Ep 21

30.6K 1.1K 31
                                    

Mira terkedu melihat wajah Fahrin yang baru keluar daripada bilik pejabat Aleyah. Tudung yang tersarung digaru. Macam-macam pula reaksi lelaki itu selepas bertemu majikan mereka.

"Sebelum ni marah, hari ni senyum sampai ke telinga pula?" Dia sekadar geleng kepala sahaja. Mungkin juga ada sesuatu diantara mereka berdua yang dia tidak ketahui.

***

Aleyah menahan rasa debar di dalam dada. Tidak mungkin semudah itu dia menerima Fahrin kembali. Jantungnya masih lagi berdegup kencang kerana perbuatan lelaki itu tadi. Perlahan-lahan air mata tumpah dari tubir mata. Segaris senyuman terukir di bibir. Aleyah menarik nafas dalam-dalam.

***

Afzhan mundar-mandir di bilik pejabatnya. Masuk hari ini, entah berapa kali Ahlong menghubunginya. Hutang syarikatnya semakin meningkat. Dia tiada bayaran kepada Ahlong itu!

"Lu kalau tak ada duit mau bayar, kasilah lu punya kidney tu! Kita boleh jual harga juta-juta ma~" ugutan daripada pihak Ahlong menakutkan dirinya.

"Tak boleh jadi ni! Aku kena jumpa juga dengan CEO pompuan tu! Aku kena juga minta claim tu!" katanya. Tangannya pantas mencari kunci kereta miliknya. Sampai sahaja ke destinasi, Afzhan pantas bertanyakan penyambut tetamu syarikat itu.

"I want to meet your CEO, please?"

"Encik ada appointment ke? Dari syarikat mana?" tanya gadis penyambut tetamu itu.

"Tak ada! I'm from AzAf Contractor. Bagitahu je macam tu." balas Afzhan.

Gadis tersebut mengangguk lantas menekat punat telefon di atas mejanya. Afzhan sekadar memerhati, mungkin sedang menghubungi majikan mereka. Dia mencebikan bibir,

'Tau pun kecut,' getusnya. Terasa senang hatinya memikirkan bau-bauan duit yang bakal masuk ke poketnya sebentar lagi.

"Maaf encik, Miss tak ada sekarang ni. Dia ada meeting di luar," beritahu gadis itu. Serta merta membuatkan senyuman Afzhan mati.

"Hah? Tak ada? Ke dia saja je tak nak jumpa aku?" Azhan jadi berang semula.

"Ma-maaf encik ... tapi, memang Miss tak ada. Encik buatlah appointment dulu baru senang nak buat urusan." ujar gadis itu, cuba berlembut.

"Cis, tak guna betul! Kau cakap dengan CEO korang tu, jangan nak kurang ajar mainkan duit! Dia ingat kaya dia boleh bawa mati ke? Biadap sungguh! Pekerja pun sama je." sengaja Afzhan mengeluarkan kata-kata kesatnya.

"Kurang ajar? Biadap? Do you mean it, to me?" Aleyah yang baru sampai, terdengar ucapan hina lelaki di hadapannya ini.

Gadis penyambut tetamu itu sudah terkebil-kebil melihat kelibat majikannya.

Lelaki itu menoleh setelah mendengar suara di belakangnya. Masing-masing terkejut sesama sendiri.

"You!" Aleyah mencerlung matanya ke wajah lelaki di hadapannya itu.

"Hah? Kau? Aku tak ada cakap pasal kau pun!" Afzhan mencebik.

"Aku nak jumpa CEO syarikat ni ... kau jangan sibuk perasan pulak!" sambungnya lagi.

Aleyah membetulkan tegaknya. Kedua tangan disilangkan di bawah dada.

"I am the CEO ... so, what is your problems?  Duit? Projek tergendala? Dah nak bankrup ke?" tanya Aleyah.

Panas telinga Afzhan mendengar kata-kata gadis itu. Terasa dirinya sedang dihina.

"Tak mungkin kau ni CEO diorang! Tak puas jadi perampas dulu, kau nak jadi penipu pula?" balas Afzhan lagi.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now