Ep 37

26.6K 1K 19
                                    

"Hai, Assalamualaikum ..." ucap Syed Hafizi sambil tersenyum memandang keduanya.

Mira mengundur diri daripada bilik pejabat Aleyah.

"Waalaikumusalam ..." balas Aleyah.

"Awalnya kau sampai? Kata singgah hotel lagi," kata Fahrin. Jenis kacau daun betullah. Getus hatinya.

"Dah singgahlah ... lepas tu terus aku ke sini. Rindu dengan korang. Hehe." balas Syed Hafizi. Ketika menyebutkan perkataan 'rindu' matanya melirik ke arah Aleyah.

"Ouh ... dah siap ke kerja kau kat Sarawak tu?" tanya Fahrin lagi.

"Dah ... ni ole-ole untuk Hani," Syed Hafizi menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Aleyah.

Fahrin berpandangan dengan Aleyah. Berkerut dahi Aleyah semasa menerima kotak kecil itu.

"Terima kasih," ucap Aleyah.

"Ni untuk Aiden dengan mak cik umi," Dua buah kotak kecil lagi dihulur Syed Hafizi kepada Fahrin pula.

"Untuk aku tak ada?" seloroh Fahrin.

"Kau mana nak benda ni semua ... so, aku tak belikan lah untuk kau." balas Syed Hafizi berterus terang.

Fahrin mencebik muka. Aleyah tertawa.

"Dasar kedekut punya kawan." ejek Fahrin.

Syed Hafizi sekadar ketawa. Terubat rindunya setelah melihat Aleyah juga tersenyum manis dan tertawa.

❇❇

Petang itu, Fahrin membawa Aleyah berjalan-jalan di sekitar pusat membeli belah. Katanya hendak membelikan Aiden beberapa helai pakaian, kerana saiz Aiden sudah semakin membesar sejak akhir-akhir ini. Maklumlah kanak-kanak seperti Aiden cepat sahaja tumbesarannya pada usia begini.

Aleyah berjalan sambil mencari kerusi awam untuk duduk di sekitar pusat membeli belah itu, sambil menunggu Fahrin yang tiba-tiba rasa ingin ke tandas. Tiba-tiba Aleyah terlanggarkan seorang gadis yang laju berjalan memintasnya ...

"Aduh," terjatuh semua beg kertas berisi pakaian baru Aiden. Gadis yang mengenakan spek mata gelap itu membantu Aleyah bangun. Cantik gadis ni. Sempat lagi Aleyah memuji.

"I'm sorry miss ... saya tak sengaja. Sorry ya," ucap gadis itu sambil membantu Aleyah untuk bangun semula.

"It's okay. Saya pun minta maaf. Tak sengaja pula," ucap Aleyah juga. Baju blousenya yang sedikit terselak, segera diturunkan.

"Aww ... saya yang patut minta maaf. Saya yang tergesa-gesa tadi." kata gadis itu sambil menghulurkan beg kertas kepada Aleyah.

"It's okay, takpe ... thanks," balas Aleyah sambil tersenyum.

Seketika kemudian gadis itu meminta pamit segera. Aleyah memerhatikan sahaja gadis yang berlalu itu. Cantik, bersopan pula tu. Puji hatinya. Dia lantas duduk disebuah kerusi awam yang tersedia tidak jauh dari situ.

"FAHRIN!"

Fahrin menoleh ke belakang apabila mendengar beberapa kali namanya di panggil. Kelihatan seorang gadis yang pernah di temuinya melambai-lambai dan menuju ke arahnya.

"Aisyah,"

"Hai Fahrin ... lama tak jumpa," ucap Aisyah manja sambil melemparkan senyuman yang mengoda.

"Hai,"

Fahrin memandang sekilas gadis di hadapannya ini. Atas, bawah. Berbeza sungguh pakaiannya hari ini. Gadis itu mengenakan blouse paras paha, tanpa lengan. Terserlah lengan dan paha putihnya. Kalau tak fikir iman di dada pasti sudah kena terkam gadis ini. getus hatinya.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now