Ep 48

26.1K 1K 19
                                    

"Assalamualaikum, Hani." terpancul wajah Syed Hafizi dari pintu pejabat Aleyah. Dia yang sedang memeriksa fail kerjanya memandang jeda sahabat baik Fahrin itu.

Syed Hafizi tanpa disuruh terus saja masuk dan duduk di atas kerusi di hadapan meja Aleyah.

"Saya cari Fahrin. Tapi dia tak ada pula. So, saya tanyalah P.A awak kalau saya boleh masuk ke," kata Syed Hafizi sambil tersengih.

'Ha'ih, suka-suka pula Mira bagi dia masuk? Nasib bukan orang jahat.'

"Ouh ... Fahrin pergi jumpa mertua dia. Hantar Aiden," balas Aleyah.

Hari ini, Aiden nak dibawa berjalan-jalan oleh nenek sebelah mama kandungnya. Biarlah, tak kan nak kedekutkan cucu orang pula.

"Dia pergi rumah family Sufyna? Rajinnya," ucap Syed Hafizi.

"Sufyna? Tak pernah dengar pula nama mama Aiden selama ni." Baru kali pertama dia mendengar nama bekas isteri Fahrin itu.

Entahlah, kenapa agaknya Fahrin tidak memberitahu? Pagi tadi juga kalau boleh dia mahu turut berkunjung ke rumah bekas mertua Fahrin itu. Tetapi Fahrin tak benarkan. Terpaksalah dia ke pejabat dahulu.

"Nadya Sufyna kalau tak silap nama dia. Dulu kami kawan jugak. Tapi dengan saya dia tak berapa nak layan. Maklumlah, saya ni kepala masuk air," kata Syed Hafizi sambil mengetawakan dirinya sendiri.

Aleyah turut tertawa.

"Apalah, ada ke cakap diri sendiri macam tu. Doa tau tak Syed." ujar Aleyah.

"Heheh ... saya memang macam ni."

"Saya perasan, Syed selalu aje buat lawak sendiri. Memang nak masuk Raja Lawak ke apa?" usik Aleyah.

"Hurm ... ada masuk audition dulu. Tapi sebab hensem sangat, diorang tak nak. Nanti lawak tak jadi, tapi buat hati gadis-gadis Malaysia cairlah pulak. Tak sah undiannya, hehee," lawak Syed Hafizi sendiri.

Aleyah tergelak lagi.

Syed Hafizi sudah tersenyum melihat gelagat ketawa Aleyah itu. Rasa tergoda hatinya. Tak sabar nak luahkan perasaan hati yang sudah lama terpaut sejak pertama kali bertemu.

"Hani ... saya nak tanya soalan serius, boleh?" duga Syed Hafizi sambil menukar nada seriusnya.

Aleyah turut menghentikan tawanya.

"Tanyalah,"

"Kalau saya lamar Hani jadi isteri saya, Hani sudi terima, tak?" tanya Syed Hafizi penuh mengharap.

Aleyah tergamam. Tidak tahu hendak berkata apa. Dia teringat bahawa status perkahwinan mereka masih lagi rahsia. Syed Hafizi dan pekerjanya serta keluarganya belum tahu status dirinya yang telah berkahwin dengam Fahrin selama empat tahun ini.


Fahrin mengenggam tombol pintu pejabat Aleyah. Berderau darahnya mendengar soalan yang ditanyakan oleh Syed Hafizi kepada Aleyah itu!

Sah, memang selama ini dia perasan yang sahabatnya itu ada perasaan kepada Aleyah. Tetapi dia endahkan sahaja, mungkin sebab dia rasakan Aleyah tidak melayan sangat pun sikap Syed Hafizi. Tapi kini? Berani-beraninya sahabatnya itu melamar Aleyah?

Tanpa menunggu jawapan dari mulut Aleyah, terus sahaja dia berlalu dari situ! Cemburu, sakit hati, rasa dikhianati. Bukan dia tidak percayakan cinta Aleyah, tapi dia tidak sanggup. Antara sahabat dan cinta. Dia tersepit.

***

SYED Hafizi menghentakan sterring keretanya. Kecewa!

"Sy-ed serius ke ni?" tanya Aleyah tidak percaya akan soalan yang diberikan oleh Syed Hafizi itu.

"Saya serius Hani. Dah lama dah saya jatuh cinta pada Hani. Kalau boleh, saya nak Hani menjadi suri hati saya." ucapnya tulus ikhlas. Kotak cincin dari poket seluarnya dikeluarkan dan disua kepada Aleyah Nurhani.

"Terimalah saya seadanya ... Saya sudi terima Hani apa adanya untuk menjadi isteri saya yang sah," ucap Syed Hafizi penuh tulus.

Aleyah rasa serba salah. Dia tidak sanggup hendak mengecewakan hati murni lelaki ini.

