Ep 41

28.2K 1K 11
                                    

"Hani tak nak bagitahu Fahrin hal ni? Mana tahu abang angkat awak tu risau ke apa," tanya Syed Hafizi yang sedang memandu. Hatinya gembira dapat berduaan dengan Aleyah Nurhani sekarang ini.

"Tak payahlah. Dah hantar workshop pun kereta tu. Esok dah boleh ambil. Terima kasih, ya Syed ... tolong saya tadi," ucap Aleyah.

Fikirannya kembali menerawang jauh. Siapa pula yang pancitkan tayar keretanya tadi? Bukan setakat pancit biasa pulak tu. Setelah diperiksa oleh foreman, dia dapati setiap tayarnya telah dipasang perangkap dengan paku yg tertanam ke dalam tayar. Jika dia tidak melihat tadi, sudah pasti dia akan kemalangan dengan memandu kereta berkenaan. Astagfirullah al azim, niat jahat siapakah ini? Hatinya mula bedetak resah.

"Hani? Dengar tak saya cakap apa tadi?" sapa Syed Hafizi. Dia menoleh sekilas ke arah Aleyah yang tidak memberi respon akan bicaranya.

"Ya? I'm sorry ... saya tak dengar la," jujur Aleyah tidak dengar. Masalah yang baru ini membuat fikirannya kusut.

"Erm ... tak apalah kalau Hani tak dengar," nada Syed Hafizi seakan merajuk.

"No, Syed cakap apa tadi? Sorry lah saya tak dengar. Fikir pasal kereta tadi,"

"Yelah ... tak apa. Tadi saya tanya, Hani dengan Fahrin tu sejak bila jadi family angkat? Korang setakat adik beradik angkat je? Tak lebih?" tanya Syed Hafizi semula. Yelah, nak usha senang kalau tak ada apa-apa. Fikirnya.

Glup! Aleyah terpempan mendengar soalan itu.

"Kenapa Syed tanya?"

"I'm curious ... about you." Syed Hafizi mula berterus terang. Raut wajahnya tenang mahukan jawapan jujur daripada Aleyah.

"Sa-saya kenal family Fahrin sejak saya kerja dekat syarikat arwah Abi dia, then ..." Aleyah menggantung ayatnya seketika. Jari jemarinya tanpa sebentuk cincin direnung lama.

"Oh ... baru jelah? Ingatkan dari kecil lagi," Syed Hafizi menggaru seketika dagunya yang tiada langsung bulu jambang.

"Yes, about 7 years ago ..." sambung Aleyah. Bibirnya masih mengunci rahsia yang entah bila akan disampaikan.

"I see."

"Sayang dengarlah dulu, I belum habis cakap lagi ni!" Sufyna terkocoh-kocoh mengejar Fahrin yang melangkah jauh darinya.

Fahrin mengeluh. Mati terus selera laparnya. Dia tidak betah berlama bersama bekas isterinya itu. Memang dia sudah tiada perasaan lagi kepada wanita itu, namun terkadang dia ada merindui masa silamnya bersama wanita itu. Dia takut hatinya kembali ke tempat yang salah lagi.

[ 4 tahun lalu ... ]

"Sayang, janganlah merajuk lagi ... I dah ganti, kan?" pujuk Sufyna. Bukan susah pun nak pujuk lelaki ni. Lagi-lagi Fahrin, buah hatinya.

"Mana sama, T-shirt tu your first gift to me. Alih-alih you kotorkan pula dengan coffee stain." rajuk Fahrin lagi.

Sufyna tersenyum. Kembang kempis hidungnya. Walaupun dia sudah bersalah mengotorkan baju T-shirt Fahrin, entah kenapa hatinya gembira mendengar ayat itu. Fahrin benar-benar menghargai pemberiannya itu.

"Okay, sebagai tanda maaf ... I buatkan you, something," Sufyna lantas menuju ke kaunter Coffee Maker di Cafè nya. Hatinya terfikirkan satu idea untuk memujuk Fahrin. Coffee Art! Bukan susah mana, dia pernah juga mengambil kelas Barista.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now