Ep 50

27.1K 939 14
                                    

Aisyah berlari-lari anak mengejar langkah Afzhan Pandai lelaki itu ya, habis madu sepah di buang!

"Sayang, tunggulah!" Aisyah segera menghalang tangan Afzhan dari memasuki kereta. Badannya juga menghalang pintu kereta lelaki itu.

Afzhan mengeluh.

"Look babe, I think you had mistaken me! The baby is not mine! I tak pernah minta you buatkan I anak, kan?"  kata Afzhan dengan yakin.

"Habis tu? You yang tak pakai protection. Sebab tu jadi. So, I nak you bertangungjawab. Kita mesti nikah!" pinta Aisyah dengan suara yang dikeraskan!

"Nikah? You dah gila ke? I mana ada duit nak kahwin dengan you! And ... are sure it's mine? I rasa tak percayalah, you bukan dengan I sorang je, kan?" sinis kata-kata Afzhan itu.

Pipi Aisyah pantas merona kemerahan!

"It's you lah! I pasti! Masa you macam orang gila bila mula-mula muflis dulu you mintak. You jangan buat-buat lupa. You yang merayu pada I." Aisyah meninggikan suaranya. Tangannya menumbuk dada lelaki di hadapannya itu.

Afzhan tertawa sinis. Kedua tangan sasanya disandar pada pintu kereta. Menghalang sisi Aisyah. Wajahnya didekatkan ke telinga gadis itu.

"Ouh, itu ke? Hurm ... my bad. Mungkin time tu memang I tak pakai kot. So? You terima rayuan I? mudahnya ... or should I said, murahnya," sindir Afzhan.

Dada Aisyah turun naik menahan marah. Amukan syaitan seakan ingin naik ke kepalanya!

"You better take responsibility! Kalau tak, I report polis!" ugut Aisyah.

"Report? Buatlah ... We both dah dewasa. You and I doing it by our mutual feeling and sex desire. Agaknyalah, siapa yang akan malu besar? You atau I?" bisik Afzhan lagi.

Aisyah kehilangan kata. Tubir matanya bertakung air. Pedih telinga dan hatinya mendengar kata-kata balasan Afzhan.

"Tepilah!" Afzhan menolak tubuh Aisyah yang menghalang pintu keretanya. Terus saja dia memandu dari situ meninggalkan Aisyah. Cinta? Sudah tawar dari hatinya. Mana ada cinta kalau tak ada duit!

Aisyah duduk terjelupuk! Air matanya mengalir. Dadanya turun naik. Apa dia nak buat sekarang? Lambat atau cepat, nanti ibu dan ayah tahu juga! 'Nak gugurkan? Nak gugurkan ke?'

***

"Abang, abang pasti ke ni?" tanya Imah. Terkulat-kulat dia dan Mansor di hadapan pintu masuk bangunan tempatnya bekerja. Menanti kedatangan Aleyah. Imah masih lagi rasa malu dan bersalah kepada anaknya itu.

"Kita doa saja. Mudah-mudahan Aleyah terima kita semula," ucap Mansor dengan tenang.

Aleyah mempakir keretanya seperti biasa. Selesai parkir, dia turun dari kenderaannya itu. Baju blouse biru di tubuhnya dikipas bagi mengurangkan kedutan. Nafas lembut dilepas. Hari ini, dia bersendirin ke pejabat. Fahrin masih demam di rumah. Puas juga dia mengajak Fahrin ke klinik. Entah apalah yang berlaku kepadanya. Dari semalam masih lagi berdiam. Keluhan kecil terlepas di bibirnya.

"Abang ... tu, Leah dah sampai," Imah segera menarik tangan Mansor dan berjalan pantas menuju ke arah gadis itu. Harapannya menggunung agar diberi kemaafan dari Aleyah.

"Assalamualaikum, Aleyah," tegur Imah perlahan.

"Wa'alaikumusalam-" Aleyah mengangkat wajah. Dia jadi kaget seketika. Wajah itu, dua wajah itu.

