Ep 17

30.8K 1.2K 5
                                    

"Aisyah, ibu nak duit sikit," pinta Imah kepada anak gadisnya itu.

"Duit? Aisyah belum gaji lagilah ..." balas Aisyah. Wajahnya jelas tidak selesa sering dipintakan wang sebegitu.

"Habis tu? Banyak barang mahal-mahal dalam bilik kamu tu ... semua baru lagi, kan?" kata Imah sambil bercekak pinggang.

"Itu dah lama lah. Mana ada baru," balas Aisyah lagi.

Semua barangan itu, Afzhan yang belikan dahulu. Beg tangan, kasut tumit tinggi, gaun mewah dan macam-macam lagi. Afzhan memang suka memanjakannya dahulu. Tapi sekarang tak lagi. Aisyah berdecit kerana terpaksa membelanja dirinya pula kepada Afzhan.

"Dah tu? Ibu nak pakai duit ni. Nak bayar bil semua," Imah menggaru kepalanya. Runsing memikirkan keperluan wang ringgit.

Aisyah sekadar menjuihkan bibir tanda tidak mahu membantu.

"Ibu nak berapa?" Amir yang terdengar, menyampuk dari arah pintu biliknya.

"Tiga ratus," balas Imah cepat.

Amir mengangguk dan masuk ke dalam biliknya. Kemudian, dia keluar semula bersama tiga keping not RM100.

"Ini ... tiga ratus, cukup?" Amir menghulurkan duit itu kepada ibunya. Imah mengangguk seraya tersenyum.

"Banyaknya duit kau ... mana kau dapat?" tanya Aisyah.

"Amir kerjalah ... part time lagi apa semua, dapatlah tangung kita semua." balas Amir lantas masuk ke dalam biliknya yang dikongsikan bersama adiknya, Azam dan ayahnya, Mansor.

Aisyah mengekori langkah Amir.

"Aku pun nak," kata Aisyah dengan nada manja. Tangan kanan disuakan ke arah Amir.

"Nak apa? Kerja part time?" Amir mengerutkan dahinya melihat tangan kosong Aisyah itu.

"Ish, aku nak duit lah! Buat apa nak kerja part time? Kerja aku kat kedai tu pun dah berlambak!" Aisyah mencepuk bahu Amir dengan kasar.

"Habis tu? Kalau dah ada kerja ... kenapa nak minta duit aku lagi? Duit kau mana?" balas Amir tidak puas hati.

Aisyah bercekak pinggang. Tangannya kemudian menyekeh kepala Amir yang sedang duduk di atas katil bersebelahan ayahnya.

"Kalau aku nak, bagi jelah! Kau tak ingat ke dulu masa kau nak STPM? Duit siapa kau pakai untuk daftar exam tu?" Aisyah sengaja mengungkit hal yang lalu.

"Apa ni? Duit tu Amir dah bayar, kan? Dah lama Amir bayar. Kenapa nak ungkit lagi? Lain kali kalau tak ikhlas, jangan nak tunjuk baik!" marah Amir. Suaranya sengaja ditinggikan.

"Kau melawan, eh?" Aisyah meninggikan suara.

Amir bersedia untuk menghayun tangannya.

"Ish!"

"Kau nak tampar aku? Cubalah!" cabar Aisyah

"I-ishh!"

"Mir, ang-an!" Mansor yang berbaring di atas katilnya mengeleng. Tidak mahu dia melihat pertikaian diantara anak-anaknya itu

"Nasib ada ayah, kalau tak nahas kau, kak! Amir dah lama bersabar dengan Kak Syah ni!" nada Amir tidak menentu. Ingin saja tangannya mencekik leher Aisyah. Puas dia bersabar dengan sikap kakaknya yang seorang ni. Gara-gara fitnah Aisyah, Aleyah yang dibuang oleh ibu!

Aisyah keluar dari situ dengan persaan marah. Pintu bilik Amir sengaja dihempas kuat! Sebenarnya dia juga berasa takut jika Amir benar-benar mengasarinya tadi.

"Hiysh! Bencinya," bentaknya.

*

Mansor memerhatikan tingkah Amir yang sedang menghempaskan mukanya ke atas bantal.

"Mir, abar nak," Mansor cuba menenangkan anak lelakinya itu.

"Amir tak tahanlah dengan Kak Syah tu ... buat Amir rasa nak pindah rumah!" luahnya.

"Mir nak inda? Mana? Abi tu, aya an ibu sape nak aga?" soal Mansor lagi.

Jika Amir berpindah, maka tak ada lagilah yang mereka boleh harapkan. Anak-anak yang lain masih belajar di kolej dan sekolah. Siapa yang akan menjaga dirinya yang lumpuh ini? Wajah Mansor beriak sedih memikirkan keputusan Amir itu.

Amir mengeluh sendiri. Dia sedar, bertapa besar tanggungjawabnya kepada keluarga saat ini.

"Ayah tak payah risaulah. Amir akan bertahan demi ayah, ibu dan adik-adik ..." kata Amir lambat-lambat.

Mansor mengukir senyum. Dia berharap Amir dapat menguatkan hati menghadapi ujian ini. Doanya kepada yang Esa, agar anak-anaknya bersatu hati semula.

***

"Kau kerja dekat mana sekarang ni?" tanya Syed Hafizi ketika mereka sedang makan tengah hari di sebuah restoran makanan segera.

"Syarikat biasa saja, sebagai kerani akaun," balas Fahrin.

Syed Hafizi mengangguk perlahan, kemudian dahinya berkerut mengingati sesuatu.

"Eh? Bukan ke dulu kau cakap arwah abi kau ada company ... kenapa tak kerja kat sana? Boleh jadi CEO terus," ujar Syed Hafizi.

Fahrin terkedu seketika.

"Oh ... syarikat tu dah orang ambil alih. Sebab dulu aku tak nak, kan." jawabnya ringkas.

"Itu lah kau. Sombong tak bertempat. Kan dah rugi ... kalau tak, kau boleh jadi the hottest papa and CEO," kata Syed Hafizi sambil tangannya membuat gaya piece di dagunya.

"Ish, aku tak suka berangan macam kau!" balas Fahrin sambil ketawa.

"Laa ... okay apa? Berangan dulu, baru bercita-cita dan berimpian ... tak begitu?" ujar Syed Hafizi lagi.

Mereka berdua tertawa sesama sendiri. Fahrin bergeleng kepala mendengarnya. Tidak juga dia menafikan atau menyokong. Dia tahu, dalam kata sempoi lelaki itu, ada makna yang tersirat.

"Dahlah, baik kita makan cepat. Kata nak jumpa Aiden, kan?" kata Fahrin.

Syed Hafizi mengangguk. Makanan yang berbaki dihabiskan dengan cermat. Selesai makan, Fahrin membawa sahabatnya bertemu dengan anak dan uminya.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now