Ep 29

28.2K 1.1K 26
                                    

Pemanduan Fahrin membelah fajar hening pagi. Awal pagi lagi mereka telah bertolak dari villa Puan Seri Jannah. Jam pada dashboard menunjukkan waktu 06:45 pagi. Usai subuh, perjalanan dimulakan. Awal bergerak, awallah sampainya.

"Ngantok sangat ke?" soal Fahrin. Aleyah dilihatnya beberapa kali menguap di sebelah tempat duduk pemandu.

Aleyah mengeleng perlahan. Mata dipaksakan agar celik. Puas dia memaksa matanya semalam untuk tidur, namun perasaan takut dan gementar lebih menguasai jaganya. Akhirnya Aleyah hanya tidur beberapa minit sahaja sebelum subuh. Saat ini sebenarnya dia terasa mengantuk.

"Kalau mengantok, tidur jelah." kata Fahrin lagi.

"Tak apa ... saya nak temankan awak drive. Puan Seri dengan Aiden dah tidur kat belakang tu," demi orang yang lebih tua dan kanak-kanak, Aleyah mengalah.

Fahrin mengambil tangan kanan Aleyah. Dilurutnya perlahan. Sebelah tangan lagi pada stering kereta.

"Kenapa tak tidur semalam? Takut jumpa mak tok ke?" teka Fahrin.

"Hah?" Aleyah membulatkan matanya. Seperti seorang psiko, Fahrin dapat meneka perasaannya.

"Saya nampak bilik Aleyah terang semalam, tak tidurlah, kan?" tanya Fahrin lagi.

Aleyah menghembus nafas lega. Tangannya dibiarkan dalam gemgaman suaminya.

"Erm ... yes, anxiety, excited ... tak pernah ikut awak, tak pernah pergi kampung awak, jumpa mak tok awak, tinggalkan kerja, KL, macam-macam lagi lah ..." jawab Aleyah jujur.

Fahrin tersenyum mendengar luahan Aleyah.

"Aleyah rileks jelah ... mak tok tu tak makan orang, dia makan nasi juga, paling banyak makan sayur, buah ... tu yang buat dia awet muda," selorohnya.

Aleyah tersenyum sambil mendengar.

"Mesti dia masih cantik lagi, kan?" tanya Aleyah. Dia cuba berbual bersama agar mengantuknya hilang sedikit.

"Cantik? Erm, dalam kalangan angkatan dia yang umur nak masuk 75 tu, mungkinlah mak tok nampak cantik ..."

"Woah ... rasa excited nak jumpa. Mana tahu mak tok awak boleh share kecantikan dia ..."

"Aleyah nak cantik lagi ke? Untuk siapa?" duga Fahrin bersama senyum nakalnya.

"Erm, untuk diri sendiri." jawab Aleyah.

"Amboi, selfishnya dia ... ingatkan untuk kita," balas Fahrin sekadar bergurau.

"Kalau untuk awak ... hmm, saya belum buruk pun awak dah cari lain," perli Aleyah.

'Aduh, tertusuk pula pisau ni dekat hati! Sakitnya tu di hati!' gerutu Fahrin.

Fahrin berdehem kasar. Mengenangkan kesilapan yang diungkit, dia terus berdiam. Suasana kembali dingin di antara mereka berdua.

"Awak ... marah ke?" tanya Aleyah. Dia terperasan akan riak Fahrin yang terus berubah. Malah tangannya lantas dilepaskan.

"Taklah ... saya suka. Suka sangat!" Fahrin buat-buat senyum.

"Kalau awak nak marah, tak apalah ... saya cakap kosong je tadi tu." kata Aleyah lagi.

'Hurm ... sampai bila pun dia tak kan minta maaf. Memang jenis ego tinggi, apa boleh buat? Aku juga yang salah dari mula lagi,' keluh hati Fahrin.

Perjalanan mereka menuju ke kampung halaman Puan Seri mengambil masa selama lebih kurang lima jam. Mujur saja bukan waktu musim perayaan. Kalau tidak, dengan sesak sana sini, kemalangan jalan raya, pasti akan melengahkan lagi masa perjalanan hingga ke 12 jam.