Imah menitiskan air mata. Syukur diberi keberanian meneguri anaknya yang pernah dia buang dahulu.

Aleyah terkaku. Lidah terkelu. 'M-macam mana? Ma-macam mana diorang tahu aku kat sini?'

Sungguh dia rindukan wajah kedua orang tuanya itu. Tetapi dia masih terkaku. Tergamam dengan kunjungan yang tidak disangka itu. Tidak tahu hendak membuat apa-apa.

"Aleyah ... apa khabar, nak?" tanya Mansor lembut.

"Sa-saya bu-bukan anak pak cik dan mak cik. Saya minta maaf," Aleyah cuba berlalu dari situ. Hatinya tidak betah berlama. Sakit. Sakit. Masih tersisa ingatan lalu di dalam hatinya.

Imah cepat-cepat mengenggam tangan Aleyah yang ingin menjauh. Terjauh hatinya mendengar kata-kata dari mulut anak sulungnya itu.

"I-ibu-, Ibu nak minta maaf pada Aleyah. Ibu tahu. Ibu salah, ibu halau Leah ... Ibu berdosa pada Leah ... maafkan ibu, ya?" tutur Imah.

Aleyah yang membelakangi mereka rasa ingin menangis. Serta merta ingatan lalu bermain dibenak hatinya.

"Kau berambos! Aku tak ada anak jalang macam ni. Keluar kau dari sini!"

"Ibu, Ibu! Ampunkan Leah ibu. Leah tak salah. Ini semua fitnah. Ibu! Bukaklah pintu ni. Mana Leah nak tidur? Ibu,"

Aleyah sedaya upaya menahan air matanya. Dia tidak mahu menangis. Lagi-lagi di hadapan mereka. Dia harus kuat. Ketabahan hatinya harus dipertahankan.

"Sa-saya minta maaf. Mak cik, Pak cik ... saya ada kerja. Saya minta maaf," Aleyah melurutkan tangan Imah dari tangannya dengan perlahan. Cepat-cepat dia berlalu meninggalkan kedua orang tuanya itu. Hatinya mula terasa sakit semula.

"Aleyah ... ini ibu, ayah," suara Imah semakin serak memanggil anaknya yang telah berlalu pergi. Sayu hatinya. Sungguh kesalahannya sukar dimaafkan oleh anaknya itu.

"Sabar Imah, kita bagi peluang pada dia," Mansor memeluk tubuh Imah yang menangis sayu. Memang benar, Aleyah perlukan masa. Fikirnya. Masa yang telah berlalu ini pasti belum dapat mengubati lagi hati anaknya itu. Sesal pun sudah tidak berguna lagi. Perkara sudah terjadi.

*

Aleyah menyandarkan tubuhnya pada kerusi pejabat. Dadanya turun naik. Air mata yang bertakung, pecah umpama bah. Tangan kanannya menumbuk-numbuk dadanya.

Kesal, sedih, marah, rindu dan pilu. Remuk hatinya. Sakit. Semuanya bercampur baur. Kenapa baru kini? Kenapa baru sekarang? Soalnya sendirian.

Puas selama ini dia memujuk hatinya sendiri. Kenapa baru sekarang mereka bertemu semula? Kenapa tak dari dulu Ibu meminta maaf kepadanya? Dadanya semakin sesak! Nafasnya turun naik. Pandangannya semakin kabur, lama kelamaan jadi kelam. Gelap!

Tok, tok!

"Miss? Miss Al ... boleh Mira masuk?" Mira semakin hairan. Tekan intercom tak berjawab. Ketuk pun senyap saja. Tadi dia pasti, Miss Al ada melintasinya untuk masuk. Tapi tak ada pula keluar balik.

Pintu bilik pejabat itu akhirnya dibuka juga setelah puas dia mengetukan pintu.

"Eh? Mana?" Mira semakin hairan kerana tidak melihat kelibat Aleyah duduk di kerusinya seperti biasa.

😫 Bersambung... 😭

923
5 Jan 2019
20:37

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now