Ep 8

34.7K 1.6K 42
                                    

"Fahrin dah jumpa Aleyah?" tanya Puan seri Jannah saat terlihat anaknya yang menapak duduk di ruang tamu villa mereka.

"Dah," keluh Fahrin. Pelipisnya dipicit-picit dengan jari.

Puan seri Jannah turut melabuhkan punggung di sebelah Fahrin.

"Aleyah masih marahkan Fahrin ke?" tanya lagi. Sudah pasti dengan jawapan anaknya nanti.

"Humm. Dia dah bencikan Fahrin untuk selamanya," ujar Fahrin. Dia merenung kosong dinding berwarna di hadapannya.

Puan Seri Jannah terdiam seketika.

"Fahrin dah buntu, umi. Aleyah pun nak minta cerai juga ..." beritahu Fahrin lagi.

"No! Fahrin jangan sesekali ceraikan Aleyah. Umi tak nak Aleyah terluka lagi ... sekarang ni, Fahrin saja yang dapat bantu Aleyah pulihkan diri dia ... Fahrin sabar, ya? Sabarlah dulu. Aleyah mungkin perlukan masa untuk terima Fahrin semula ..." pujuk Puan seri Jannah.

"Entahlah, umi. Dah Aleyah pun berkeras ... Fahrin macam tak kuat ..." Fahrin meraup rambutnya ke belakang. Kepalanya didongak pula ke atas. Putaran kipas dipandang. Begitulah jua fikirannya saat ini.

"Fahrin ... cuba bawa bersabar. Fahrin kena tahu perasaan Aleyah sebenar-benarnya ... jangan cepat mengalah! Memanglah Aleyah tu berkasar, tapi tu semua sebab dia tak nak orang kesiankan atau simpati pada dia. Dia bangkit seorang diri. Umi tak sanggup tengok muka dia bila dia cuba bertahan sendirian untuk hidup. Hati dia cuma perlukan kasih sayang. Tapi dia tak dapat semua tu dengan berkerja keras di pejabat," air mata Puan seri Jannah mengalir setiap kali mengenangkan wajah manis Aleyah.

Fahrin terkedu. Sayang benar uminya kepada Aleyah.

"Yelah ... Insya Allah, Fahrin akan cuba," Fahrin turut memujuk hati Puan Seri Jannah.

***

"Mira, mana fail permohonan jawatan daripada HR tu?"

"Ni dia Miss," Mira pantas menghulur fail yang ditanyakan Aleyah.

"Miss ... betul ke ada anak arwah Tuan Seri nak masuk kerja kat sini, nanti?" soalan daripada pembantunya membuatkan Aleyah terdiam. Dia teringat akan kata-kata Puan seri Jannah minggu lalu.

"Al ... nanti Fahrin akan masuk kerja satu ofis dengan Al. Dia nak kerja, tanggung anak, iste- ... Jadi umi suruhlah dia kerja kat syarikat abi dia. Buat apa nak cari kerja dekat tempat lain, kan? Tapi Al jangan risau, Fahrin masuk sebagai kerani biasa saja. Al tetap ketua eksekutif di situ."

Aleyah menghembus nafas berat. Ini yang dia tak mahu sebenarnya. Untuk apa Fahrin bekerja hanya sebagai kerani biasa? Sedangkan dia bersedia untuk melepaskan jawatannya. Lagipula, dia sedar, Fahrin yang berhak ke atas syarikat milik keluarganya itu.

"Miss ... miss? Miss okay ke ni?" Mira melambai-lambai tangannya di hadapan Aleyah. Hairan dengan sikap majikannya itu. Sejak akhir-akhir ini sering pula termenung sendirian.

"Tak ada apalah ..." Aleyah menjawab lemah lantas masuk ke pejabatnya.

Mira sekadar menjongket bahu melihat kelibat Aleyah yang telah menghilang di sebalik pintu.

"Mira, Al ada dekat dalam?" suara Puan seri Jannah mengejutkan pula lamunan gadis itu.

"A-ada ... Puan seri masuklah," Mira termalu sendiri kerana didapati jeda sendiri.

Puan seri Jannah tersenyum melihat gelagat gadis muda ini.

"Kami masuk, ya?" ucap Puan seri Jannah. Mira sekadar mengangguk. Dilihatnya Puan seri Jannah datang berdua hari ini. Selalunya wanita itu datang sendirian menjenguk majikannya.

"Hm, siapa pula tu?" Mira menggaru-garu kepalanya yang bertudung.

