bersama nada umpama seorang psiko.

Aisyah mencebik. 'Love? Dah tak berduit baru nak love-love? Huh!'

"Yelah. I love you too ... dah puas? I nak mandi, I ada shift pagi ni." balas Aisyah lalu masuk ke dalam bilik air di dalam hotel tersebut.

Afzhan tersenyum di tempat duduknya.

✳✳✳

"Miss Al ... miss, dah sihat ke ni?" soalan Mira menghentikan langkah kaki Aleyah sebelum masuk ke pejabatnya.

"I'm here already. Means?" soalan dibalaskan soalan. Aleyah mengerutkan dahinya.

"I'm sorry, miss. Tapi semalam badan miss panas sangat. Encik Fahrin terpaksa angkat miss ke klinik ... saya dan Encik Fahrin risau tengok miss," jelas Mira.

"Tak payah risaulah ... saya dah sihat. Jangan kecoh-kecoh pula," balas Aleyah.

"O-Okay ... I'm sorry, miss." perlahan-lahan Mira mengeluh sendiri melihat Aleyah yang sudah masuk ke dalam.

Adakalanya, Mira hairan dengan sikap Aleyah. Sering mengasingkan diri dan tidak mahu dipedulikan. Terlalu ego dan selesa bersendiri.

"Sabarlah ... apa pun, miss tentu ada sebab dia," keluh Mira sendiri.

***

Fahrin berdiri di tepi pintu keluar KLIA. Jam di tangan dikerling sekejap.

"Lamanya? Patutnya dah turun ..." gumamnya sambil melihat ke arah pintu balai ketibaan antarabangsa. Sekejap-kejap kepalanya menoleh di sekitar kawasan itu.

"Fahrin Nazmin!" laung satu suara.

Fahrin menoleh dan tersenyum panjang ke arah si pemanggil namanya. Satu pelukan diberikan! Agak lama mereka berpelukan.

"Syed Hafizi! Lambatnya kau keluar? Lama aku tunggu kau tadi," kata Fahrin setelah pelukan dilerai.

"Kau seorang aje? Aiden mana? Kenapa tak bawa?" tanya Syed Hafizi. Rindu pula dia nak memeluk cium anak kepada sahabat karibnya ini.

"Aiden dengan umi aku la,"

"Aku rindu dengan Aiden, dah lama tak jumpa. Mesti Aiden pun rindu juga dengan daddy dia ni ... hurm, tak sabarnya nak jumpa my baby boy tu," ujar Syed Hafizi dengan penuh keterujaan.

"Amboi, mengadanya kau nak jadi daddy dia! Aku jelah bapa dia dunia akhirat. Kalau kau nak anak, kau kahwinlah cepat-cepat," balas Fahrin.

Syed Hafizi tertawa lagi.

"Tak ada calonlah ... mana nak cari? Kau tolonglah carikan aku satu," pinta Syed Hafizi dengan nada guraunya.

"Ish, tak ada masa aku! Carilah sendiri," balas Fahrin lagi.

Fahrin membawa Syed Hafizi berjalan menuju ke arah parkir kenderaannya. Bagasi milik sahabatnya dimasukan ke dalam bonet kereta.

"So, lama ke kau kat Malaysia ni?" tanya Fahrin selepas enjin kereta dihidupkan.

"Not sure ... tapi kalau dapat settle down, nak juga stay Malaysia terus. Bosanlah sorang-sorang kat Spain tu," kata Syed Hafizi yang duduk di kerusi penumpang.

"Macam mana kau nak settle down? Tak fahamlah ..." tanya Fahrin, dahinya berkerut.

"Ish, kau ni! Kahwinlah ... kalau aku dapat isteri kat sini, aku settle down lah namanya tu. Tak pernah dengar ke lagu Adel? ... I heard that you're settle down and you're married now ... tu pun nak tanya lagi," balas Syed Hafizi sambil menyanyikan lagu inggeris tersebut.

Fahrin tertawa besar.

"Aduh ... ini ke tujuan kau balik Malaysia? Kata ada bussiness trip, banyak trip kau, eh?" kata Fahrin.

"Sambil-sambil,"

Fahrin geleng kepala.

"Berangan banyak je kau ni. Tak berubah langsung!" selorohnya lagi.

"Aku tak berubah ke atau kau yang dah berubah?" soal Syed Hafizi. Nadanya serius.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Fahrin menoleh sekilas ke arah sahabatnya itu.

"Yelah, sejak kau jadi bapa tunggal ni ... aku tengok kau macam banyak senyap je. Tak dengar pun perangai playboy kau lagi. Dulu bukan main. Kenapa tak carikan Aiden mama baru? Kesian Aiden, dia perlukan kasih sayang ibu tau!" ujar Syed Hafizi. Dalam berkata, sempat lagi dia menyindir sahabatnya itu.

Fahrin terkedu.

"Malaslah ... aku, a-ku selesa berdua dengan Aiden." bohongnya. Air liur ditelan.

Serta merta fikirannya teringatkan Aleyah. Isteri pertama yang tidak diketahui oleh orang lain selain ibu bapanya dan Aleyah sendiri. Satu keluhan halus terlepas.

"Aku tahu. Kalau Aiden nak mama, kau bagitahulah aku ni mummy dia, kan sayang?" cadang Syed Hafizi. Dia sudah ketawa besar.

"Eii, tak kuasa aku! Kau dah buang tebiat ke ni?" balas Fahrin. Dia turut ketawa.

"Hahaha ... dah kau tak nak aku jadi daddy Aiden, bagi aku jadi mummy dialah. Boleh ye, sayang?" Seloroh Syed Hafizi lagi.

Fahrin geleng kepala melayan karenah lucu Syed Hafizi. Lelaki ini memang mudah ceria dan tertawa. Ada sahaja perkara yang akan jadi bahan lawaknya. Itulah Syed Hafizi yang dia kenal. Periang dan seorang pendengar yang baik.

❇❇❇

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now