Ep 46

28K 1K 27
                                    

Aleyah mengiring badan ke sisi. Terasa lena pula tidurnya. Entahlah, mungkin sebab pertama kali tidur sekatil dengan suaminya. Fahrin? Aleyah menoleh ke sisi. Kosong. Mana dia? Aleyah perlahan-lahan membangunkan dirinya dan duduk menyandar di kepala katil. Matanya dipisat beberapa kali.

Tiba-tiba pintu bilik itu terkuak. Terpancul wajah Fahrin.

"Eh? Abang kejutkan Aleyah ke?" tanya Fahrin. Sambil menghampiri dirinya di atas katil.

"Abang dari mana?"

"Bilik Aiden ... biasalah tengah malam kadang-kadang Aiden terjaga sendiri, tapi dia dah tidur balik dah sekarang,"

Aleyah mengangguk mendengar penjelasan itu.

"Jomlah tidur balik ... awal lagi ni," Fahrin menepuk lembut bantal di sisinya.

Aleyah turut membaringkan badannya semula sambil menghadap Fahrin. Direnunginya wajah itu dalam-dalam. Fahrin juga turut membalas renungan isterinya itu. Agak lama juga mereka berbalas renungan. Apa yang ada di hati saat ini masih tak terluahkan.

"Kenapa?" tanya Fahrin lembut.

Aleyah menggelengkan kepala lalu menutup semula mata menyambung tidur.

Fahrin dengan tiba-tiba mencium lembut ubun isterinya. Penuh syahdu dan ikhlas.

Aleyah yang terasa akan sentuhan itu lantas membuka mata. Dibiarkan seketika detik itu dengan jantung yang berdegup kencang.

"Abang tahu, abang tak sempurna di mata Aleyah. Terlalu besar kesalahan abang pada sayang. Abang kesal sebab tinggalkan Aleyah dulu. Abang minta maaf. Walaupun abang tak layak, tetapi abang tetap menunggu kemaafan dari Aleyah. Abang tak mahu kita berpisah lagi, abang nak kita tetap bersama .., abang cuma nak teruskan hidup ni dengan Aleyah. Abang cintakan Aleyah. Maafkan abang kerana cinta ini terlewat untuk sayang," tutur Fahrin penuh ikhlas.

Mata Aleyah berkaca-kaca mendengar ucapan tulus itu. Hatinya turut jadi terharu dan keliru.

"Please, Aleyah ... abang tak dapat maafkan diri abang kalau Aleyah pun tak maafkan kesalahan abang. Abang rasa tak layak untuk cintakan Aleyah kalau Aleyah tak maafkan abang lagi," sambung Fahrin lagi. Dia jadi tidak keruan dengan kebisuan Aleyah.

Aleyah melepaskan nafas berat. Air mata yang mengalir laju pantas diseka.

"Sesungguhnya, di sebalik kata maaf itu ada janji. Janji untuk menjadi lebih baik dan tak akan mengulangi kesalahan yang sama. Kalau abang berjanji tak akan melukai hati ini lagi, saya akan maafkan. Saya pun dah penat simpan perasaan ni. Saya cintakan awak, tapi saya terpaksa bencikan awak," ucap Aleyah perlahan. Dada bidang Fahrin dipukul lembut.

Fahrin mengukir senyum. Tubuh Aleyah yang tersendu sedan lantas dipeluk erat.

"Terima kasih, sayang. Abang janji, abang tak akan lukai lagi hati sayang. I will love you with all my heart. Abang dah tak nak apa-apa lagi selain Aleyah. You really are the best thing of my life."

"Saya pun nak minta maaf, sebab selalu cakap kasar pada abang. I'm not perfect at all. I cursed you even though I love you. I hate it." balas Aleyah. Tangannya turut memeluk erat pinggang Fahrin. Baru kini hatinya terasa bahagia. Ringan, seringan-ringan hati yang telah memadamkan egonya demi sebuah kemaafan.

"It's okay. I love you ... even tho you're not my first, but I promise that only you will be my last love," balas Fahrin. Bahagia.

'Kemaafan mungkin berat untuk kita berikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.'

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now