Ep 35

27.4K 1K 29
                                    

Imah meneliti borang yang diisikan tadi. Pada usia 52 tahun ini mujur ada pekerjaan yang ditawarkan kepadanya. Masa sukar ini dia harus keluar mencari pekerjaan demi menampung kehidupan keluarganya. Amir telah ditimpa kemalangan semasa bekerja. Bekas suaminya pula masih lumpuh. Manakala empat orang anaknya masih lagi di bawah tanggungan kerana sedang belajar.

Mujurlah jiran di sekitar rumahnya menawarkan pekerjaan sebagai tukang bersih di sebuah syarikat besar. Sekurang-kurangnya tidak perlu dia mencari pekerjaan yang jauh-jauh lagi.

"Puan Imah ya, erm bila Puan boleh mula bekerja?" tanya gadis di hadapannya ini. Untung, usia muda bekerja sebagai kerani sahaja pada zaman ini. Yang tua-tua pula menurut perintah. Desis Imah.

"Erm ... saya bila-bila pun boleh," jawabnya.

"Baiklah, kalau macam tu hari isnin minggu depan, boleh?" tanya gadis itu lagi.

"Boleh," pantas Imah menjawab. Syukur, dirinya diterima bekerja dengan mudah di syarikat itu.

Usai mendapatkan uniform kerja, Imah berjalan-jalan di sekitar kawasan pejabat syarikat itu. Entah di tingkat berapalah dia akan ditempatkan nanti. 'Besar syarikat ni. Maju nampaknya. Melayu ke cina punya ni?' getus hatinya.

❇❇

Aleyah menurunkan bagasinya daripada kenderaan Fahrin. Kemudian, terus sahaja bagasi itu diletakan ke dalam bonet keretanya yang sudah lama bermalam di Villa Puan Seri Jannah.

Jam menunjukan 16:45 petang. Alhamdulillah sampai juga mereka kembali ke KL. Fahrin mencepung Aiden yang tertidur terus masuk ke dalam rumah. Sedikit pun dia tidak menoleh ke arah Aleyah.

Aleyah melepas keluh. Pesanan mak tok kembali di ingatannya.

"Mak tok mohon, kamu berdua berbaiklah semula. Tak salah, kan?

Fahrin, mak tok kecewa yang kamu pernah bercerai. Mak tok tak kisah siapa pilihan hati kamu ... tapi bila dah jadi suami isteri, kamu bertanggungjawab mempertahankan rumah tangga! Kali ni mak tok nak kamu jaga perkahwinan yang ini. Mak tok tak benarkan kamu melafaz cerai lagi! Mak tok pasti, Aleyah yang terbaik untuk kamu dan anak kamu.

Dan untuk Aleyah, walaupun Fahrin dah buat salah besar pada Aleyah ... sebagai isteri, baik buruk Fahrin, Aleyah kena terima. Maafkan kesilapan suami tu pahala. Banyakan bersabar. Jangan melulu meminta cerai! Allah tak suka!" panjang lebar nasihat mak tok kepada pasangan suami isteri itu.

Sepanjang perjalanan pulang, mereka hanya berdiam. Bercakap pun hanya jika ada keperluan. Fahrin jelas masih terasa akan sikap dinginnya. Mungkin sudah putus asa hendak memujuk hati ini. desis Aleyah.

"Al ... Al tak nak masuk dulu? Minumlah kejap," pelawa Puan Seri Jannah.

Aleyah sekadar menurut, memandangkan tekaknya juga berasa haus. Lagipula dia masih berkira-kira hendak duduk berlama di situ. Mungkin juga dia masih mengharapkan sesuatu.

Fahrin sekadar melintasi Aleyah yang sedang mengambil tempat duduk di ruang meja makan. Selepas mengambil air minuman, terus sahaja dia berlalu menuju ke tingkat atas. Sedikit pun dia tidak menoleh, apa lagi bercakap.

Aleyah mengetap bibir.

"Erm ... Puan Seri, Al nak balik dulu lah ya. Takut nanti gelap sangat pula hari tu," Aleyah mengundurkan diri sebelum minumannya siap di bancuh.

