Ep 24

30.5K 1.2K 28
                                    

Fahrin tersenyum memerhatikan tingkah Aleyah yang sedang membelek fail kewangan yang dibawanya.

Aleyah yang terperasan akan renungan suaminya itu pantas berdehem. Getar perasaan cuba disembunyikan.

"Kenapa? Ada apa-apa yang pelik ke?" soalnya. Tidak senang duduk rasanya diperhatikan begitu.

"Aleyah, jom kita pergi bercuti," ajak Fahrin sambil tersenyum.

Aleyah yang sedang memeriksa fail, mengangkatkan kepala. Fahrin yang duduk di hadapan mejanya dipandang lama. Sudah seminggu mereka mula berbaik.

"Pergi mana? Aiden ikut tak? Puan Seri?"

"La, kena bawa juga ke? Tak boleh ke kalau kita berdua saja?" ucap Fahrin.

"Erm, tak selasalah," balas Aleyah selamba.

Fahrin memuncungkan mulutnya.

"Tak selesa? Sampai hati," nadanya menjauh hati.

Aleyah tersenyum. 'Pandai pulak nak merajuk orang tua ni? Dah jadi bapak orang pun, manja lagi ke?' getus hatinya.

"Okay, nak pergi mana sebenarnya ni?" tanya Aleyah pula.

"Pahang," balas Fahrin.

"Buat?"

"Holiday, dating, honeymoon ke ... erm, apa lagi yang kita boleh buat kat sana?"

"Ish, tak nak lah ... date dekat-dekat KL tak boleh ke? Jauhlah ..." balas Aleyah.

"Dekat sana boleh pergi highland, jauh dari hiruk pikok kotaraya. Boleh tenangkan minda dan emosi, berehat daripada kerja yang tak sudah ni ..." jelas Fahrin.

"Tapi kerja saya banyaklah. Siapa nak buat kalau saya tak ada?" balas Aleyah.

"Umi dah arahkan Aleyah cuti. So, as her employee, Aleyah kena ikut arahan! Kerja tu, nanti lepas kita balik, saya tolong," kata Fahrin tidak putus memujuk.

Aleyah mengangkat kening. Hairan.

"Kata tak tahu pasal ni? Awak pandai ke nak tolong?"

"I'm a fast learner lah. Dah ... as your husband, saya nak Aleyah ikut kitorang bercuti. It is an order," ujar Fahrin sambil tersenyum.

"Ish, awak dengan Puan Seri saja je nak guna kuasa veto dengan saya," rajuk Aleyah.

"It's some of your traits, Following order ... lagipun bukan suruh buat jahat. Ajak bercuti je. Tak kan tak boleh guna kuasa?" balas Fahrin.

"Yelah tu! Kawan awak tu, dia ikut sekali ke?" tiba-tiba saja Aleyah bertanyakan perihal Syed Hafizi. Serta merta senyuman di bibir Fahrin mengendur.

"Eh? Buat apa dia nak ikut? Kacau daun teh je. Lagipun dia dah pergi Sarawak dah semalam." jawab Fahrin. Perasaan cemburu di dalam hatinya cuba dikawal.

"Owh ... yelah. Nanti saya pack barang."

"Okay, nanti saya jemput Aleyah ke villa." Fahrin tersenyum. Usai mengambil fail yang diperiksa Aleyah, dia terus keluar dari pejabat majikannya itu.

***

"Cis, meluat aku tengok! Kau fikir kau dah bahagialah sekarang ni?" kata Aisyah di dalam kereta. Merpati dua sejoli itu dipandang lama. Perasan cemburu di dalam hati semakin membuak-buak.

***

"Dahlah, nanti orang nampaklah ..." Aleyah cuba menarik tangannya yang digenggam Fahrin.

"Biarlah, lagi bagus." ucap Fahrin. Bukan main susah lagi dia hendak mengajak Aleyah untuk keluar makan tengah hari dengannya hari ini.

Aleyah mengetap bibir sambil menoleh-noleh sekitar restoran yang agak jauh dari bangunan pejabat mereka. Kiri-kanan. Harap-harap tak ada pekerjanya yang ternampak mereka berdua.