"Sa-Saya minta maaf pada Syed. Saya sebenarnya isteri orang. Isteri kepada sahabat baik awak sendiri, Fahrin. Kami dah bernikah hampir empat tahun yang lalu. Sebelum dia berkahwin dengan bekas isteri dia yang dulu. Sebelum dia pindah ke Spain." Aleyah berterus terang. Nafas lega dihela. Hilang satu bebannya.

Syed Hafizi terlopong memdengar kenyataan itu. Rahangnya terbuka. 'A-apa? Apa yang dia dengar? Fahrin? Dah nikah? Empat tahun? Sebelum pindah ke Spain?' Sedaya upaya dia mencernakan maklumat itu di otaknya. Sistem pendegarannya juga masih baik! Serta merta rasa kecewa dan sakit hati menerpa.

"Be-betul ke? Betul ke ni? Kenapa Fahrin tak pernah ceritakan pada saya?" tanya Syed Hafizi penuh kekecewaan.

"Saya minta maaf pada Syed. Saya betul-betul minta maaf. Perkara ni saya tak boleh ceritakan. Cukup Syed tahu yang saya sebenarnya adalah isteri Fahrin. Saya harap, Syed tak mengharapkan apa-apa lagi dari saya." ujar Aleyah.

Serba salah menerpa ke benak hatinya. Tak tersangka, ada juga lelaki yang tulus mencintainya. Kalaulah dulu dia bertemu dengan Syed Hafizi dahulu, kan bagus. Tidaklah hatinya sekecewa dahulu semasa mula-mula berkahwin dengan Fahrin. Tetapi jika diberi pilihan semula, mungkin dia tetap akan pilih Fahrin. Sebab cintanya kepada Fahrin.

"Ke-kenapa Hani benarkan Fahrin kahwin lain? Kenapa? Mesti selama ni Hani terluka, kan?" tanya Syed Hafizi lagi. Dia inginkan kepastian.

"Saya redha. Sebab itu takdir saya," jawab Aleyah. Biarlah yang berlalu itu berlalu.

Syed Hafizi bingkas bangkit! Terus sahaja dia keluar dari pejabat Aleyah. Perasaannya? Usah dikata. Marah, malu, kecewa, rasa dikhianati pun ada! Sanggup Fahrin merahsiakan hal sebesar itu dari dirinya? Apa guna sahabat?

*

Aleyah menghembus nafas lega. Biarlah jika selepas ini Syed Hafizi marah atau benci kepadanya. Dia tidak sanggup jika Fahrin yang membencinya semula. Satu rahsia yang tersimpan sepatutnya telah lama diluahkan. Perkara merahsiakan kebaikan memang akan mendatangkan keburukan dan kemurkaan.

*

Buk! Terus sahaja Syed Hafizi melayangkan penumbuknya ke muka Fahrin! Apabila dia bertanya di mana keberadaan Fahrin, terus sahaja dia memandu ke sana. Serta merta dia turun dari kereta, terus diserangnya Fahrin yang sedang berdiri menunggunya di Villa Puan Seri Jannah.

Mujur wanita itu tiada. Jika ada, pasti kecoh melihat Syed Hafizi yang sedang mengamuk marahkan Fahrin.

Fahrin membiarkan tumbukan bertubi-tubi ke wajahnya. Pasti sahabatnya ini sedang kecewa! Dia pasti, Aleyah pasti menolak lamaran yang didengarinya tadi.

"Sanggup kau Fahrin! Sanggup kau kecewakan hati aku. Hati Hani. Kenapa kau rahsiakan hal ni?" jerkah Syed Hafizi bertalu-talu. Satu tumbukan padu dilayang ke pipi Fahrin. Berdarah hidung sahabatnya itu.

Fahrin menahan perit di mulut dan hidungnya. Sakit. Tapi dia pasti, sakit lagi hati Syed Hafizi sekarang ini. Darah pekat yang mengalir dibiarkan.

Syed Hafizi meraup rambutnya ke belakang. Tersedar akan ketelanjuran tumbukannya yang menyebabkan kecederaan kepada sahabat baiknya ini.

"Aku anggap kau sahabat selama ini. Apa masalah aku semua kau tahu! Kenapa kau buat perkahwinan kau dengan Hani, rahsia? Apa salah dia? Dan kenapa kau biarkan aku jatuh cinta pada dia?" marah Syed Hafizi. Jari telunjuknya tepat ke batang hidung Fahrin yang semakin berdarah pekat itu.

"A-aku minta maaf. Aku tahu aku salah." itu saja yang terluah dari bibir Fahrin saat ini. Dia cuba membangunkan dirinya yang terjelupuk menerima penangan Syed Hafizi tadi. Pipi yang semakin kebas cuba ditahan.

Syed Hafizi semakin sebal. Dia mendengus kasar lalu berlalu pergi dari Villa itu. Meninggalkan Fahrin yang masih lagi terkaku akan kemarahannya. Kecewa! Sungguh dia benar-benar kecewa.

***
😥 bersambung... 😭
1102

3 Jan 2019 14:20

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now