"Laa, yelah. Hati-hati memandu tu. Sampai rumah nanti terus berrehat," pesan Puan Seri Jannah.

Aleyah mengangguk lalu menyalami tangan Puan Seri Jannah.

Puan Seri Jannah sekadar tersenyum. Di dalam hati, dia juga turut merasai kedinginan anak dan menantunya itu.
.
Fahrin membiarkan sahaja kereta Aleyah berlalu keluar daripada pagar villa. Sepatah perkataan pun tidak terluah dari mulutnya. Namun dia berdoa di dalam hati agar Aleyah sampai dengan selamat ke rumah.

Marahkah dia kepada isterinya itu sehingga tidak mahu berbual seperti biasa? Fahrin mengeluh sendiri. Sikap dingin Aleyah benar-benar membuatkan hatinya terasa. Dia teringat akan pujukannya yang membawa kepada kebenaran kepada mak tok.

"Aleyah tak nak pindah masuk Villa ke? Duduklah dengan kami ... mana seronok tinggal sorang-sorang ni,"

"Tak nak lah. Saya tak nak menyusahkan sesiapa."

"Menyusahkan? Kenapa cakap macam tu? Itu bukan menyusahkan, tapi tanggungjawab,"

"Tanggungjawab? Huh? Kelakar pula saya dengar.

Dah lupa ke dengan status 'gantung tak bertali' tu? Saya tak rasa ada apa-apa yang perlu awak pertanggungjawabkan ke atas saya,"

"Aleyah betul-betul tak boleh maafkan kesilapan saya ke? Aleyah betul-betul tak nak buka hati Aleyah lagi?"

"Entahlah ... saya tak bersedia, mungkin lebih baik untuk kita terus bawa haluan masing-masing,"

Sampai bila Aleyah mahu menguji dirinya? Kesabarannya juga tidaklah setebal mana! Setiap kali Aleyah melancarkan egonya, Fahrin juga rasa tercabar! Dia lelaki, ego dirinya juga harus dijaga!

Selepas dinasihati oleh mak tok, Aleyah sempat berkata sesuatu kepadanya di dalam bilik sebelum mereka bertolak pulang.

"Awak tak perlu paksa diri awak untuk terima saya. Saya tahu siapa diri saya ni. Saya bukan yang terbaik untuk awak ... cinta awak pun bukan untuk saya,"

Fahrin melepas keluhan berat. Entahlah! Dia juga tidak tahu apa perasaannya kala ini. Dia jadi runsing! Tentunya selama ini dia menerima Aleyah kerana dia isteri pilihan arwah abi dan uminya sendiri. Tidak terlintas pula perasaan cinta kepada Aleyah selama ini.

Mungkin kerana itulah Aleyah jadi ragu-ragu kepadanya. Tetapi sebenarnya dia ikhlas! Ikhlas untuk membahagiakan Aleyah. Tidak cukupkah semua itu?

❇❇

Sampai sahaja di unit Apartment tingkat 20, Aleyah terus masuk dan menuju ke dalam bilik air. Air mata yang mengalir segera dicuci.

Benarlah Fahrin tidak ada perasaan cinta kepadanya. Sepatah perkataan pun tidak Fahrin balas setelah dia meluahkan rasa hatinya ketika di dalam bilik. Apa yang dia mahu tahu ialah isi hati lelaki itu. Kebisuan Fahrin menjelaskan jawapan.

Fahrin melayannya dengan baik hanya kerana status mereka yang masih lagi rahsia. Tak lebih. Bila-bila masa jika wanita yang dicintai Fahrin itu muncul semula, pasti dirinya akan ditinggalkan lagi. Aleyah cepat-cepat menyeka air mata yang hendak mengalir.

'Ah, mungkin lebih baik jika hubungan ini terus berakhir dengan segera!' fikir Aleyah.

😩 to be continue ... 😥

Thanks for reading.
Please do vote ⭐ and comment me. Thank you.
😱😛😏😏😎

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now