Ep 40

28.2K 1K 14
                                    

Seseorang tersenyum sinis apabila melihat kelibat seorang gadis menaiki kereta sendirian. Enjin keretanya turut dihidupkan lantas sterring dipusing ke arah yang sama.

"I'm sure, today is my lucky day,"

"Mira, mana Miss Al?" tanya Fahrin yang menapak keluar daripada bilik Aleyah. Bila bilik itu dibuka kelibat Aleyah sudah tiada.

"Hah? Oh, Miss dah keluar dah tadi ... ada meeting," balas Mira. Oleh kerana dia terlalu sibuk hendak menyiapkan kerjanya, tidak sedar pula bila Fahrin melintasinya.

"Dah lama ke?" Fahrin ingin tahu.

"Ha'ah ..."

"Habis tu, kenapa awak tak ikut?" pelik, selalunya ke mana Aleyah pergi, Mira akan turut sama. Kali ini tidak pula.

"Saya tak dapat ikut. Busy. Ni semua pun kerja dari Miss Al. Miss pun tak kisah. Saya dah bagitahu awal-awal," jawab Mira.

"Oh, yelah," Fahrin lantas meninggalkan ruang meja Mira dan menuju ke mejanya. Kemudian nombor telefon Aleyah didail.

"The number you have dailed is not available. Please--"

"Tch! Kenapa tak angkat ni?" Entah kenapa tiba-tiba hatinya rasa tak senang pula saat ini. Fahrin lantas bangun dari mejanya. Kunci kereta dicapai.

Aleyah berjalan menuju ke arah parkir kenderaannya di tingkat tiga bangunan hotel itu. Selesai bermesyuarat penting dengan beberapa orang pelanggan, dia lantas mempamitkan diri. Langkahnya diatur seperti biasa. Namun entah kenapa, tiba-tiba dia terasa seperti diekori! Meremang pula bulu romanya. Aleyah toleh kiri kanan. Memang ketika ini juga hanya dia sahaja yang sedang melawati kawasan parkir itu.

Langkah kaki segera dilajukan! Dengan tidak semena-mena Aleyah terlanggar dan terpeluk tubuh seorang lelaki!

"Aduh!"

"Oh my, I'm so sorry ... Eh? Hani?"

Aleyah mengangkat kepalanya. Kelihatan wajah Syed Hafizi tersenyum memandangnya.

"Eh ... Syed, I'm so ... I'm sorry," Aleyah membetulkan tudungnya. Dia pantas menjarakan diri.

"Hani kenapa ni? Are you okay?" tanya Syed Hafizi dengan nada risau. Wajah Aleyah kelihatan pucat dan ketakutan sehingga terlanggarkan dirinya.

"I'm okay, it's just ... I don't know ... perasaan je kot," balas Aleyah.

"Perasaan apa?" Syed Hafizi kelihatan begitu risau.

"Erm nothing ... saya minta maaf ya," ulang Aleyah sekali lagi. Dia lantas menuju ke parkir kenderaannya.

Syed Hafizi yang turut berasa tidak senang juga mengekori langkah Aleyah dengan niat menemani gadis itu ke kenderaannya.

"Oh my! What is this?" Aleyah terkejut melihat sebiji tayar kenderaannya yang telah pancit!

"Tadi okay pun." ujarnya.

"Hani, are you sure tadi tayar ni tak pancit?" tanya Syed Hafizi. Hatinya semakin merasa tidak senang.

Aleyah mengangguk. Kemudian dia membuka pintu belakang kenderaannya untuk mengambil perkakasan ganti tayar.

"Hani, erm ... tadi Hani macam feels something, kan?" tanya Syed Hafizi lagi.

"Hurm ... Entahlah, saya tak pasti betul ke tak ... tapi,"

"Hani rasa diekori, kan?" duga Syed Hafizi dengan nada serius.

Aleyah menelan liar, kemudian mengangguk perlahan.

"Maybe tayar pancit ni ada helah, tak?" kata Syed Hafizi lagi.

"Helah apa?" Aleyah tidak mengerti.

"I don't know ... mungkin Aleyah ada musuh ke dekat company tu," ujar Syed Hafizi perlahan.

