Ep 59

25.4K 993 20
                                    

"Aku ingat, lama lagi kau nak bawa hati kau," seloroh Fahrin kepada sahabatnya. Selepas lebih seminggu, baru kini dia dan Syed Hafizi duduk semeja semula.

"Hurm. Buat apalah aku nak bawa hati lama-lama? Nasi dah jadi bubur, makan jelah," balas Syed Hafizi.

Fahrin menganggukan kepalanya. Kemudian satu keluhan kecil terzahir darinya.

"Kau kenapa ni? Nampak sugul pula? Bukan ke kau sepatutnya tengah bahagia sekarang?" tanya Syed Hafizi. Dia terperasan akan riak Fahrin yang nampak seperti ada masalah.

"Aku risaulah sekarang ni," luah Fahrin. Air minuman di dalam cawan dikacau lama. Belum lagi air itu masuk ke dalam tekaknya.

"Pasal apa? Kau ceritalah ... Apa guna kita sahabat kalau kau nak rahsia lagi," kata Syed Hafizi. Perkataan rahsia sengaja disebut keras.

"Sufyna. Dia nak ugut aku macam-macam. Aku tahulah dulu tu aku dengan dia memang ada buat silap besar. Tapi benda dah lama jadi. Aku bertanggungjawab, lepas tu, dia yang buat hal sampai kitorang berpisah. Sekarang ni, dia nak ugut aku pasal ni untuk kacau hubungan aku dengan Aleyah. Mana tak aku risau?" terang Fahrin.

"Kau dengan isteri kau pun berahsia jugak? Ha'ih, inilah masalahnya kalau dalam perhubungan tu ada banyak rahsia!" geram nada Syed Hafizi!

"Aku takut, keluarga dia tak terima aku. Yelah, kitorang baru je kenal. Aleyah mungkin aku boleh pujuk. Tapi keluarga dia? Dah tu dulu masa aku mula-mula kahwin dengan Aleyah aku buat dia merana. Tinggalkan dia macam tu saja sampai 3 tahun. Kalau kau ada menantu jenis ni, kau boleh maafkan tak kesalahan aku ni?" nyata Fahrin.

Syed Hafizi geleng kepala.

"Entahlah, aku tak tahu nak cakap apa. Tapi aku nak kalau boleh, kau terus terang jelah. Baik pada Hani, dan dengan keluarga dia. Jangan pula diorang dengar dari mulut orang lain. Parah jadinya nanti." jawab Syed Hafizi.

"Tapi aku takutlah. Aku tak sedia nak cerita semuanya. Kau tahulah masa lalu aku macam mana dulu. Umi pun tak tahu pasal tu. Nak bukak mulut ni bukan senang," kata Fahrin lagi. Dia masih berura-ura akan rahsianya itu.

"Benda dah lepas. Dah jadi. Memanglah diorang akan rasa marah, tapi nak buat macam mana? Bukan boleh kembali ke masa lalu lagi. Kau pun dah lama berubah. Kau terus terang ajelah," nasihat Syed Hafizi.

"Kau cakap senanglah ... tapi aku yang kena tanggung akibatnya nanti,"

"Bila kita dah buat salah, memanglah kita kena tanggung akibatnya. Tapi kalau kau dah jujur dan ikhlas cintakan Hani, benda ni semua tak kan jadi masalah. Yang penting kau terus terang dengan dia dulu. Bincang elok-elok, tak kan dia tak terima, kan? Kau bayangkan berapa tahun dia sanggup tunggu kau dulu. Kalau dia tak terima kau, aku ada." kata Syed Hafizi. Sempat lagi dia mengusik pada ayat terakhirnya.

"Ceh, harapkan pegar, pegar nak makan padilah pula!" balas Fahrin. Dia tersenyum. Terluah jua masalahnya kepada sahabat baik yang setia ini.

Syed Hafizi ketawa.

"Aku anggap kau ni lebih daripada kawan aku tau. Memanglah aku ada perasaan pada Hani, tapi aku tahu dia hanya cintakan kau. Aku yakin dia boleh terima walau apapun masa lalu kau tu," tambah Syed Hafizi lagi. Mencintai tak semestinya harus memiliki.

"Yelah, aku pun nak minta maaf pada kau. Sebab rahsiakan hubungan aku dengan dia dulu. Memang aku yang silap. Kalaulah kau yang dia jumpa dulu, mungkin dia akan rasa lebih bahagia," tutur Fahrin.

"Kau cakap apa ni? Aku dah redha atas semua ni. Aku yakin kau boleh bahagiakan dia. Kau pun kena redha juga atas segala masa lalu kau tu. Jangan memberat sangat kat dalam hati tu," balas Syed Hafizi. Dia tidak senang jika sahabatnya ini berfikiran bukan-bukan mengenai dirinya sendiri.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now