Ep 15

32.6K 1.2K 9
                                    

Aleyah mengusap lembut kepala Aiden. Satu kucupan disuakan di dahi anak kecil itu. Walaupun bukan anaknya sendiri, adakalanya Aleyah rasa tersentuh juga bila Aiden memangilnya mama. Sikap Aiden yang semakin manja kepadanya menerbitkan senyuman di bibirnya. Walaupun dia tidak melayani karenah anak kecil itu, namun Aiden tidak berputus asa mendekatinya.

'Aleyah, kau dah kalah pada Aiden.' bisik hatinya.

Perlahan-lahan Aleyah membetulkan selimut di badan Aiden. Dia kemudian turun dari katil dan keluar dari bilik tamunya. Oleh kerana dia baru sembuh daripada demam, badannya memerlukan air untuk menstabilkan semula suhu badannya.

"Aiden ganggu Aleyah tidur ke?" tiba-tiba ada suara garau menegurinya di ruang dapur. Aleyah yang sedang meneguk minuman tersedak!

"I'm so sorry ... tak sengaja kejutkan Aleyah." Fahrin mengusap lembut belakang isterinya.

"Kenapa awak ni? Mengintip ke?" marah Aleyah. Hampir sahaja dia tersemburkan air yang diminumnya.

"Tak, saya tak dapat tidur, sebab Aiden tak ada dengan saya malam ni ..." jawab Fahrin. Pertama kali juga Aiden tidur dengan orang lain selain dirinya. Dengan Puan Seri Jannah pun Aiden tak mahu. Tapi dengan Aleyah lain. Aiden yang merengek nak tidur dengan Aleyah tadi.

"Aiden elok je tidur nyenyak." balas Aleyah.

"Ye ke? Alhamdulillah. Saya risau kalau Aiden kacau Aleyah tidur. Tadi saya nampak Aleyah keluar dari bilik, ingatkan Aiden terbangun ke apa ..." luah Fahrin.

"Tak lah ... dia tidur. Saya haus, sebab tu keluar cari air," jawab Aleyah.

"Ooh ..."

Suasana menjadi sepi seketika. Kelu lidah untuk berbicara berdua.

"Boleh saya tanya ... pasal Aiden?" ujar Aleyah.

"Tanyalah,"

"Apa jadi dengan mama Aiden? I mean your wife,"

Fahrin mengeluh. Dia bertunduk meraup rambutnya.

"Kami dah bercerai Aleyah. She is not my wife anymore. Dia dah tak nak dengan saya lagi, dengan Aiden. So, dia sanggup lepaskan kami demi diri dia sendiri ..." balas Fahrin. Dia jelas kecewa akan sikap bekas isterinya itu.

"Oh, kesian dengan Aiden-"

'- kecik-kecik lagi dah kena buang dengan mama dia. Macam aku juga dulu.' desis Aleyah perlahan.

"Apa dia?" Fahrin bertanya kerana kurang mendengar apa yang dikatakan Aleyah.

"Hah? Tak ada apalah," pantas Aleyah mengelengkan kepala.

Fahrin tersenyum.

"Aleyah perasan tak?"

"Apa?"

"Aleyah sedang bercakap dengan lembut ni," ujar Fahrin. Aleyah tidak membahasakan dirinya 'kau' 'aku' lagi sejak tadi. Malah nadanya juga tidak kasar seperti di ofis.

Aleyah terdiam. Sejak dia terfikirkan Aiden dia terlupa pula akan egonya.

"So, nak tukar balik?" soal Aleyah.

"No, I like this way better. Aleyah tak payahlah nak berpura-pura kasar depan saya lagi. Just be yourself as usual,"

"I am being myself as usual. Everyday," Aleyah kerut dahi. 'Bukannya aku ada masalah kekeliruan personaliti pun.'

Fahrin garu kepala. 'Dah kenapa aku jolok sarang tebuan pulak ni? Dah elok Aleyah yang tadi tenang, aku buat dia kasar balik pula,' gerutu Fahrin.

"Dahlah ... aku nak masuk bilik." ujar Aleyah.

Fahrin sekadar mengangguk. Kalau dihalang. Makin kasar pula Aleyah nanti. Fahrin mengeluh lagi. Nampak gayanya, lama lagilah hati Aleyah untuk terpujuk.

✳✳✳

"Sayang, kenapa you ni?" Afzhan mencengkam kuat lengan Aisyah.

Sejak dua tiga hari ini, Aisyah jarang menjenguknya di ofis. Mungkin masih marah kerana tidak dibelanjakan lagi. Apakan daya, akaunnya sudah habis dikorek.

"Ish, lepaslah!" Aisyah cuba melepas cengkaman kasar dari Afzhan.

"You ni kenapa? Dah lama you tak jenguk ke ofis I. I ada buat salah dengan you ke?" teriak Afzhan. Bunyi bising di kelab malam membuat nada suaranya meninggi agar dapat didengari oleh gadis itu.

"Lepaslah. I tak suka you sentuh I macam ni. Sakit tau tak!" jerit Aisyah.

"I minta maaf, so sorry. Janganlah you merajuk dengan I lama-lama, I rindu dengan you ..." Afzhan merangkul pinggang ramping Aisyah. Kepalanya dilentok di atas bahu Aisyah. Pelukannya semakin membara.

"Ei lepaslah ... orang tengok, tau tak!" Aisyah mula berasa rimas.

Sebenarnya dia sudah mulai bosan dengan Afzhan. Setiap kali diajak keluar, membeli belah, makan atau sebagainya, Afzhan banyak mengelak. Kononnya sibuk dengan kerja. Akan tetapi Aisyah sudah mengetahui akan masalah kewangan yang dihadapi lelaki itu. Kerna itulah Aisyah enggan melayani lahi lelaki ini.

"Kenapa ni sayang? Tak boleh ke I nak hug sikit? Biarlah orang nak tengok pun. Dekat club ni, tu semua normal. Diorang tak kisah." Afzhan memusingkan badan Aisyah agar menghadapnya. Tangannya menyentuh lembut bibir Aisyah yang merah. Dia rasa tergoda. Perlahan-lahan wajahnya didekatkan dengan wajah mulus Aisyah.

"You jangan nak macam-macam, ok? Dah lama you tak kasi I belanja, ingat free ke?" jelas suara Aisyah di telingnya.

"Just this once ... I dah lama-"

"Tepilah. I tak nak!" Aisyah menepis tangan Afzhan yang mengelilingi tubuhnya.

Afzhan berdecit. Matanya dicerlung tajam.

"Sayang, kenapa you macam berubah hati ni? You dah tak sudi dengan I? You jangan harap nak lari dari I. I ada semua rahsia you tu." ugut Afzhan bersama segaris senyuman penuh makna.

Aisyah terkaku. Rahsia? Ya, rahsia itu!

Afzhan tersenyum sinis saat melihat Aisyah yang kembali ke sisinya.

"I'm sorry sayang ... okay! Just this once ... I pun sebenarnya rindu dengan you. I buat-buat merajuk je tadi. Sebab you dah lama tak belanja I shopping. Sebab tu I merajuk," Aisyah pula memujuk manja. Pipi Afzhan dihadiahkan ciuman lembut.
Afzhan tersenyum kemenangan. Malam ini dia akan puas. Segala tekanan kerja akan dilepaskan. Sudah lama dia idamkan hari ini. Oleh kerana Aisyah selalu mengelak, terpaksa dia menjerat menggunakan ugutan rahsia yang dipegangnya.

Secebis Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now