Ep 66

31K 1K 21
                                    

Fahrin terlena sambil mengenggam tangan kiri Aleyah. Semalaman dia menunggu, Aleyah masih belum sedar. Dia semakin risau akan keadaan Aleyah, walaupun doktor telah memberitahu keadaan isterinya tidaklah serius lagi. Telefoni bimbit di atas meja sisinya berbunyi. Pantas sahaja Fahrin terjaga. Skrin telefon yang menunjukan nama pemanggil direnung sambil mata dipisat-pisat.

"Assalamualaikum, umi." sapanya.

"Waalaikumusalam, Fahrin, Aleyah macam mana?" tanya Puan Seri Jannah. Dia yang menerima berita itu di tanah suci berasa tidak senang duduk. Pilu hatinya mendengar kisah menantu kesayangannya itu semalam.

"Dia belum sedar lagi. Tapi doktor cakap dia dah tak apa-apa. Mungkin kesan ubat kuat sangat kot." balas Fahrin sambil merenung wajah Aleyah yang masih lagi lena.

"Syukur Alhamdulillah. Umi risau betul kat sini. Tak dapat umi nak bersama Al pada masa dia susah sekarang ni" lirih wanita itu.

"Umi jangan risaulah. Fahrin kan ada," Fahrin tersenyum mendengarnya.

"Yelah ... Sampaikan salam umi pada keluarga Al ya. Nanti lepas umi balik, umi nak berkenalan dengan mereka. Fahrin baik-baik layan diorang tau. Jangan dok dendam sangat. Tak elok," pesan Puan Seri Jannah lagi.

 Fahrin mengeluh sambil menggaru keningnya.

"Yelah, Insyaallah.." balasnya acuh tak acuh.

"Hurm, tu jelah ... umi kena letak phone ni. Jemaah nak bergerak lagi. Nanti ada masa Insyaallah umi call. Umi doakan Al akan sedar tak lama lagi ... Insyaallah. Fahrin elok-elok jaga orang sakit. Jangan sambil lewa!

Fahrin garu kepala. Banyak pula pesanan uminya ini.

"Yelah, Fahrin tahulah tu. Umi baik-baik juga kat sana. Assalamualaikum,"

"Ya, waalaikumusalam." Talian dari tanah suci Mekah ditamatkan.

Fahrin kembali merenung wajah Aleyah. Perlahan-lahan tangannya mengusap kepala Aleyah yang sedang berbalut itu. Kucupan syahdu disuakan pada dahi Aleyah yang sedikit terdedah. Pipi mulus Aleyah diusap perlahan.

"Bila sayang nak sedar ni? Please, jangan buat abang rasa takut. Abang tak nak kehilangan Aleyah," ucapnya perlahan. Nafas dihela, Aleyah masih lagi tenang dengan lenanya.

Fahrin melihat jam pada skrin telefonnya. Hampir dua belas jam sudah Aleyah masih belum sedarkan diri. Dia mengeluh lagi.

"Abang minta maaf sebab terlambat nak bahagiakan Aleyah. Tapi abang janji, lepas ni kita akan terus sahaja bahagia. Ya? Please, Aleyah bangunlah ... Jangan buat abang macam ni." ujarnya sendirian.

Perlahan-lahan jari Aleyah memberikan respon. Sedikit demi sedikit jarinya bergerak. Tetapi Fahrin tidak nampak. Aleyah cuba membuka matanya. Entah kenapa sakit pula kelopak matanya untuk terbuka. Mungkin sinaran lampu fluorescent menyaktitkan kornea mata.

" A-a-a-bang ..." Aleyah bersuara dengan perlahan sekali. Dahinya cuba dikerutkan tetapi payah. 

Fahrin mengangkat wajah melihat Aleyah yang sedang cuba untuk membuka mata. Dadanya berdebar.

"Sa-sayang, sayang dah sedar! Ya Allah!" Fahrin semakin menghampiri. Dia duduk dekat di tepi katil Aleyah.

Aleyah membuka matanya perlahan-lahan. Rasa sakit masih terasa dibahagian kepala. Matanya berkelip-kelip. Kabur. Lama-kelamaan barulah jelas sedikit demi sedikit wajah Fahrin di hadapannya. Dia masih hidup?

"Ya Allah, Alhamdulillah ... Sayang dah sedar," Fahrin memeluk erat tubuh Aleyah. Air matanya gugur juga.

"Sa-sa-kitlah ..." lirih suara Aleyah meminta dilepaskan.

"Ha, abang minta maaf ... Kejap, abang panggil doktor untuk check sayang ya. Jangan tutup mata lagi tau, tunggu!" pesan Fahrin sebelum segera keluar daripada wad Aleyah itu.

Aleyah mengukir senyum. Syukur Alhamdulillah, dia masih lagi bernafas. Meskipun sakit di sekeliling badannya, namun dia masih diberi peluang lagi untuk menatap wajah insan-insan yang dia sayangi.

