Ep 5

36.6K 1.6K 40
                                    

"Assalamualaikum, Puan Seri ..." Aleyah menjejak kaki ke ruang tamu Villa milik Puan seri Jannah. Sudah lama dia tidak ke mari. Bukan dia tidak sudi, cuma dia takut jika terserempak dengan seseorang yang tidak sudi untuk bertemu dengannya.

"Dah tiga tahun pun ..." gumam Aleyah sendiri. Segala perabot dan susunan ruang tamu di rumah itu juga kelihatan berubah di matanya.

"Wa'alaikumusalam, Al ... meh duduk sini," Puan Seri Jannah menyambut salam tangan dari Aleyah.

"Tak apalah, Al ... nak pulangkan bekas ni je ... tak nak lama ..." bekas makanan yang telah kosong dan dibersihkan dihulur.

Puan seri Jannah sekadar tersenyum.

"Saya balik dululah, assalamualaikum," cepat-cepat Aleyah ingin pamit.

"Eh, kejaplah. Umi ada nak beritahu ni ..." Puan seri Jannah pantas mengapai lembut lengan Aleyah.

Aleyah terkesima sebentar. Panggilan itu amatlah sukar untuk terluah dari bibirnya. Entah mengapa, tiba-tiba dia merasakan debar di dada.

"Nenek ... who is that?" Suara anak kecil memanggil dari dalam rumah.

Aleyah terkesima. 'Nenek?' Beberapa saat kemudian kelihatan seorang kanak-kanak lelaki menuju ke arah Puan seri Jannah.

"Aiden, papa will chase you!" kali ini suara garau seorang lelaki pula mengejutkan Aleyah. Kanak-kanak lelaki itu menjerit keriangan saat lelaki bertopeng keluar mengejarnya.

"Nenek, help Aiden!" Puan seri Jannah sudah menjadi tempat persembunyian. Keduanya mula bermain riang di sekeliling wanita tua itu.

"Aiden, nope! Aiden, please ... I have guests now ... Stop it, both of you!" Puan seri Jannah cuba meleraikan pelukan anak kecil itu.

"Guests? Papa, we have guests." Aiden lantas berhenti bermain dan menarik tangan lelaki bertopeng itu.

"Huh? siapa yang datang umi?" tanya lelaki bertopeng itu.

Puan seri Jannah tersenyum lantas menunjuk, "Tetamu istimewa,"

Aleyah menelan liur pahit. 'Tak mungkin?'

"Aiden jom masuk dalam ... Papa had his special guests." dengan pantas Puan seri Jannah mengangkat cucunya dan membawanya ke dalam. Sengaja dia ingin memberikan ruang buat mereka berdua.

Aleyah terkaku seketika. Lelaki bertopeng itu juga terpaku! Perlahan-lahan topeng ultraman yang dipakainya dibuka.

Bergegar seluruh lutut Aleyah melihat wajah itu. Hampir saja dia jatuh rebah ke lantai! Mujur lelaki itu sempat merangkul pingangnya.

"Fa ... Fah ... Fahrin?" Anak matanya menangkap pandangan itu.

Dada Fahrin juga bergetar hebat. 'Aleyah ... kenapa kau masih setia? Aku menyesal ...'

Buat seketika mereka berkeadaan demikian. Mata turut berbalas pandangan. Hanya daripada mata, segala perasaan sempat terluahkan. Rindu, kesal, marah, kecewa dan sebagainya.

"Lepaskan aku!" Aleyah lantas tersedar. Dada lelaki itu ditolak kuat.

"A-A-Aleyah, kau ... kau, a-awak buat apa kat sini?" kelu lidah untuk berbicara bersama setelah sekian lama.

"Aku pulangkan bekas yang Puan seri tingalkan kat ofis hari tu. Dah ... aku nak balik." Aleyah pantas berpaling. Sedikit pun dia tidak mahu berlama saat ini. Dia takut hatinya berubah. Namun tangannya sempat ditarik Fahrin!

"Aleyah, apa khabar?" Soal Fahrin dengan lembut.

"Khabar? Humph! Khabar gantung tak bertali, lagi kau nak tanya?" sinis jawapan Aleyah.

Fahrin melepas keluhan kesal.

"Lepaslah, aku nak balik!" Aleyah pantas menarik tangannya dengan kasar. Terus sahaja dia berlalu tanpa menoleh.