Sampai sahaja di sempadan negeri, Fahrin terus membawa kereta mereka menyusuri daerah kecil. Suasana perjalanan yang penuh kehijauan membuatkan Aleyah semakin tenang sebelum sampai ke dastinasi kampung.

"Jauh lagi ke kampung awak tu?" tanya Aleyah setelah membisu selama lebih dua jam di dalam kereta.

"Nak dekat dah, lagi 30 minit sampai. Kenapa? Dah penat ke?" tanya Fahrin. Tiba-tiba Aleyah bersuara semula.

"Tak lah, awak lagi penat, kan? Drive dari tadi ... kita dah offer tukar, tak nak
..." ujar Aleyah dengan yakin.

"Kalau tukar nanti, lagilah saya penat. Awak mana tahu jalan kat sini," balas Fahrin.

Aleyah dilihatnya mengangguk.

'Tahan juga mata dia ni, dahlah semalam tak tidur langsung. Sampai manalah Aleyah ni boleh bertahan?' fikir Fahrin. Segaris senyuman terukir di bibirnya.

***

"Assalamualaikum, mak tok." ucap Fahrin. Setelah lebih lima jam perjalanan, sampai juga mereka di hadapan rumah mak toknya ini.

"Waalaikumsalam ... ya Allah, dah sampai dah anak, cucu, menantu, cicit aku ni ..." balas seorang wanita yang kelihatan seperti berusia 60-an.

'Ni ke mak tok Fahrin yang umur 75 tu? Macam 60 tahun je. Macam kakak Puan Seri pulak aku tengok.' bisik hati Aleyah.

Fahrin dan Puan Seri Jannah bersalaman dan memeluk wanita itu silih berganti. Hanya Aleyah dan Aiden sahaja terkaku memandang. Pertama kali bertemu, tentunya rasa kekok menguasai diri mereka.

"Ini ke isteri Fahrin? Cantiknya ... ini anak Fahrin? Amboi, hensemnya!" kata wanita itu memuji Aleyah dan Aiden. Fahrin tersenyum bangga.

"Apa khabar tok-mak ..." ucap Aleyah. Tangan wanita itu disalami dan dikucup.

Mak tok merenung Aleyah dalam-dalam lantas memeluk Aleyah. Perlahan-lahan tangannya mengusap lembut belakang Aleyah. Umpama memujuk hati yang lara, Aleyah berasa tenang akan pelukan mesra itu. Hilang terus rasa janggalnya.

Puan Seri Jannah dan Fahrin tersenyum melihat suasana itu.

"Aiden, salam dengan mak tok, papa. Aiden nak panggil mak tok apa, eh?" ujar Fahrin.

Mak tok memeluk cium cicitnya itu. Aiden mengeliat sedikit. Geli-geliman rasanya.

"Panggil tok nek lah ... dah umi kamu dia panggil nenek. Mak tok tambah nenek, tak ke jadi tok nek tu?" kata mak tok dengan selamba.

Aleyah tertawa mendengar idea itu. Padanya, wanita itu sungguh penyayang. Mungkin kerana itulah, Puan Seri Jannah juga seorang yang penyayang, rasa dikasihi dan dilindungi.

"Borak kat luar je buat apa, jom masuk ... mak tok dah masak sedap-sedap tau. Khas untuk menjemput ahli-ahli keluarga mak tok dari jauh," wanita itu menjemput kesemua tetamunya masuk ke rumah mini banglo. Saiz rumah itu sederhana sahaja. Namun rekaannya sungguh bertepatan mata memandang. Ditambah lagi dengan cat dinding berwarna merah jambu, memang menceriakan. Seperti juga tuan rumahnya.

Aleyah tersenyum melangkahkan kaki kanan ke kampung halaman suaminya. Setelah sekian lama, Aleyah terlupa segala masalah yang pernah terjadi di dalam hidupnya.

😆 to be continue... 😊

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now