🌾Ep 3🌾

37.6K 1.6K 33
                                    

"Pardon me?" soal Aleyah. Dia bagaikan dengar tak dengar sahaja apa yang telah dikatakan oleh lelaki di hadapannya ini.

"Miss Al ... I know you are the best woman. Please take my propose. I fall in love with you since the first time I saw you." ujar lelaki di hadapannya. Mr. Malik, berusia 34 tahun. Sudah ada isteri, tapi masih hendak cari yang lain lagi. Aleyah menjeling tajam.

"You bukan dah kahwin ke? Isteri dan anak-anak you macam mana?"

"Al, my wife ... she's barren. I nak anak, but she can't. So dia izinkan I kahwin lagi. And I pilih you because I love you, Al." lelaki itu cuba meraih tangan Aleyah, namun pantas sahaja Aleyah menepisnya.

"I tak suka berkongsi!" tegas Aleyah.

"Then I have to let her go. I will divorce her for you my love," pujuk rayu Malik menjadikan telinga Aleyah berdesing mendengarnya. Dengan tak semena-mena dia bangun dan menghentak meja makan mereka.

Rata-rata pelanggan di sekitar restoran itu terkejut dengan reaksi Aleyah. Ada yang berbisik-bisik sambil memerhatikan mereka. Aleyah mengendahkan sahaja pandangan tersebut. Baginya, Malik telah menjolok sarang tebuan.

"I hate man like you the most! Senang saja kau cakap pasal kahwin, cinta dan cerai, kan? Nak anak konon. Sampai mati pun aku tak kan pandang manusia macam kau ni. Sampah!" begitu kasar balasan Aleyah hinggakan Malik terkilan dan malu mendengarnya.

Tanpa menunggu lama, Aleyah berjalan keluar meninggalkan lelaki itu termanggu. Cukup sakit hatinya mengenangkan sikap lelaki seperti itu. Takkan sekali-kali dia mengulangi kisah hidupnya kepada mana-mana wanita lain. No! Cukup hanya dirinya yang merasakan kesakitan itu.

Aleyah lantas meloloskan diri ke dalam kereta. Hampir saja dia memandu laju untuk keluar daripada tempat letak kenderaan di hotel berkenaan. Sesaat, Aleyah cuba menenangkan dirinya seketika.

Tak-Tak! Sedang Aleyah cuba menstabilkan emosinya ketukan cermin kereta mengejutkan dirinya. Mira rupanya yang terkocoh-kocoh mengejarnya. Aleyah lantas membuka kunci kereta.

"Miss ... Cepatnya meeting habis. Lama ke saya pergi toilet tadi? Saya cari-cari miss, miss dah tak ada," ujar Mira.

Aleyah menghidupkan enjin kenderaan. Sengaja tidak mahu menjawab soalan pembantunya. Suasana di dalam kereta menjadi kekok kerana Aleyah berdiam.

Sekali sekala, Mira cuba menoleh ke arah Aleyah. Wajah tegang majikannya membuatkan Mira terkelu untuk berkata.

"Miss ... sempat ke miss makan tadi? Puan Seri suruh tanya ni," Mahu tidak mahu, Mira bertanyakan juga soalan itu kerana telah diamanahkan oleh Puan Seri Jannah.

"Maaflah kalau saya nak tanya ni ... tapi, miss ada marah-marah ke tadi? Sebab masa saya keluar dari toilet cari miss, orang-orang kat sana bisik-bisiklah sambil tengok Mr. Malik tu ... kenapa erk?" Sesekali Mira menoleh kearah bosnya itu. Kecut perut pula bila lihat Aleyah masih diam.

"Jangan nak banyak cakap. Tak payah sibuk!"

Mira mengetap bibir mendengar teguran daripada Aleyah. Walaupun dengan nada biasa, namun cukup tegas. Seterusnya perjalanan menuju ke pejabat menjadi sunyi dan kekok mengikut mood Aleyah.

***

"Al ada kat dalam?" Soal Puan Seri Jannah kepada pembantu Aleyah. Mira mengangguk sekali.

Puan Seri Jannah tersenyum dan terus menuju ke bilik Aleyah. Apabila daun pintu ditolak, terlihat wajah Aleyah yang tertidur sambil duduk bersandar di atas kerusinya.

Puan Seri Jannah tersenyum hambar, sayu hatinya. Wajah Aleyah kelihatan sedikit pucat dan keletihan. Pastinya banyak kerja dan tanggungjawab yang dipikul Aleyah. Satu keluhan nafas terhembus lepas.

Bekas makanan yang dibawanya diletakan di atas meja. Blezer Aleyah yang terletak di tepi meja di ambil kemudian disarungkan ke tubuh Aleyah. Puan Seri Jannah sungguh menyayangi gadis ini seperti anaknya sendiri. Walaupun ada kalanya Aleyah berkeras hati kepada dirinya. Namun itu semua tetap tidak merubah kasih sayangnya. Kerana dia tahu kenapa Aleyah bersikap seperti itu.

"Eh? Puan Seri ... bila sampai?" Aleyah yang tersedar lantas bangun dan menyalami tangan Puan Seri Jannah.

"Baru saja,"

"Maaflah ... Al tertidur sekejap. petang, ngantuk sikit." ujar Aleyah. Dia segera membetulkan duduknya serta tudung yang dipakai.

"Tak apalah, rehat jelah. Balik rumah ke? Bukan tak boleh pun, ummi benarkan." Puan Seri Jannah mengambil tempat duduk di hadapan Aleyah. Dia mula membukakan bekas makanan yang dibawanya.

"Ni ... ummi ada bawakan makanan untuk Al. Al makanlah, tak baik biarkan perut masuk angin," bekas makanan itu dihulurkan kepada Aleyah.

Aleyah terkesima. Liur pahit ditelan. Bekas makanan itu dicapainya, tetapi ...

"Tak apalah, Al tak lapar pun lagi. Lagipun, Al ada kerja nak sambung ni. Kalau Al lapar, nanti Al boleh beli makanan kat restoran," Aleyah menutup semula bekas makanan itu. Memang sedari tadi perutnya berasa lapar. Tetapi gara-gara Malik, seleranya jadi mati.

"Al, berhentilah jadi egois. Perasaan Al juga yang terseksa. Ummi tahu Al belum makan. Al makanlah nanti kalau-kalau dah rasa lapar. Ummi balik dulu." Puan Seri Jannah nyata terkilan dengan sikap Aleyah. Walaupun ini bukan kali pertama, dia tetap berasa hampa. Dia lantas bingkas dan berjalan menuju ke pintu.

Air mata mula bergenang di tubirnya. Namun Puan Seri Jannah cepat-cepat membuang jauh perasaan marahnya. Dia tahu mengapa hati gadis itu begitu keras. Dia cukup tahu, Aleyah sengaja mahu mengasingkan diri.

Aleyah menghela nafas berat. Dia tahu dirinya telah mengecewakan kebaikan Puan Seri Jannah. Namun ego di hatinya melebihi segalanya. Tanpa dapat dikawal, dia sering menyakiti hati wanita itu.

Aleyah memicit pelipisnya. Badan disandarkan semula pada kerusi. Bukan dia tidak mahu menerima kebaikan orang lain, tetapi dia juga sering dikecewakan. Sehingga dia tidak punya apa-apa rasa lagi.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now