***

"Sayang, makanlah lagi ... banyak lagi ni," Fahrin menyuapkan bubur nasi kepada Aleyah.

Aleyah menolak. Tekaknya sudah tidak boleh menolak makanan itu masuk ke dalam kerongkong. Jika hendak ditelan, rasa hendak terkeluar semula pula.

"Ta-tak bo-leh," Aleyah tergagap-gagap. Badannya masih lagi separuh terbaring. Mujur katil itu boleh dilaraskan. Senang dia nak baring atau duduk menyandar.

"Hurm, kan doktor pesan, sayang kena isi perut sebelum makan ubat ..." kata Fahrin. Dia cuba menyuapkan lagi. Dan Aleyah mengeleng.

"A-bang makanlah juga. Abang pun mesti tak makan lagi, kan?" ujar Aleyah. Ketara sungguh wajah Fahrin yang kelihatan pucat. Mungkin letih semalaman menemaninya.

"Don't you worry about me. Abang boleh je gerak nak makan nanti. Yang penting Aleyah ... Aleyah kena cepat sembuh," balas Fahrin. Kita risau dia, dia pula risaukan kita balik?

"No, abang nampak pucat sangatlah ... Abang makanlah, Tak kan kita nak sakit dua-dua?" bidas Aleyah lagi. 

Fahrin mengeluh. Ada benarnya juga.

"Yelah, kejap lagi abang makan. Tapi, lepas sayang habiskan bubur ni dulu. Come on-lah, baru dua sudu. Makan sampai habis ya?" Fahrin membuat kira-kira agar Aleyah mahu juga makan.

"Tak boleh telan, tekak ni sakit ... Abang tolong letak lagi air dalam bubur tu," pinta Aleyah. Terpaksa dia mengalah. Kalau tidak, sampai bila nak bersorong-sorong makan.

Fahrin tersenyum. Mahu juga isterinya ini dipujuk dengan cara diplomasi. Fahrin menambah lagi air suam pada bubur Aleyah. Nampak macam sup nasi pun ada. Tapi biarlah, asalkan Aleyah mahu makan.

"Terima kasih," ucap Aleyah selepas menelan dua tiga sudu bubur yang disuapkan.

"Abang yang patut cakap macam tu. Terima kasih sebab masih lagi ada di hadapan abang sekarang ni. Lepas ni tolonglah, jangan nak jadi hero ke heroin ke. Sakit jantung abang bila Aleyah masuk hospital macam ni!" geram nada sura Fahrin. Bukan-bukan sahaja tindakan Aleyah itu.

Aleyah tersenyum dan tertawa.

"Gelak pula? Sampai hati sayang nak cuba-cuba tinggalkan abang!" Kata Fahrin. Tangannya mencubit geram pipi Aleyah.

"I'm not going anywhere selagi Allah tak cabut nyawa ni. Tapi kalau dah ajal dan takdir, nak buat macam mana?" balas Aleyah. 

Fahrin mengeluh. Tubuh Aleyah segera didakap erat.

"Tolonglah jangan suka-suka cakap macam tu lagi. Abang tak sanggup! Abang nak, sayang selalu ada pada sisi abang," ucapnya.

"Saya minta maaf sebab tengking abang hari sebelum tu ... Mungkin sebab tu--"

"Shuu ... It's not your fault. Abang dah maafkan. Tak salah sayang nak marah. Memang salah abang banyak pada Aleyah," Fahrin mendakap kedua pipi Aleyah. Mata isterinya direnungi.

"Saya minta maaf sebab kehidupan saya tak sempurna ... It's all problems, yang saya simpan sendirian selama ni. Tak pasal-pasal abang pun terlibat sama." luah Aleyah.

"Dan abang pun antara penyebab kehidupan Aleyah jadi tak sempurna. Abang rasa bersalah, terlalu banyak yang sayang pendam selama ni. Abang minta maaf sebab tak ambil tahu hati Aleyah dari awal lagi," Balas Fahrin. Perlahan-lahan dahi Aleyah dikucup lembut.

"Lepas ni, please, jangan buat macam ni lagi, ya?" tegasnya lagi.

Aleyah mengangguk lantas tersenyum. Syukurlah dia sudah melepaskan segala rahsianya selama ini. Baik buruk dirinya sudah mereka kongsi bersama. Itu yang sepatutnya dari awal lagi.

Fahrin mengusap lembut pipi Aleyah. Dia bersyukur punyai Aleyah yang kuat dan kental hatinya. Biarpun sudah berkali-kali terluka, Aleyah tetap memaafkan dirinya. Dia berjanji, kali ini dia akan cuba menyelami hati Aleyah Nurhani.

*** 1168 ***

Edited,

9 January 2019

12:03

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now