"Jauhnya nak pergi makan?" ucap Aleyah.

"Laa, tadi Aleyah juga cakap, tak nak pergi yang dekat-dekat. Nanti ada pekerja nampaklah ... saya tak kisah kot," balas Fahrin sambil menjongket bahu. Langkah kakinya diperlahankan agar Aleyah tidak terasa seperti diheret.

"Yelah, tapi nak pergi makan kat mana ni? Jauh-jauh nanti lambat la nak masuk ofis balik. Banyak kerjalah," rungut Aleyah.

"Aleyah ni? Kerja-kerja je memanjang. Aleyah bukan ketua keluarga pun. Saya kan ada. Kalau Aleyah guna alasan macam ni lagi, saya suruh umi berhentikan Aleyah. Duduk rumah je, jaga saya dengan Aiden, nak?" ugut Fahrin. Geram rasa hatinya dengan sikap Aleyaj yang sengaja ingin beralasan.

Aleyah mendengus sambil memuncungkan bibir.

"Dahlah. Saya tak nak makan, kenyang!" Aleyah menarik tangannya lalu berpaling. Entah kenapa dia tiba-tiba terasa hati dengan kata-kata suaminya itu.

"Aleyah ... please, I'm sorry okay ... okay? Janganlah nak merajuk pula ... saya lapar ni," Fahrin menarik semula tangan Aleyah.

"Tak nak lah. Awak dah ugut saya tadi. So, saya dah kenyang." Aleyah terasa semakin sensitif setiap kali berhadapan dengan Fahrin.

"Aleyah, I'm sor-"

"Hai, Fahrin? Lama tak jumpa," sapa satu suara dengan nada manja.

Fahrin dan Aleyah menoleh serentak. Aleyah lantas terundur selangkah.

"Oh, hai ... erm ... Ai-Aisyah?" duga Fahrin.

Aleyah segera mengenggam tangan Fahrin. Automatik!

"Yeah, finally ingat juga you nama I ..." Aisyah tersenyum sinis memandang pasangan di hadapannya.

"Yeah. Lama tak jumpa ..." Fahrin sedikit terkejut dengan tangan Aleyah yang terasa bergetar mengenggam tangannya.

"You nak pergi mana ni? Makan ke? Kebetulan I pun nak makan ni. Boleh I join? Haritu kan dah janji," pujuk Aisyah.

Aleyah memandang wajah itu dengan penuh amarah. yang tertahan. Keningnya bertaut. Rindu? Gembira? Marah! Benci! Cemburu! Ego! Hatinya jadi semakin kucar kacir.

"Erm ..." Fahrin mengerling wajah Aleyah yang sudah merah dan bertitis embun.

"Kita balik jelah. Aku tak ada selera nak makan. Jom!" Aleyah terus sahaja membawa Fahrin menuju ke arah parkir kereta.

"Er, sorry lah. My wife dah kenyang kitorang dah makan dah ..." kata Fahrin sebelum berlalu meninggalkan Aisyah.

"Okay, next time again." balas Aisyah. Anak matanya mengekori langkah pasangan itu.

"Hemph!" herdiknya.

*

"Aleyah, are you okay?" tanya Fahrin di dalam kereta.

Aleyah menutup rapat matanya. Cuba mengusir wajah tadi. Satu keluhan dilepas.

"Saya minta maaf. Kalau awak lapar, boleh ke awak beli bungkus je? Untuk awak jelah. Saya tak lapar ... kita balik ofis terus jelah, boleh?" ujar Aleyah. Nadanya cuba dikawal sedaya upaya.

"Tak apalah. Nanti balik waktu petang jelah saya makan," Fahrin menghidupkan enjin kereta. Dia jadi ragu-ragu hendak bertanyakan tentang perasaan Aleyah. Dia merasakan seperti Aleyah mengenali gadis itu tadi.

Suasana di dalam kereta menjadi dingin. Masing-masing hanya berdiam sahaja sehingga sampai ke pejabat.

😞 to be continue... 😒

✌Thanks for reading✌
⭐gives vote⭐
💬 or komen membina/idea 💬
😘 thank you 😍

📖 new readers and follower. Thank you.🆕📖

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now