Fahrin memandang kosong pintu pagar villa yang telah dilepasi oleh kereta Aleyah.

'Aleyah ... aku nak minta maaf. Aku tahu aku buat silap pada kau,' bisik hatinya.

"Fahrin ... Aleyah dah balik ke?" Soal Puan seri Jannah sambil mendukung Aiden.

"Dah Ummi ... Aiden kenapa tidur atas nenek? Aiden berat tau. Sini papa angkat." Aiden memberikan tangannya kepada Fahrin.

"Fahrin ... umi nak Fahrin pujuk Aleyah, ya? Aiden kan perlukan kasih sayang ibu. Fahrin pujuklah Aleyah untuk jadi ibu Aiden ni ... kesian Aiden, kecil-kecil dah tak ada ibu," cadang Puan seri Jannah.

"Fahrin bukan tak nak ... tapi Fahrin tahu, Aleyah dah benci dengan Fahrin. Tak kan Fahrin nak paksa dia pula. Tiga tahun Fahrin gantung dia. Balik sini bawa anak? Nak bagi dia jadi ibu Aiden ... Fahrin tak mahu ambil kesempatan macam tu lagi pada Aleyah." baginya sudah cukup besar luka yang dia berikan kepada wanita itu.

Tiga tahun yang lalu. Selepas saja majlis pengkebumian ayahnya selesai. Fahrin dengan segera berangkat ke Spain. Sebulan selepas itu dia menikahi tunangnya. Dalam tahun itu juga Aiden pun lahir. Tiada siapa tahu hal dirinya dan Aleyah yang ditinggalkan. Pada awalnya, hidup mereka bertiga bahagia. Syarikatnya di Spain semakin kukuh. Lama-kelamaan penindasan terhadap golongan bukan warganegara berlaku. Syarikatnya terjual. Dia hampir saja dipenjarakan kerana hutang. Nasib baik harta syarikat ayahnya masih ada. Setelah menyelesaikan hutang, isterinya, ibu kepada Aiden pula buat hal. Joli siang malam tak ingat dunia. Tak tahan dengan perangai yang susah ditegur, hampir setiap hari bergaduh, mereka pun berpisah. Mujur Aiden dapat hak penjagaan padanya. Kalau tidak meranalah nasib satu-satunya anaknya ini. Fahrin mengeluh lepas. Tersedar kerana perbuatannya melukai hati Aleyah, hidupnya jadi huru hara selepas itu.

"Fahrin ... tolonglah lembutkan semula hati Aleyah tu. Dah lama dia diam menderita. Umi tahu, walaupun dia tak ceritakan, tapi umi nampak. Anak mata dia sentiasa penuh dengan kaca-kaca. Dia dah banyak terluka. Di luar dia nampak tabah dan kuat. Tapi hati dia? Tak ada sesiapa pun nak menyelami hati dia. Dia sunyi dan kesepian, walaupun dia senyum ... umi tak sanggup tengok Aleyah hari-hari macam tu," Puan seri Jannah cuba menahan air mata. Memang itulah apa yang dia sentiasa rasakan daripada Aleyah.

"Fahrin tak pasti, umi ... Fahrin sendiri banyak buat salah pada dia," Fahrin menepuk lembut belakang Aiden yang sudah terlena dibahunya.

"Umi kesal tak dapat bahagiakan dia." luah Puan seri Jannah lagi.

***

"Kenapa kau nak balik sini lagi? Untuk sakitkan hati aku lagi? Kau dah buat hati aku hancur berdebu ... dah memang hati aku patah dengan semua masalah, kau hancur lumatkan semuanya! Aku benci kau! Aku benci semuanya!" Aleyah menghempaskan buku-buku novel dari katilnya. Air matanya mengalir deras. Tudung yang tadi elok terlilit kini kusut masai!

"Kenapa aku tak boleh nak hidup seorang? Kenapa diorang nak datang balik dalam hidup aku? Nak hancurkan hidup aku lagi? Aku ni tak layak ke nak bahagia? Tak boleh ke aku nak bahagia?" Soalan demi soalan diajukan. Entah pada siapa dia meluahkan. Aleyah memegang erat kepala lututnya. Tangisannya semakin deras bersama raungan yang tak berlagu. Mujur saja apartment miliknya berada di tingkat 20. Kalau meraung sekuat mana pun tak ada yang dengar. Tak ada yang ambil peduli.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now