Ep 14

31.5K 1.4K 20
                                    

Selesai makan malam, Puan seri Jannah mengajak Aleyah ke ruang tamu untuk menonton television.

Aleyah mengikut sahaja. Kalau ditolak, seorang demi seorang pula ahli keluarga ini masuk ke bilik tamunya. Paling banyak menjenguk, Aiden! Budak kecik penyibuk. Saat ini juga Aiden sedang sibuk duduk bermanja di riba Aleyah.

"Aiden, mari sini duduk dekat papa," Fahrin mengambil anaknya lantas dipeluk dari menganggu Aleyah. Hatinya rasa terkesan akan layanan Aleyah kepada Aiden. Langsung Aleyah tidak menunjuk wajah yang selesa bila Aiden datang mendekat kepadanya.

Aleyah membiarkan sahaja perlakuan Fahrin. 'Dia perasan ke layanan aku pada Aiden tu?' bisik hatinya. Sejak tadi, Fahrin tidak banyak bercakap kepadanya. Tiba-tiba, suasana terasa suram dan kekok jadinya.

"Al ... kalau Al selalu tidur sini, kan bagus. Lengkap family kita," ujar Puan seri Jannah. Aleyah melepas keluh,

"Maaf, pu-"

"Dah Aleyah tak nak, kita jangan paksa ..." pintas Fahrin.

Aleyah menoleh dan memandang anak mata Fahrin.

"Awak tak payah risaulah ... kalau awak tak nak, kami nak buat macam mana? Umi pun dah biasa tinggal sorang-sorang sejak arwah abi tak ada," kata Fahrin.

Aleyah terdiam. Ketara sangat perasaan Fahrin yang terasa. Tanpa sedar, Aleyah tersenyum sendiri.

"Dah kenapa senyum pula?" Soalan Puan seri Jannah mematikan senyuman Aleyah.

"Hah? Taklah, mana ada Al senyum," naik panas wajah Aleyah. Malu.

Fahrin turut tersenyum. Ini kali ke dua dia melihat Aleyah tersenyum. Terus hilang perasaan marahnya pada Aleyah tadi.

"Al, umi nak tidurlah ... dah nak jam 10 lebih ... patutnya umi dah masuk bilik. Tapi sebab ada Al kat sini, excited pula umi nak tengok tv ramai-ramai," ujar Puan seri Jannah. Sungguh, kehadiran Aleyah umpama satu peluang keemasan buat mereka malam itu.

"Aiden, tak nak tidur lagi?" soalnya kepada si cucu. Aiden menggeleng kepala.

"Nak mama ..." luah anak kecil itu. Matanya dipisat-pisatkan.

"Mana boleh kacau mama ... tadi mama demam. Aiden tidur dengan nenek, ya?" pujuk Puan seri Jannah lagi. Nak bagi peluang pada Fahrin dengan Aleyah, dia harus bijak mengambil perhatian cucunya.

"Tak nak, nak tidur dengan mama dan papa," Aiden merengek pula.

Aleyah berdiam melihat. Dia tahu, bertapa sukarnya emosi anak kecil dibesarkan tanpa kasih sayang yang sempurna dari kedua ibu ayah. Lebih-lebih lagi Aiden, masih perlukan seorang ibu di sisi.

"Tak bolehlah kacau mama. Mama tak sihat, Aiden tidur dengan nenek saja, ya?" Fahrin pula memujuk.

Aiden mengalirkan air mata. Dia dengan sendirinya meleraikan pelukan Fahrin dan lantas memeluk leher Aleyah yang sedang duduk di atas sofa. Air matanya mengalir ke bahu Aleyah. Aleyah terkaku.

'Kecik-kecik dah buat drama air matalah si Aiden ni,' getus Aleyah.

"Aiden,"

"It's okay! Biarlah, let him sleep with me tonight ..." kata Aleyah.

"Tapi nanti Aiden ganggu Aleyah pula ..." ujar Fahrin kerisauan. Namun hatinya sedikit lega kerana Aleyah tidak lagi menolak Aiden seperti tadi.

"It's okay. Malam ni je, kan?" Aleyah sudah berdiri mengangkat Aiden yang masih merajuk di bahunya.

"Yelah ... kalau macam tu, nanti Fahrin temankan Aleyah sekali. Nanti mana tahu Aiden buat hal pula malam-malam." cadang Puan seri Jannah. Terbit sudah idea nak melembutkan hati Aleyah. Dia tersenyum sendiri.

"Hah? No! Takpe-takpe ... I can handle it!" Aleyah pantas mengelak!

'Tidur sekali dengan Fahrin di dalam satu bilik? No way! Bagi isi nak peha pulak diorang ni.' gumam Aleyah.

"Yelah ... nanti kalau Aiden merengek malam-malam, Aleyah ketuk je bilik saya kat atas tu, depan tangga." beritahu Fahrin. Faham dengan riak kekok Aleyah. Dia benarkan Aiden tidur dengannya pun sudah cukup baik. 'Aih, cemburu pula dengan Aiden sekarang ni.' bisik hati Fahrin.

Aleyah mengangguk lantas membawa Aiden ke bilik tamunya.

"Sabar jelah ... bagi peluang kat Aiden dulu," usik Puan seri Jannah.

Fahrin terkedu. Ibunya memang sangat memahami.

"Umi ni ... sengaja tau," balas Fahrin. Mukanya menahan panas. Malu ditegur sedemikian.

"At least, she's opening her heart ..." sambung Fahrin. Segaris senyuman terukir.

Puan Seri Jannah mengangguk. Sekurang-kurangnya Aleyah telah membuka hatinya sedikit untuk Aiden. Biarlah sedikit dahulu. Lama-lama nanti pasti hati Aleyah akan terbuka juga sepenuhnya.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now