**

"Assalamualaikum, Al ..." Puan seri Jannah membuka pintu pejabat Aleyah. Terus terpancul wajah serius Aleyah di hadapan komputer.

"Wa'alaikumusalam ... Pu-," terkedu Aleyah melihat seseorang yang datang bersama wanita itu. Senyumanya lantas terhenti.

'Fahrin? Bukan minggu depan ke kau masuk kerja?'

"Al dah makan? Kami nak ajak Al makan tengah hari ... jom!" kata Puan seri Jannah.

"Da-dah ... Al, Al dah makan dah, kenyang." Aleyah sengaja mengelak. Walaupun sebenarnya dia sedang lapar ketika ini.

"Awalnya Al makan? Belum jam 12 lagi ni ..." ujar Puan seri Jannah. Dia tahu Aleyah sengaja tidak mahu ikut.

"Erm, tadi Al lapar sangat ... tapi Al dah makan dah," Aleyah berbohong. Tiba-tiba, 'Groowtt~' Aleyah jadi malu sendiri mendengar bunyi perutnya yang berkeroncong.

"Ini yang cakap dah makan?" Fahrin tersenyum. Tangan kanan Aleyah diraih mesra.

Ingin saja Aleyah menepisnya. Akan tetapi dia memikirkan malu di hadapan mertuanya ini. Mahu tidak mahu, dibiarkan saja Fahrin mengenggam kemas tangannya.

"Dah, jom. Kita pergi makan. Jangan degil pada suami, tak baik tau." bisik Fahrin. Sengaja dia mengusik seperti itu.

Aleyah sekadar berdecit halus.

Puan seri Jannah tersenyum melihatnya.

***

"Al, pindahlah ke villa. Fahrin kan dah balik Malaysia. Kita tinggal sama-sama, ya?" pujuk Puan seri Jannah.

Aleyah sengaja berdiam. Mee goreng mamak yang ditelannya terasa pahit. Apalagi mata Fahrin yang sedari tadi memandangnya.

"Tak payahlah tinggal seorang, sendirian. Duduk ramai-ramai kan bagus?" kata Fahrin pula.

"Saya tak mahu menyusahkan sesiapa. Jadi, biarlah saya sendiri saja." balas Aleyah. Dia mahu semua orang jelas mendengarnya.

"Kenapa cakap macam tu? Tinggal bersama keluarga bukan menyusahkan sesiapa. Tapi, susah senang kita tanggung bersama." tegur Puan seri Jannah. Adakalanya, dia sendiri hairan dengan pemikiran Aleyah ini. Tentang hal kerja, semuanya baik dan rasional. Bila berbicara mengenai keluarga, emosi dan ego Aleyah seolah tidak boleh dikawal.

"Aleyah, kalau Aleyah tinggal dengan kami ... Insya Allah, susah senang Aleyah, saya yang bertanggungjawab." pujuk Fahrin juga.

Aleyah menghentikan suapan makanannya. Seleranya jadi mati. Rasa laparnya juga telah hilang. Dia menelan liur pahit. Sepahit-pahit hempedu yang dikatakan paling pahit, hatinya lebih terasa pahit.

"Aleyah pindah masuk, ya?" Fahrin meraih tanggannya. Aleyah menariknya kembali.

"Saya faham, kalau Puan seri dan Fahrin tak nak syarikat ni jatuh ke tangan saya ... tapi, saya sedia untuk lepaskannya. Satu sen pun saya tak akan tuntut. Saya cuma harap awak dapat lepaskan saya ... biarlah kita bawa haluan sendiri. Saya tak yakin akan dapat puaskan atau bahagiakan hati sesiapa. Saya tak rasa boleh beri kesenangan yang Puan seri dan awak fikirkan. Saya minta maaf ... saya harap, semua orang boleh faham ..." Aleyah lantas bangun dari duduknya.

Puan seri Jannah terkedu mendengarnya.

"Tapi Aleyah ..." Fahrin turut berdiri dan meraih kembali lengan isterinya.

"Kalau ... kalau Aleyah tak nak bagi peluang pada saya, sekurang-kurangnya ... bagilah peluang tu untuk diri Aleyah sendiri. Bagilah peluang untuk diri Aleyah bahagia macam orang lain,"

Aleyah menahan rasa sebak di dalam hati. Namun dikuatkan juga semangatnya.

"Saya tak mampu ... saya tak boleh lagi," balasnya.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now