Aleyah menggaru kepala. Musuh? Siapa? Memang agak ramai juga manusia yang pernah disemburnya. Tapi tak ada pula ada yang memberontak selama ini. Kenapa nak ekori bagai pula sekarang?

Di satu sudut kawasan parkir itu terdapat seseorang yang berdecit marah.

"Cis, ada pulak yang menganggu!" ucapnya dengan nada menahan amarah! Penumbuk di ke dua belah tangan digenggam kemas. Rahang giginya diketapkan.

"Tak apa. I still have a lot of time," katanya sinis.

*

Fahrin mengatur langkah lemah ke luar pejabat. Perutnya sedari tadi berkeroncong bergema. Nak tunggu Aleyah balik makan sama-sama macam tak ada harapan. Aleyah baru saja menghantar pesanan ringkas mengatakan dia masih di tempat mesyuarat itu.

'Lama lagi kot meeting tu.' fikirnya.

Fahrin lantas membuka pintu masuk restoran yang berdekatan bangunan pejabat. Setelah membuat pesanan dia kemudian mengambil meja di satu sudut yang sedikit mendalam. Segan pula nak makan sorang-sorang. Bisik hatinya. Tiba-tiba kerusi di hadapannya didatangi seseorang ...

Fahrin mendengus kasar melihat wajah di hadapannya kini. Menyampah! Itu apa yang dia rasa ketika ini.

"Kenapa buat muka macam tu? Tak hensemlah sayang ..." kata Sufyna dengan nada sinis. Dia secara suka rela mengambil tempat berhadapan Fahrin.

"Kau buat apa duduk situ? Ada aku suruh?" marah Fahrin.

"Chill, baby. Mana ada orang duduk sorang-sorang ... I baik hati temankan you makan tau," jawab Sufyna. Tidak dia pedulikan nada suara Fahrin yang ketara tidak selesa akan kehadirannya.

"Aku tak cakap aku makan sorang-sorang. Soon my girlfriend datang ... dah pergi duduk tempat lain." sengaja Fahrin mengusir dengan kasar.

Namun Sufyna masih tersenyum sinis.

"Tak apa. I tunggu je. Nak tahu juga siapalah pengganti I dalam hati you tu ... Ataupun tak ada pengganti," balas Sufyna lagi.  Matanya dikenyit manja.

Fahrin mendengus. Bola matanya dipusing ke atas. Meluat dengan cara bekas isterinya itu.

"It is not of your concern anymore. You sendiri yang minta kita berpisah. So I gave it to you."

"I knew, and I regret it ... I'm so sorry. Tak boleh ke kita berbaik semula. Lagipun Aiden ... he need me the most, kan?" kata Sufyna sambil merayu.

"Aiden lebih bahagia kalau dia tak ada mama yang pernah abaikan dia dulu. So, don't talk like it was for Aiden. You'll never changes. You've said so ..." pintas Fahrin.

"But I still love you ... and I know you're still love me too. I want to change myself ... for you, for Aiden," rayu Sufyna lagi.

"Loved, I once love you so much. Lepas tu you yang sia-siakan. I bagi you peluang kedua, you masih buat perangai. Then, I yang bodoh ni, bagi lagi peluang ketiga ... you terus hancurkan hati I, you tetap tak mahu berubah. I dah tak boleh bagi peluang lagi. Tapi oleh kerana awak yang melahirkan Aiden, awak boleh jumpa dia bila saya bagi kebenaran." kata Fahrin dengan tenang.

Sungguh, perasaan cintanya kepada Sufyna yang dahulu membuak, kini telah padam. Saat ini dia cuma ingin menanam cinta kepada Aleyah. Isteri yang telah dilukainya dahulu. Karma atau kifarah? Bila kita banyak melukai hati seseorang yang tulus, suatu hari nanti hati kita juga akan dilukai. Aleyah dilukainya, dia pula terluka kerana cintanya terhadap Sufyna. Putaran hidup itu adil dan tetap akan terjadi kepada setiap orang.

😟 Thanks for reading. 😢

✔Promo Corner✔

Jemput baca:
Xander's Love
By : ItsmeQish

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now